50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 8

strategi pemasaran |   50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 8Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-8 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2, part 3 , part 4 , part 5 , part 6 dan part 7 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-8 untuk strategi pemasaran produk secara online :

36. Strategi  : “Terima Kasih”

Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkan bahawa perniagaan anda disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan di luar sana. Ini boleh menambahkan reputasi dan juga kredibiliti anda sebagai penjual.

Contoh ayat: “Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan termasuklah para subscribers yang menyokong pelancaran produk ini..”

37. Strategi  : “Ceritakan Kepada Saya”

Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda memberikan testimonial kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk atau mendapatkan khidmat nasihat anda. Anda boleh benarkan mereka meletakkan link mereka diakhir testimonial dan tujuannya agar mereka mendapat publisiti juga. Hebahkan testimonial mereka di laman web, blog atau kumpulkannya di dalam sebuat repot atau ebook.

Contoh ayat: “Bolehkah anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjak menggunakan produk kami..”

38. Strategi  : “Bahagian ke – 2”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda untuk membaca bahagian ke-2 mesej anda walaupun mereka belum lagi membaca bahagian pertama mesej anda untuk mengetahui keseluruhan mesej yang anda ingin sampaikan.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Ini membantu mereka yang tidak membaca mesej anda untuk berasa teruja kerana ianya seolah – olah satu misteri bagi mereka. Anda boleh letakkan salinan mesej pertama anda diakhir mesej ke – 2 anda sebagai rujukan.

Contoh ayat: “Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej pertama dimana segala penyelesaian terhadap masalah kewangan anda akan ditunjukkan satu persatu..”

39. Strategi  : “Statistik”

Strategi ini akan menerangkan prospek anda tentang statistik yang terkini mengenai produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat penting tak mahu mereka terlepas peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Dengan ini, anda kelihatan ikhlas mahu membantu mereka.

Contoh ayat: “Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30% pelawat sahaja membaca info ini sehingga habis dan saya tidak mahu anda mengabaikan info ini demi kebaikan anda..”

40. Strategi  : “Menyimpan Rahsia”

Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa anda telah menyimpan rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk sekian lama. Beritahu mereka bahawa ianya adalah produk yang sangat mengujakan, dan anda bersedia untuk melancarkannya serta anda tidak boleh menyimpan rahsia tersebut seorang diri lagi. Jadi, mereka akan ingin tahu apakah yang menyebabkan produk anda begitu bernilai sehingga anda sanggup merahsiakannya sekian lama.

Contoh ayat: “Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang diri, namun akhirnya saya sedia berkongsi dengan anda melalui produk..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 7
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 6
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 5
  4. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 4
  5. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge