50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 5

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 5Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-5 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2, part 3 dan part 4 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-5 untuk strategi pemasaran produk secara online :

21. Strategi : “Mereka Tidak tahu”

Kaedah ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan mempunyai kelebihan berbanding pakar jika mereka mendapatkan produk anda.

Ayat contoh: “Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan jika anda mendapatkan ebook ini, anda akan memiliki banyak kelebihan berbanding mereka..”

22. Strategi  : “Perubahan”

Gunakan strategi ini dan nyatakan kepada prospek anda bahawa apa yang mereka lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan berminat dengan produk anda jika ianya lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang untuk mencapai matlamat.

Contoh ayat: “Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah dan anda bakal ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..”

23. Strategi  : “Permulaan”

Dalam strategi ini, anda akan memberitahu prospek anda bahawa mereka adalah yang pertama berpeluang memiliki produk anda.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Mereka akan menyukai sesuatu yang kelihatan rahsia dan faedah – faedah yang diperolehi dimana mereka menjadi orang terawal memilikinya.

Contoh ayat: “Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan anda agar tidak menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik ebook ini..”

24. Strategi  : “Belum Lagi”

Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting atau menari untuk disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh berikan pembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka meneruskan pembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca sehingga habis surat jualan anda, ada kemungkinan mereka kan membeli.

Contoh ayat: “Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia ini, tetapi anda akan mengetahuinya nanti di akhir surat jualan ini..jadi teruskan bacaan anda dan saya pasti anda akan teruja..”

25. Strategi : “Pergi dan Rugi”

Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka harus bertindak sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yang menganggap itu hanyalah gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa ianya serius dan bukan satu gimik.

Contoh ayat: “Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan laman ini maka anda tidak akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi di lain hari..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 4
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 2
  4. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 1
  5. Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge