50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 4

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 4Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-4 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2 dan part 3 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-4 untuk strategi pemasaran produk secara online :

16. Strategi Pemasaran Produk : “Fungsi Yang Sama”

Melalui strategi ini, anda memaklumkan bahawa produk anda sama fungsi dan piawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya lebih murah. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda faham ramai yang kurang mampu mendapatkan produk sedemikian namun sekarang mereka boleh mendapatkan produk yang sama fungsinya pada harga terendah (semestinya produk anda).

Contoh ayat: “Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang sama kualitinya dan sama fungsinya seperti mesin urut berjenama tetapi pada harga yang jauh lebih rendah..”

17. Strategi Pemasaran Produk : “Senaraikan”

Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit tindakan fizikal, berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya, secara tidak langsung menanamkan minat terhadap produk anda.

Contoh ayat: “Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan matlamat anda untuk bulan ini..”

18. Strategi Pemasaran Produk : “Kadang Kala”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa ada masanya keadaan berubah dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuai dengan keadaan semasa.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Orang ramai akan berminat dengan produk anda seandainya produk anda boleh memudahkan keadaan, lebih murah, lebih pantas dan sebagainya.

Contoh ayat: “Kadang kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kita dengan keadaan setempat dan sebab itulah produk kami dicipta agar anda boleh menggunakannya dimana – mana serta bila – bila masa sahaja..”

19. Strategi Pemasaran Produk : “Tiada Aduan”

Melalui strategi ini, anda memberitahu prospek anda bahawa dengan menggunakan produk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduan orang ramai. Ramai orang sangat mengambil serius tentang aduan mengenai mereka.

Contoh ayat: “Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan mengenai bau badan yang kurang enak dengan menggunakan produk kami..”

20. Strategi Pemasaran Produk : “Setiap Hari”

Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang setiap hari mereka lihat atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya kemungkinan satu topik hangat yang sedang dibincangkan diperingkat dunia ataupun dikalangan niche anda. Anda berikan mereka fakta dan buktikan ianya benar, serta beritahu mereka bahawa mereka akan ketinggalan sekiranya tidak memiliki produk anda.

Contoh ayat: “Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya penjagaan alam sekitar agar hidup lebih selesa dan jika anda mendapatkan produk kami, anda telahpun menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih bersih..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 2
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 1
  4. Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge