Baca Al Quran sehingga sampai ke hati anda.

Al –Quran bukan hanya untuk di baca tetapi untuk di amal sekali. Anda tidak boleh baca Al –Quran tanpa beramal dan anda anggap anda sudah cukup beriman pada Allah taala. Apa bezanya anda dengan orang kafir yang mengkaji Al –Quran tetapi tidak amal apa yang terdapat di dalam Al –Quran dengan anda yang baca Al –Quran tanpa ada niat untuk beramal dengan apa yang terdapat di dalam Al –Quran.

Baca Al –Quran sehingga sampai ke hati bermaksud anda benarkan apa yang anda baca dengan hati, lidah dan perbuatan anda.

Maksudnya selepas anda baca Al –Quran, anda terus beramal dengan ayat Al –Quran tersebut tanpa ragu – ragu. Anda tidak boleh tangguh – tangguh masa untuk anda beramal kerana ia menunjukkan anda sebenarnya tidak beriman tetapi pura – pura beriman. Untuk jadi orang yang benar – benar beriman, anda perlu JUST DO IT. Maksudnya selepas anda baca apa yang tertulis di Al –Quran, anda terus beramal tanpa ragu – ragu. Anda terus beriman tanpa ragu – ragu.

Sebagai seorang yang beriman, anda tidak boleh beri alasan untuk tidak tunaikan perintah Allah taala kerana semuanya sudah jelas di dalam Al –Quran Sebab itu, anda perlu tunaikan segera perintah Allah taala tanpa banyak berfikir.

Al –Quran tidak seharusnya hanya di baca untuk hiburan halwa telinga dan hiburan keroncong suara. Sebaliknnya, Al –Quran perlu di baca dengan penuh penghayatan sehingga keluar titisan air mata sebagai tanda syukur pada kebesaran ilahi. Ikhlaskan hati anda untuk membaca Al –Quran, insyaAllah bacaan Al –Quran akan sampai ke hati anda.

Related posts:

  1. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.
  2. Al Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya.
  3. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.
  4. Al –Quran adalah panduan hidup terbaik sepanjang zaman
  5. Adab membaca Al – Quran dengan baik