Al Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya.

Al –Quran mengandungi hidayah, ayat – ayat kebenaran dan pemberi penjelasan kepada manusia. Al –Quran juga adalah mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Di sebabkan ia adalah mukjizat pada Nabi Muhammad S.A.W iaitu penghulu segala rasul dan nabi, Al Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya.

Anda tidak boleh karang satu kitab yang lain dan berkata kitab yang anda karang itu mempunyai persamaan dengan Al –Quran. Ini kerana Al –Quran tidak ada duanya dan anda tidak mungkin boleh menulis sesuatu mencapai level ayat Al –Quran walaupun satu ayat.

Jika anda tidak percaya, anda cuba tulis sesuatu yang anda rasa boleh menyamai level ayat Al –Quran. Saya percaya anda tidak boleh lakukannya kerana anda bukan tuhan. Ayat Al –Quran adalah wahyu dan tiada manusia boleh menyamai Allah taala.

Anda tidak boleh berkata ayat Al –Quran adalah silap dan tidak lengkap kerana sudah tertulis dalam Al –Quran iaitu
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Oleh itu, anda jangan sesekali menganggap ayat Al –Quran adalah tidak lengkap kerana semua perkara di dunia telah di himpun dalam Al –Quran. Terimalah ayat Al –Quran dengan rasa ikhlas kerana Al –Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya. Wallahualam.

No related posts.