Berdoa dengan bacaan Al-Quran.

Ayat – ayat Al – Quran merupakan satu doa dan tiada siapa dapat nafikan itu. Keistimewaan ayat Al-Quran sebagai doa adalah sangat istimewa. Ini kerana ayat Al – Quran adalah wahyu dan tiada siapa boleh mencipta ayat sebaik – baik ayat Al –Quran melainkan Allah Yang Maha Esa.

Di sebabkan ayat – ayat Al-Quran adalah ayat yang agong dan istimewa, eloklah anda berdoa dengan membaca ayat – ayat Al-Quran. InsyaAllah, doa kita akan termakbul.

Al – Quran mengandungi ribuan jenis doa dan doa yang terdapat di dalam Al-Quran adalah susunan doa yang terbaik. Doa yang di ambil dari ayat – ayat Al-Quran tidak sama dengan ayat yang anda baca berdasarkan pemikiran anda sendiri. Mana mungkin ayat yang anda fikir sendiri boleh lawan ayat – ayat Al-Quran yang di turunkan pada Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh itu, untuk anda dapat keberkatan ketika berdoa, eloklah anda gunakan ayat – ayat di dalam Al-Quran sebagai isi utama doa anda.
Semua ayat Al-Quran adalah satu doa termasuklah surah Al – Fatihah.
Berikut adalah hadith yang menunjukkan berdoa dengan ayat Al – Quran adalah terbaik.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya”.
( Hadith Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

No related posts.