Akhirnya saya dah buat keputusan

Memang susah betul memikirkan tentang tema blog ini. Sejak ia dilancarkan, dah beberapa kali saya asyik bertukar-tukar tagline dan objektif. Akhirnya kali ni saya rasa keputusan saya adalah yang terbaik.

Blog ini akan saya tulis dalam dwi-bahasa – Bahasa Melayu dan English. Ia bukan sahaja akan memberikan saya lebih banyak idea, juga lebih banyak kebebasan dan penulisan. Saya juga takkan terikat dengan topik “buat duit”. Tapi ia akan menjadi salah satu topik yang akan selalu saya tuliskan.

Rasanya proses berubah-ubah tema blog bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan. Saya ada terbaca kisah Carlo Cab – seorang remaja Filipina yang mula membuat duit di internet sejak berusia 13 tahun bagaimana dia asyik bertukar tema untuk blog beliau sebelum berjumpa topikapa yang sesuai dengan jiwanya.

Jadi, saya kira keputusan ini adalah yang terbaik. Doakan saya berjaya ye!

Related posts:

  1. Kini Rakyat Malaysia Dah Boleh Buat Duit Dengan Clickbank
  2. Mengapa saya menyertai Perniagaan MLM Revell bersama Team700
  3. Saya dan TM (trace mineral)
  4. Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge