50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-3 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik  part 1 dan part 2 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-3 untuk strategi pemasaran produk secara online :

11. Strategi : “Tidak Mustahil”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa inilah masa yang sesuai untuk memenuhi keinginan mereka kerana produk anda menyediakan segala yang dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkan produk anda dengan perkembangan terkini contohnya; teknologi baru, bahan terbaru, informasi terbaru dan sebagainya.

Contoh ayat: “Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi, kerana ebook yang kami terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru yang belum pernah didedahkan..”

12. Strategi : “Ketinggalan”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan ketinggalan dari segi peluang untuk mencapai matlamat bersama dengan produk anda. Anda mungkin boleh mengingatkan mereka bahawa ianya ada dinyatakan di media seperti TV, radio mahupun majalah.

Contoh ayat: “Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak menyertai program kami, adakah anda mahu ketinggalan?..”

13. Strategi : “Sangat Penting”

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat penting untuk mereka membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika tidak mereka akan terlepas sesuatu yang sangat penting. Ini disebabkan ramai yang meninggalkan surat jualan anda tanpa membaca sepenuhnya.

Contoh ayat: “Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk anda baca, kerana anda berkemungkinan tidak menemuinya lagi..”

14. Strategi  : “Tindakan Pertama”

Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang mereka perlu lakukan sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkin membeli produk anda atau sekadar mendaftar sebagai subscriber dan sebagainya. Anda juga boleh nyatakan, jika mereka gagal mengikutinya ianya akan menyebabkan mereka kerugian dari segi masa, wang, tenaga dan sebagainya.

Contoh ayat: “Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum menikmati pemberian percuma ini ialah..”

15. Strategi  : “Sedia Maklum”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda tentang fakta yang menyokong produk anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yang diketahui ramai dan umum. Ianya boleh menjadi lebih ‘berkuasa’ kerana fakta tersebut sudahpun diterima oleh prospek anda sebelum ini dan mereka mempercayainya.

Contoh ayat: “Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang mengandungi lemak yang tinggi sangat memudaratkan, sebab itulah produk kami merupakan produk bebas lemak..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 2
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 1
  4. Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge