Ahli Keluarga Baru

2013 04 17 19.06.24 225x300 |  Ahli Keluarga Baru

Alhamdulillah, memperkenalkan cahaya mata keempat saya – Amir b. Azuddin yang selamat dilahirkan pada 16 April 2013 jam 2.18 petang melalui pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan berat 3.045kg.

Memang banyak pahit manis yang perlu ditempuhi dalam proses kelahiran ini. Namun, saya sangat bersyukur kerana semuanya sudah selamat. Amir kini sudah berusia hampir sebulan dan semakin sihat dan tembam. Beratnya yang terkini sudah mencecah 4.25 kg! Demam kuning (jaundis) yang dialaminya juga semakin surut.

Dengan kelahiran bayi baru ini, blog ini juga akan lebih banyak memuatkan info tentang keibubapaan dan kekeluargaan. Diharap Amir akan menjadi seorang anak yang soleh. Aminn.

Related posts:

  1. Selamat Tahun Baru 2013
  2. Tips Urus Masa Sebagai Individu & ahli kumpulan
  3. Azam Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009
  4. Selamat Tahun Baru 2008
  5. Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge