50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 9

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 9Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-9 bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2, part 3 , part 4 , part 5 , part 6 , part 7 dan part 8 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-9 untuk strategi pemasaran produk secara online :

41. Strategi  : “Pernahkah Anda Dengar”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa jika mereka tidak membaca mesej anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi dimasa hadapan. Semestinya orang ramai sangat menggemari informasi terbaru dan produk yang boleh mengubah hidup mereka.

Contoh ayat: “Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk ini, atau anda tidak akan menemukannya lagi jika anda meninggalkan web ini sekarang..”

42. Strategi  : “Salah Cetak”

Dalam strategi ini, anda beritahu prospek anda bahawa kenyataan tentang produk anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya benar dan terbukti. Mungkin sesetengah orang menganggap ianya terlalu mustahil dan ada kesilapan dalam penulisan surat jualan. Nyatakan dengan tegas bahawa ianya bukan kesilapan dari segi penulisan tetapi ianya benar.

Contoh ayat: “Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalah benar belaka..”

43. Strategi  : “Lebih Panjang”

Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian, umumkan kepada prospek anda bahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebih menjimatkan sekiranya memilih untuk menjadi ahli jangka panjang.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Contohnya yuran bulanan anda ialah RM20 tetapi yuran tahunan pula hanya RM100, jadi mereka dapat berjimat RM20. Ataupun, jika mereka ‘upgrade’ keahlian kepada 1 tahun di lain masa , mereka akan membayar RM110. Kaedah ini akan menimbulkan rasa ingin bertindak cepat dikalangan pospek anda.

Contoh ayat: “Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati penjimatan RM20 berbanding menjadi ahli biasa yang membayar yuran bulanan..”

44. Strategi  : “Pelancaran Rasmi”

Strategi ini akan mengumumkan bilakah anda akan melancarkan produk anda, dan ini akan membantu prospek anda bersedia untuk membeli. Ini akan memberikan ruang kepada prospek anda untuk mula mengumpul wang dan dana yang berkaitan. Jika anda menyediakan program affiliate, ini memudahkan para affiliater anda melakukan pra promosi. Ingatkan mereka, bahawa akan menghantar emel ketika pelancaran nanti.

Contoh ayat: “3 hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..”

45. Strategi  : “Saya Teruja”

Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja dengan jualan produk terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal beberapa unit lagi untuk dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas peluang, semestinya mereka akan membuat keputusan dengan segera.

Contoh ayat: “Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat laris, namun kini hanya tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya tutup jualannya..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 8
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 7
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 6
  4. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 5
  5. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3

One Response

  1. Admin Sunday, 6 January, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge