Bank Negara Malaysia siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd pulak?

Ramai yang terkejut apabila mendengar berita bahawa BNM telah menyiasat syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan program Ceramic Club.
Jika sebelum ni, pihak BNM telah menyiasat beberapa syarikat seperti Eastana Farm, Noradz, Jazmeen dan BuluhMas. Dengar cerita kes tersebut masih belum lagi selesai. Tak dapat nak dipastikan pula apa akan terjadi kepada Ceramic Club selepas ini. Jika anda ada sebarang pendapat, sila nyatakan di ruangan komen ye.
Berikut saya ambil petikan akhbar dari harian Metro
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat serbuan ke atas premis Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di sini, berikutan aduan diterima daripada orang ramai.
Dalam kenyataan semalam, bank pusat itu berkata ia memulakan penyiasatan terhadap syarikat itu mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu daripada memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, manakala Seksyen 4 (1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana individu daripada terbabit atau cuba membabitkan diri atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
“Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan sudah dirampas untuk tujuan penyiasatan,” kata BNM.
Ia juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan pihak berkuasa berkenaan.
Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang BNM di alamat www.bnm.gov.my. – Bernama
Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090724004040/Article/index_html
Ini pula ialah kenyataan rasmi dan pihak BNM
Ref No: 07/09/08
Embargo: Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya
Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.myBNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)Bank Negara Malaysia
23 Julai 2009Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1881&lang=bm
dan ini pula dari laman web rasmi Asia Ceramic Marketing.
22nd Jul 2009 : Important Announcement / Pengumuman Penting
————————————————————————–Dear CBC Distributors,
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd is currently under investigation by Bank Negara Malaysia.
Distributors are advised to stop all transactions for the time being.
We will continue updating this site with the latest information.
We urge all Distributors to be patient and bear with us during this period. ___________________________________________________________________
Kepada Pengedar-pengedar CBC,
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dibawah siasatan Bank Negara Malaysia buat masa ini.
Pengedar-pengedar dinasihat agar tidak melakukan sebarang transaksi buat sementara waktu ini.
Pihak kami akan terus mengemaskini laman web ini dengan infomasi terbaru.
Kami menyeru semua pengedar agar bersabar buat sementara waktu ini.











salam..
Saya pun pd mulanya tekejut jgk dgn brita tersebut,sbb saya pun baru je join bisnes seramik ni,sempat la dpt untung dlm 2 bln..harap2 jgn la haramkn seramik nie..
ada company jeles dgn ceramic…biasalah ceramic tgh glamer…
susah sebenarnya syarikat yang dah kene siasat ngan BNM dilepaskan begitu sahaja
Saya dah lama join Ceramic Business Club, setahun lebih, sy tak nampak sy telah ditipu sebelum ini…sehinggalah pada tarikh 21hb Julai sy dikejutkan dengan berita Asia Ceramic disiasat,sepatutnhya management Asia Ceramic dari awal lagi harus berhati2 dengan pesaing bisnes yang lain, silapnya bila ada pelabur2 yang ambil kesempatan suruh downline bank in ke akaun sendiri kemudian tanpa repurchase….tentulah ada orang yang teranaya buat aduan, saranan sy agar pihak pengurusan berhati2 dgn musih sendiri
Dalam dunia perniagaan kita tak dapat lari dengan berhadapan dengan pesaing dan sikap PHD.Sekiranya CBC mengikut prosedur perniagaan yang betul spt mana yang digariskan sudah tentunya syarikat ini akan terlepas dari siasatan BNM..tapi seandainya sebaliknya ramai ahli akan menanggung kerugian..hilang segala2nya…
huh kalo dah dengki 2 dengki jugak..,masalah sekarang ini bukan masalah syarikat,selama brapa tahun ia berpusat tiada tindakan awal mengatakan asia seramik adalah syarikat penipu,,biasalah kalo investmen cantik plan pun cantik..owang luar mmg hasad dengki,aku income berpuluh ribu pun sampai skrg maitain je,takde pun kna tertipu,tipah tertipu,apa2 pun aku dapat info..owang dr bank negara sendiri kata ,,,almaklum la bank nak pakai duit,,apa pun leader syarikat CBC masih memberi comited.dan kami ada resolution,skrg ni syarikat xde masalah,cuma owang2 d luar sana je,faham2 la sendiri
salam sejahtera semua.saya juga mangsa bank negara dan masuk juga ceramic jika berminat dengan forex sila lah reg sebagai ahli free dan forex perdagangan matawang dunia dan tidak ade penipuan tak boleh bnm kacau.berminat sila layari {edited} dan hubungi pengurusan {edited}
terima kasih
Sekarang macam mana berita status ceramic?…Jangan lah blog ni dibuat alang2…saya pun nak register ngan ceramic…saya dah nampak pulangan kawan2…teruskan berita semasa.
sekarang ni apa plan cbc utk menyelamatkan syarikat dan modal ahlinya…jawabnya xdelah..senyap je..kalau syarikat tutup pun bukannya duit diorang..banyak dari ahli2 yang kuar…paling tak pun boleh buka syarikat baru pastu guna nama lain dan buat program mcm ni balik..tentunya syarikat x rugi apa2 pun…kesian kat ahli yang telah labur modal ribu2..siap ada yang berhutang ngan bank plak tu nak join cbc…dah lah duit tak dapat kena bayar hutang bulan2 lak tu..kesian2
salam sejahtera.. sama2 kita doakan agar semuanya berakhir dengan baik.. in the mean time, sesiapa yang berminat untuk untuk mengetahui peluang perniagaan alternatif selain ceramic, boleh lah hubungi saya di {edited}
terima kasih
untuk pengetahuan korang sume. Ceramic skang dah buka balik. BNM telah wat siasatan terhadap ceramic. Dan lawyer 2minggu lepas antar surat kat BNM dan buat presentation kat BNM. dan bila dorang dapat tahu ceramic tak de salah apa2 melalui bukti dan siasatan BNM. BNM lepaskan dan buka akaun ceramic balik. So, start minggu ni, ceramic akan berfungsi seperti biasa.
CEO still kat office ceramic lagi. Sebab nak tolong ahli dia yang banyak rugi coz akaun kene blocked haritu. Dia kene wat dari awal balik. Tapi dalam minggu ni, ahli ceramic akan dapat balik duit dorang cam biasa. N sume sistem berfungsi cam biasa.
Ceramic tak tipu. Tetapi di godam oleh syarikat MLM yang satu tu. Tapi biarlah rahsia. Janji ceramic dah kembali pulih seperti biasa. Setakat itu info yang saya tahu. Alat kelui, kalo nak join, jom ar. lagipun ceramic tak tipu. Kalo tipu tak mungkin dia lepas dari BNM dan satu lagi, start dari minggu ni dia akan kembali berfungsi seperti biasa. Saya dapat info dari Ceramic sendiri.Lawyer yang handle masalah tu yang gtau and saya sendiri tanya ngan BNM. Just dia cakap, PHD dari syarikat MLM. So, pe lagi, ahli ceramic. Jangan risau. Korang contact ar ceramic. CEO still da. Jom teman2
Salam: apa brita CBC sekarang ni… dah 2minggu dok nanti brita, tapi tak da apa.. upline kata dalam sminggu je BNM buat siasatan, pas tu `ON` lagi.
Tapi hu hu huh sampai la ni bayang pun tak nampak,Laman web pun tak leh buka asik `site under maintenance`
Hantar E.mail pun tak jawab, fon pun tak da.
Kalau yapun tengah dok siasat dan tak habis lagi, bagi la kita pelabur semua info.. ini tak semua kelabu asap.
Dan kalau betul smua aset CBC BNM beku..`kasarnya rampas`… duit sapa tu nak suka2 ambik… ramai gak pegawai BNM yang `Islam`.. ingat tu kita tak halal sampai bila2 pun. Kalau tul BNM istihar CBC tak leh operasi… pulangkan lah duit kitaorang tu..
Semua rekod ada dalam fail CBC,, jadi tak da la kata BNM `KEJAM` NGALAHKAN ahlong…
KALAU NAK DENDA, SAMAN, pkirlah dulu..
Kami Tak rela DUIT KAMI DIRAMPAS…Itulah cara kami nak cari duit lebih..
Kami tak ambik duit orang,, jadi janganlah duit kami dikira `BURN` gitu saja.. hu hu hu hu.
sedih maaaa…!
CBC nie sebetulnyer OK, tapi yang x betulnyer, dia x ikut undang2 negara MALAYSIA ( BNM ), ikut BNM nak pungut duit orang kena ada lesen… So kenapa BNM xnak bagi lesen kat CBC… Jawapan nyer MUDAH sajer, kalu dia bagi lesen kat CBC, Noradz etc.. Lingkuplah Bank2 kat Malaysia, ASB pun lingkup… sebab Bank @ ASB cuma bagi mx 8-15%.. Yg company2 CBC, Noradz etc lebih dari Bank. so government kena protectlah company yang diberi lesen nie, sebab diaorang byar cukai kat kerajaan Barisan Nasional…. Xkan kerajaan nak tolong company yang x tolong kerajaan… So LU PIKIRLAH SENDIRI
Salam… helo Mia.. kalau apa yang yu cakap tu betul.. syukorlah pasai apa aku baru joint sehari..esoknya tau2 laman webnya dah tak leh buka.. nak sasau dibuatnya. harap nak untung sikit tapi.. burn smua.
Hari2 kita dok doa agar Ceramicclub leh `ON` semula..
Jangan pula Mia buat lawak gila.. kata Ceramic akan On seperti biasa dlm minggu ni.. tup2 tak da juga.. haru nnti….
Mia kena sumpah jadi `MUMIA` tau…
Apa2 pun jom let`s go.. kita cari itu CEO…
kalau tak jumpa,, kita cari itu `TONTO`… leh cayake…
Utk steev jangan cuba mau lari…
Pls stay at HQ.. kita sama2 selesaikan masalah..
agak2 perlu ke orang dari BNM kita jadikan Bos..?
askum…kt sini saya ada buat pembelian EV ceramic…skrg ni web ceramic bertukar kepada {edited}
bleh menghubungi saya 013{edited} untuk pembelian EV….
Kepada kwn2 ceramic,pd 15hb sykt telah lancarkan sykt br. Skg sykt adalah bhd.
Jd jgn bimbang ceramic akan jd lg mantap lepas ni.
cik shila. Senang je citer. Sebab skang banyak sangat SPY BNM dan Company MLM.Saya tak leh cakap banyak.Sebab dorang memang tengah cari maklumat sal ceramic. Kalo cakap lebih nanti. Ade2 jer orang yang dengki kat ceramic try carik byk cara tuk jatuhkan ceramic balik. Tapi rasa2 Cik Shila tau kan kat ne tempat office Ceramic. Sume ahli yang tak tahu perkembangan ceramic kene tanya ceramic sana. Insya allah. Cik akan dapat berita baik. Or kalo boleh try tanya upline cik. Sebab berita baik dan buruk sume dah di beritahu oleh Ceramic kepada upline tuk disebarkan kpd downline. Untuk ahli ceramic sendiri. Try tanya khabar dari upline. Skang kita jngan sebarkan pe2 brita tentang ceramic di mana2 ruang internet. Coz da ura2 gtau tentang adanya SPY BNM dan MLM yang tengah cari banyak cara tuk jatuhkan ceramic balik. Ceramic memang bukan skim pelaburan pun dorang tetap akan cari banyak cara tuk salah kan ceramic. Ok Cik Shila. Jangan risau. Kalo Cik Shila p ceramic. Banyak perkembangan yang Cik tahu di sana. k.
Saya ni tngah confuse nak atau tk..member yg dh join bole advice tk sket..
Ok je nak join…
aku pun dh join since bulan 2/2009.
bisnes pun dh mula beroperasi kembali..
bagus la kalau ceramic dah ok. Tapi kalau tengok kat web rasmi ceramicclub.net . Masih tertulis “site Under Maintenance” .
Harap-harap semua orang tidak akan kerugian.
aku berminat pasal cbc ni..dan blum join lagi.. setahu aku cbc ni masih aktif lagi.. {edited}
mana boleh pakai adress yang lama..dah terang2 kena serbu..dah tentu mereka akan ubah plan marketing mereka..jangan tersilap langkah lagi..huhu
biasa la tu…nanti tukar nama lain pulak dengan konsep ‘perniagaan’ yang sama. menggunakan produk semata-mata untuk mengabui bisnes permainan duit ni..yang buat bisnes tu tauke syarikat ni..bukannyer kita..typical piramid system…
EV aku dah lebih 10,499
tak tahu bila la boleh withdraw semua ev tu
wat mase ni cuma 500 ev sebulan
klu orang yang bukak 10 aku cam aku ni mmg sakit la
sbb semua akaun tu nama yang sama.
ceramic hanya benarkan 500ev sebulan hanya untuk 1 name..
tu pun ssh nak withdraw.
setiap kali nak withdraw ckp dah lebih limit..
voucher bhp aku rm1000 tak dapat2 lagi.pttnya cbf.
klu voucher ssh dapat stok,jgn la letak voucher untuk redeem..klu redeem pun tak dapat vouchernya baik tak payah letak voucher.tuka je point voucher tu ke ev,kan sng..
dh leh kuarkn ke ev 2?ev aku ada r dlm 400.
cmne ek zul nk kuarkn.
nk bkk wbsite asyik undr maintanence jew.cmne ek?
rs2 korang r kn ada chance lg ke cbc ni nk operate cm biasa.ingat nk continue je ev yg ada 2.rugi r kalu kuar cm 2 je kn.br jer nk rs untung ckt…
kalu cm xde chnce nk operate cm biasa ingat nk withdraw jer ev yg ada nih..