Apa itu PLR ?

apa itu produk plr |  Apa itu PLR ?Ada yang tertanya-tanya , apa itu PLR ? PLR adalah ringkasan bagi perkataan bahasa inggeris Private Label Rights. Secara asasnya, dengan membeli sebarang produk plr, anda boleh gunakannya semula dan menganggapnya hakmilik anda sendiri.

Ini kerana anda telah mempunyai hak untuk menerbitkan semula isi kandungan produk PLR tersebut di blog, laman web, tulis semula sebagai buku / ebook dan menulis nama anda sebagai penulis asal tanpa memberikan kredit kepada sesiapa. Bunyinya memang best kan?

Dengan memiliki produk PLR, anda tidak perlu bersusah payah memerah idea untuk menulis kerana ia sudah siap tersedia. Anda hanya perlu lakukan sedikit editing untuk menjadikan ia unik dan kemudian masukkan ke laman web atau blog anda.

Mana-mana pemilik laman web atau blog pasti tahu betapa susahnya untuk memastikan laman web atau blog sentiasa dikemaskini dengan isi kandungan yang up-to-date dan menarik. Biasanya ramau yang tak mempunyai masa untuk menulis seorang diri, setiap hari untuk memastikan blog sentiasa di update.

Kos untuk mengupah pengarang juga agak mahal. Penulis artikel yang baik biasanya akan mengenakan bayaran antara RM3 – RM5 untuk 100 patah perkataan yang ditulis. Dan biasanya satu artikel akan melebihi 300 patah perkataan. Maksudnya, jika anda ingin mengupah 1 artikelĀ  dimana setiap satu mempunyai 300 patah perkataan, anda perlu mengeluarkan modal RM10! Jika 10 artikel? RM100 kan? Yang paling penting sekali, artikel tersebut perlulah berkualiti dan sesuai dengan tema blog atau laman web anda. Disinilah produk PLR mengambil peranan.

Apakah Cara Guna Produk PLR yang betul dan menguntungkan?

Memang mudah jika sudah ada produk PLR. Hanya gunakan artikel yang tersedia dan upload terus ke web. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang bijak jika anda hanya copy – paste produk plr yang anda perolehi di blog tanpa sebarang suntingan. Ini kerana, biasanya ramai yang sudah memiliki produk plr tersebut dan mereka juga sekadar copy- paste. Secara tak langsung, artikel yang sama sudah banyak terdapat di internet. Dan ini secara tak langsung merendahkan kualiti blog anda kerana artikel tersebut sudah tidak unik.

Cara paling bijak untuk menggunakan PLR ialah dengan menulis semula artikel tersebut dengan gaya tulisan anda sendiri terutamanya pada perenggan pertama dan kedua. Tambahkan ayat anda sendiri. Jadikannya unik! Itulah cara yang betul dan menguntungkan.

Kalau macam tu, pasti ada yang kata, “Baik tak payah beli produk PLR la kan, sebab kita perlu tulis semula artikel tersebut?”. Sebenarnya menulis semula artikel yang sedia ada jauh lebih mudah dari menulis sesuatu artikel dari zero. Ini kerana anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis suatu artikel. Ia lebih mengambil banyak masa.

Belajar sambil Buat Duit

Oleh sebab kebanyakan produk PLR berbentuk informasi, secara tak langsung anda boleh belajar sesuatu dari produk tersebut. Sebagai contoh, dalam pakej 54 produk PLR dalam bahasa melayu, ada pelbagai informasi yang boleh anda dapat tentang buat duit di internet. Sambil membaca produk tersebut, anda boleh upload artikel tersebut di blog dan laman web anda sendiri. Secara tak langsung, web anda ada artikel terkini dan bermanfaat kepada pengunjung.

Okla, sudah agak panjang saya menulis. Diharap artikel diatas serba sedikit dapat membantu anda memahami, apa itu PLR .

Related posts:

  1. [Promosi] 54 produk PLR Bahasa Melayu
  2. Apa Itu Bisnes GDI
  3. Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.
  4. Apa sebenarnya niche?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge