Azam Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009

Nampaknya pejam celik usia kita dah meningkat lagi setahun. Hari ini adalah 1 Muharram 1430 Hijarah. Dah masuk tahun baru Hijrah, lagi 3 hari kita akan menyambut 1 Januari 2009 pulak. Banyak pahit manis yang ditempuhi pada tahun ini.

Macam biasa tiap tahun kita akan berazam, saya juga begitu. Tapi ada kalanya ia hanya tinggal azam je. Salah satu azam saya 2008 ialah untuk mencapai pangkat 5-star CM di dalam peniagaan prepaid Mymode telah tercapai. Alhamdulillah.

Bagi tahun baru ini, saya berhasrat untuk mencuba untuk mencuba mempromosikan produk di peringkat antarabangsa kerana pasarannya lebih luas. Jika sebelum ini saya lebih banyak tumpukan pada pasaran tempatan, its time to challenge myself. Pasti cabarannya lebih hebat tetapi pulangan yang dijanjikan juga adalah lumayan. Saya target untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui program seperti ini. Boleh ke? Kita try dulu.

Tahun 2009 juga, Adam akan berusia 4 tahun dan kami telah daftarkan dia untuk sekolah Tabika. Jadi, agak sibuk sikit menguruskan anak-anak kerana Adam akan belajar di sesi petang (bermula 11.30 pagi) dan Aisyah pada sesi pagi (bermula 8.30 pagi). Jadi, jadual bekerja saya perlu diubah untuk disesuaikan dengan situasi ini. Saya harap akan dapat membahagikan masa dengan baik untuk mengimbangi antara urusan rumahtangga dan bisnes internet ini.

Dan seperti orang lain juga, saya berharap tahun baru ini akan jadi lebih baik dari tahun 2008. Berazam untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik, menjadi seorang isteri yang lebih baik, menjadi seorang ibu yang lebih baik, menjadi seorang anak yang lebih dan tak lupa juga menjadi seorang ahli masyarakat yang lebih baik… Amin.

Masa jalan-jalan di blog, saya terjumpa beberapa posting menarik tentang azam tahun baru ni, anda boleh jenguk posting-posting ini;

Tips Belanjawan 2009/ 1430 Hijrah

Cara Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

4 Comments so far

  1. shamxo on December 31st, 2008

    salam maal hijrah dan selamat menyambut tahun baru..wah akak ni handal nya..boleh lah kongsi tips buat duit di Clickbanks cara youtube pulak..

    WATI: Terima kasih. Takdela handal mana. Cuma mungkin dimurahkan rezeki tahun ini. Alhamdulillah.

  2. rizal99 on January 6th, 2009

    semoga tahun 2009 menjanjikan kejayaan yg gemilang

    WATI: Terima kasih. Semoga awak juga akan berjaya.

  3. hacim on January 22nd, 2009

    tahniah UTube anda? Tanya sikit blh Sy beli Pakej U
    Tube pn lisa dgn klik pormosion di laman anda? berapa komision anda dpt? maaf.

    sy mnghadapi masalah accouolh paparnt UTube singn in paparan account sy tida? knapa boleh bantu Now cukup buntu dan rasa frust sgt!

    WATI: Terima kasih. Setiap affiliate Pakej Video Youtube ni akan menerima komisen RM20 untuk setiap jualan. Untuk soalan yang lain, maaf tak dapat jawab sebab saya “kurang faham” maksudnya
    .

  4. Pakej Lengkap Kit Blogger on August 10th, 2009

    Pelajari teknik-teknik gempak buat duit dengan blog.

    Dapatkan pakej lengkap kit blogger sekarang sebelum terlambat!

Leave a reply