50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 6

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 6Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-6 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2, part 3 , part 4 dan part 5 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-6 untuk strategi pemasaran produk secara online :

26. Strategi  : “Kejayaan Sebenar”

Beritahu prospek anda bahawa mereka memerlukan sesuatu pemangkin atau faktor (tool) untuk mencapai keinginan mereka. Semestinya, anda memperkenalkan produk anda sebagai pemangkin tersebut. Anda juga boleh menyatakan bahawa ramai orang memiliki attitud yang betul tetapi tidak semuanya memiliki ‘tool’ yang betul untuk berjaya.

Contoh ayat: “Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat bergantung kepada tool promosi yang digunakan, maka produk kami adalah tool terbaik untuk menjadi affiliater yang berjaya..”

27. Strategi  : “Kuota”

Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu bertindak segera dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana kuota adalah terhad. Beritahu mereka, bahawa anda telah menghebahkannya kepada ramai orang diluar sana dan kemungkinan kuota akan dipenuhi dengan cepat. Dengan ini, prospek anda akan merasa bahawa mereka bukanlah orang terawal yang menerima informasi tersebut.

Contoh ayat: “Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum ini saya telah hebahkan kepada semua orang diluar sana sebelum anda menerima emel pemberitahuan ini..”

28. Strategi  : “Tiada Rekod”

Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma, nyatakan kepada prospek anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar anda samada dalam bentuk audio atau video.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Jika mereka tidak menghadirinya, mereka tidak akan tahu isi kandungan seminar anda. Boleh juga jika anda menyatakan bahawa rekod video atau audio anda menjadi produk berbayar nanti. Pastinya, mereka yang tidak mahu mengeluarkan kos akan menghadiri seminar anda.

Contoh ayat: “Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar ini kerana seminar percuma ini tidak akan direkodkan dalam bentuk video mahupun audio..”

29. Strategi  : “Yuran Keahlian”

Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk produk atau laman keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan bahawa yuran telahpun anda mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini akan membuatkan prospek anda berasa sangat gembira dengan kemudahan yang anda sediakan. Jika mereka gembira, mudahlah untuk anda mempromosikan produk.

Contoh ayat: “Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk anda dan menambahkan lagi bonus yang bernilai RM..”

30. Strategi  : “Ingin Berbicara”

Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak lebih peribadi walaupun hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang membaca emel yang bersifat peribadi berbanding emel secara rambang. Selain itu, dengan teknologi yang semakin canggih anda mungkin boleh mengajak mereka chat melalui YM atau Skype.

Contoh ayat: “Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semoga perbincangan kita ini mampu menyelesaikan masalah anda..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 5
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 4
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3
  4. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 2
  5. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge