Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak saya memulakan blog ini, ramai juga yang bertanya bagaimana hendak mula bekerja dari rumah? Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang susah kerana dengan kuasa internet.. maklumat di hujung jari anda. Anda hanya perlu menaip “make money” , “cari duit” , “work at home” , “kerja dari rumah”,� “tambah pendapatan”� atau apa jua perkataan yang terlintas difikiran anda di google atau apa jua enjin carian, pasti anda akan bukan sahaja ribuan, tetapi jutaan laman web yang boleh anda terokai.

Ini menunjukkan bahawa semain semakin ramai melakukannya. Mengapa agaknya ia terjadi? Ini kerana ramai beranggapan bahawa ia begitu mudah dengan kos yang sangat rendah. Anda hanya perlukan sebuah komputer dan akses internet. Kalaupun tiada di rumah, banyak cybercafe yang boleh dikunjungi dengan bayaran yang berpatutan. Semua orang kini boleh memperolehi pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.

Sebenarnya terdapat begitu banyak peluang yang boleh anda gunakan. Daripada apa yang saya lihat, peluang-peluang ini terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu perniagaan internet dan program internet. Kedua-duanya mempunyai perbezaaan yang agak ketara sebenarnya.

Perniagaan internet ialah dimana anda menjalankan perniagaan sendiri dengan menjadikan internet sebagai salah satu medium untuk menjana keuntungan. Tidak kiralah samaada ia berasaskan perkhidmatan ataupun menjual produk (digital atau fizikal).

Terdapat 1001 perniagaan yang boleh anda jalankan, hanya kreativiti dan usaha anda sahaja yang bakal membataskan pendapatan yang boleh anda perolehi. Antara perniagaan yang boleh dijalankan ialah perkhidmatan membina laman web, perundingan kewangan, menjual buku , CD/VCD, produk kesihatan, makanan/ pakaian, barangan antik dan sebagainya.

Persediaan awal untuk memulakan sebarang perniagaan, pastinya anda perlu melakukan pelbagai kajian mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin diniagakan serta sedikit modal. Walaupun ia agak mengambil masa dan tenaga, tetapi jika dijalankan dengan betul, ia pasti mendatangkan hasil yang lumayan.

Selain menjalankan perniagaan sendiri, anda juga boleh berkerja sebagai “tukang promosi” atau dalam bahasa internetnya sebagai affiliate. Jika dulu ia agak janggal diperkatakan, namun sekarang ni semakin banyak program affiliate yang muncul.

Berikut adalah beberapa program affiliate yang ada di Malaysia yang boleh anda sertai secara PERCUMA;

  1. Maskahwin.com
  2. Adikbijak.com
  3. Ideabisnesluarbiasa.com
  4. Plazacentre.net
  5. RahsiaRotiCanai.com

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mempromosikan laman web yang diberikan kepada anda. Jika ada ahli yang membeli melalui link anda, komisen akan diberikan berdasarkan nilai yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya juga menyertai program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet. Saya memilih untuk bersama syarikat Revell kerana Pelan Pemasaran MUdah dan Produknya yang� pelbagai. Ia juga mengamalkan konsep pengguna bijak. Hanya bertukar jenama produk dan belanjakan RM50 sebulan, saya sudah boleh menikmati bonus.

Untuk itu, saya telah menyertai kumpulan Cybershop2u.net yang merupakan antara program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet yang kukuh sehingga kini. Selain itu, upline saya dari Team700 juga banyak membantu saya didalam program ini. Alhamdulillah selepas lebih setahun, saya mula mendapat pulangan dari usaha saya selama ini.

Selain itu, saya juga sertai program� Perniagaan Prepaid melalui SMS dan internet� . Ini kerana pada saya rasakan bahawa prepaid adalah keperluan asas yang perlu dibeli setiap bulan, dan kalau saya mempunyai pilihan untuk membeli prepaid pada harga murah dan cepat (melalui sms sahaja), mengapa tidak saya merebut peluang ini.

Semua program yang saya sertai hanya memerlukan saya mempromosikan laman web. Senang bukan? Anda tidak perlu buat banyak kerja, hanya MEMPROMOSIKAN laman web PERCUMA dan wang akan mengalir kedalam akaun anda. Hmmm… disinilah sebenarnya ramai dikalangan kita yang akan tertipu dan menjadi penipu. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana kebanyakan kes penipuan melibatkan mereka yang menyertai program internet seperti ini. Mereka cepat terpengaruh dengan kerja MUDAH tetapi UNTUNG BANYAK.

Untuk mengurangkan risiko ditipu, anda perlu mempunyai ILMU PENGETAHUAN. Jangan terburu-buru menyertai sebarang program internet yang dipromosikan tanpa menyelidik dengan terpeinci. Anda boleh membaca post terdahulu saya dimana ada saya nyatakan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan sebelum menjadi mangsa penipuan..

Ada yang bertanya kepada saya adakah program itu dan ini benar atau hanya satu penipuan?. Saya akan biarkan anda menilaikan sendiri dengan membuat penilaian berdasarkan ILMU PENGETAHUAN yang telah anda perolehi.

Nasihat saya, buat kajian terlebih dahulu. Tidak susah sebenarnya untuk mengetahui adakah ia satu penipuan atau tidak..bukankah dengan internet segala maklumat dihujung jari anda dan anda hanya perlu menjadikan enjin carian seperti google sebagai teman baik anda. Pasti anda akan bertemu serba sedikit maklumat dan pendapat berkaitan program yang dipromosikan.

Berapa banyak yang anda perolehi dengan menyertai program ini? Itu merupakan satu lagi soalan yang sering diajukan kepada saya. Sebenarnya isu pendapatan adalah sangat subjektif. Ia bergantung kepada apakah yang perlu dan telah anda lakukan untuk memperolehi pendapatan sebanyak yang anda inginkan?. Di internet, anda sebenarnya menulis cek anda sendiri. Berapa banyak yang anda inginkan dan kemudian anda perlu usahakan matlamat anda.

Ada yang menghabiskan banyak wang untuk memiliki laman web yang canggih tetapi hakikatnya langsung tidak dikunjungi oleh sesiapa. Ada yang memperolehi pendapatan yang lumayan kerana mereka secara konsisten dengan hanya mempromosikan laman web yang diperolehi dengan percuma.

Bagaimana Hendak Berjaya di dalam perniagaan / program internet yang disertai?

Salah satu ilmu terpenting yang perlu anda tahu apabila memulakan langkah ke dunia internet dan berhasrat untuk mendapatkan pendapatan, anda perlu menguasai ilmu INTERNET MARKETING atau PEMASARAN INTERNET yang mana skopnya sangat luas. Ini termasuk mengetahui teknik promosi yang berkesan, penggunaan autoresponder, SEO (search engine optimization), menulis surat jualan (sales letter), aspek teknikal seperti programming, coding dan banyak lagi..

Tetapi anda tidak perlu risau sebenarnya kerana banyak maklumat seumpama ini yang diberikan secara PERCUMA. Hanya luangkan masa sekitar 1 jam sehari untuk menambah ilmu tentang ini. Amalkan konsep “belajar sambil bekerja” dimana disamping anda menjalankan perniagaan anda, anda boleh terus belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Anda boleh mulakan dengan mempelajari teknik promosi yang berkesan. Ini kerana, tanpa promosi, tidak ada orang yang akan tahu mengenai apa yang anda tawarkan. Promosi boleh dilakukan dengan menghantar iklan di ruangan classified percuma, menyertai ruangan forum, yahoogroup, email dan sebagainya.

Namun perlu saya ingatkan bahawa jangan sekali-kali melakukan SPAM. Apakah itu SPAM? Ia adalah keadaan dimana anda menghantar emel kepada seseorang tanpa kebenaran beliau (terutamanya yang berbentuk iklan), . Ia adalah salah satu bentuk SPAM dan ia adalah salah disisi undang-undang! Jika penerima melaporkan kepada pihak ISP, salah satu tindakan yang biasanya diambil ialah dengan menutup laman web yang dipromosikan.

Akhir kata , jika kita benar-benar ingin berjaya didalam apa jua bidang PERNIAGAAN ATAU PROGRAM internet, kita juga perlu sentiasa fokus kepada apa yang ingin dilakukan dan sentiasa bersedia untuk belajar (daripada mereka yang telah berjaya) dan mempraktikkan ilmu tersebut.

Salam sukses!

Asmawati Abd. Manap

Related posts:

  1. Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga
  2. Mengatasi Masalah Kesunyian Apabila Bekerja Dari Rumah
  3. Punca Kegagalan Pekerjaan atau Perniagaan Dari Rumah
  4. Realiti Hidup Apabila Bekerja dari Rumah
  5. Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

4 Comments

  1. Anonymous Monday, 15 May, 2006
  2. siantan77 Friday, 2 June, 2006
  3. siantan77 Saturday, 3 June, 2006
  4. Anonymous Friday, 2 June, 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge