7 Mitos mengenai jualan ebook.

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut teruskan bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang boleh membantu anda untuk membuang semua perasaan prasangka terhadap perniagaan ebook. Berikut adalah tujuh mitos yang menghalang anda dari memulakan perniagaan ebook.

Mitos Pertama : Anda perlukan idea yang unik dan hebat.

Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli. Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang betul. Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet.

Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang hebat untuk menulis ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut.

Mitos Kedua ; Anda perlu menjadi pakar.

Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualiti ebook bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca ebook.

Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual maklumat tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di perkatakan di dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut kefahaman anda sendiri dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang ramai di internet. Tidak susah bukan??

Mitos ketiga : Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama.

Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri anda sebagai penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan ebook adalah sangat mudah.

Mitos Keempat : Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam sesuatu tajuk untuk memulakan penulisan ebook.

Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk tersebut.

Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk di baca.

Mitos Kelima : Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan perniagaan ebook.

Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang sahaja, anda tulis ebook anda dan beri ia kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi.

Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk di jadikan testimoni.

Mitos keenam : Niche tertentu telah tepu.

Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. DI dalam industri informasi, semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai.

Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi.

Mitos ketujuh : Susah untuk menemui USP

USP adalah unique selling point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang pesaing anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada pengguna. Di dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP. Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan USP di dalam ebook anda.

Penutup

Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.

Related posts:

  1. 4 langkah menghasilkan produk digital atau ebook
  2. Lima Niche Ebook yang pasti memberikan keuntungan
  3. 4 langkah menulis ebook yang berkualiti.
  4. Buat Duit Dengan Ebook
  5. Salah Anggapan Mengenai Perniagaan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge