Apakah Sebab Utama Sertai MLM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya sekarang ni saya sedang sibuk menumpukan kepada beberapa projek sebelum saya berehat seketika kerana saya bakal menimang cahaya mata ketiga pada bulan hadapan. Insya allah. Salah satu projek saya ialah perniagaan prepaid Mymode yang saya telah sertai hampir 9 bulan yang lalu.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan maklumat tentang perniagaan prepaid mymode ini, bolehla melawat laman web saya di MyPrepaidSMS.com dan isikan borang yang disediakan.

Setiap orang yang mendaftar juga akan diberikan ebook PERCUMA “Jutawan Yang Belum Anda Kenali” yang banyak memberikan idea dan motivasi kepada saya didalam perniagaan internet ini.

Baru-baru ni saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk “Minds if 17 MLM Business Builder” yang disediakan oleh Zamri Nanyan dari RahsiaMLM.com . Artikel tulisan David Ledoux yang bertajuk “Why Should I Join Network Marketing” atau “Mengapa Saya Perlu Sertai Pemasaran Rangkaian (MLM)” menyatakan bahawa ada 3 jenis orang yang menyertai MLM;

Pertama – mereka yang menyertainya kerana berminat dengan produk atau perkhidmatan hebat yang ditawarkan dan ingin membelinya pada harga diskaun yang hanya boleh diperolehi jika menjadi ahli syarikat MLM tersebut.

Kedua- Mereka yang inginkan pendapatan sampingan dari perniagaan MLM untuk menampung perbelanjaan harian walaupun dijalankan beberapa jam seminggu.

Ketiga – Mereka yang ingin menjadikan MLM sebagai cara untuk mencapai kebebasan kewangan dalam masa 3-5 tahun akan datang. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil dan ramai telah melakukannya termasuk beliau.

Dalam perniagaan prepaid Mymode ni, saya memilih jenis yang ketiga. Kerana saya telah melihat banyak bukti mereka yang berjaya memperolehi pendapatan lumayan dari perniagaan Mymode ini dan saya yakin saya juga boleh mencapainya.

Walaupun baru 9 bulan menjalankan perniagaan Mymode, saya sudah memperolehi pendapatan yang konsisten setiap minggu. Tetapi saya tak rasa kecewa walaupun ia belum mencapai 4-5 angka sebab saya tahu bahawa saya masih di landasan yang betul.

Lagipun target saya ialah 3 tahun. Jadi, masih banyak masa untuk mencapainya. Yang penting ialah, membuat perancangan untuk mencapai matlamat dan berusaha menjalankan segala apa yang perlu untuk mendapatkannya.

Ada yang sudah berputus asa walaupun baru beberapa minggu menyertai perniagaan MLM. Salah satu sebabnya ialah tidak membuat target yang realistik.. Sebab saya tahu, agak sukar (walaupun tak mustahil) nak capai 5 angka dalam masa sebulan dalam MLM .. tapi kita perlu “ukur baju pada badan sendiri”.. sebab hanya kita yang tahu kemampuan diri sendiri.

Okla, dah banyak yang saya tuliskan. Kalau anda berminat nak sertai mana-mana perniagaan MLM pastikan anda bertanya kepada diri anda….apakah SEBAB UTAMA anda menyertainya? Adakah sebab….

– Nak beli barang pada harga diskaun bila jadi ahli
– Nak buat side income dengan menjual barang/ perkhidmatan
– Nak jadi jutawan

Bagi yang dah sertai atau berminat nak sertai bisnes MLM, saya juga galakkan anda membaca buku bertajuk “Rahsia Sistem Merekrut MLM” tulisan Zamri Nanyan. Saya sendiri sudah membaca berulang-kali buku ini kerana ia benar-benar mengandungi RAHSIA yang membolehkan saya sentiasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Salam sukses!

Related posts:

  1. Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet
  2. Prepaid Mymode – Pelancaran MyPrepaidSMS.com
  3. Pelancaran Rahsia Sistem Merekrut MLM (Penajaan Hebat) oleh RahsiaMLM
  4. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet
  5. Apakah Peluang Yang Ada?

3 Comments

  1. etty Tuesday, 22 May, 2007
  2. joili Sunday, 26 August, 2007
  3. Joe Thursday, 10 June, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge