Berfikir seperti seorang jutawan

Bagaimana hendak menipu seseorang? Bagi saya senang sahaja untuk menipu seseorang, berfikir seperti orang yang kita ingin tipu. Seorang polis dapat menewaskan penjenayah jika dia mula berfikir seperti penjenayah tersebut. Persoalannya, adakah mudah untuk anda menyelami pemikiran manusia lain? Adakah mudah untuk mengetahui apa yang bermain di fikiran manusia lain?

Jawapannya, tidak. Kita tidak akan sesekali mengetahui apa yang manusia lain berfikir kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. Namun, kita boleh mengetahuinya melalui idea. Setiap kata yang di lontarkan, setiap tindakan yang di lakukan dan setiap emosi yang di luahkan menunjukkan apa yang anda fikirkan.

Tahukah anda, minda seorang penipu di penuhi dengan pengkalan data ciri-ciri yang saya katakan di atas. Mereka sangat mahir menipu di sebabkan mereka dapat membaca apa yang anda fikir melalui pergerakan,cara percakapan dan tindak balas anda. Cara anda ketawa dan sebagainya telah menunjukkan siapa sebenarnya diri anda. Mereka tidak tahu perkara sebenar yang anda fikir tapi mereka mendapat idea bagaimana anda berfikir.

Oleh kerana hampir kesemua rakyat Malaysia adalah manusia yang sentiasa menolak kebenaran dan mempunyai ego yang tinggi, rata-rata dari kita senang untuk di tipu dan di perdaya. Sejak kecil saya mempunyai kemahiran untuk mengetahui apa manusia lain fikir melaluii tindakan mereka. Hampir separuh dari tekaan saya tepat dan peratusannya kian meningkat.

Hampir 90% dari penduduk Malaysia yang saya jumpa menunjukkan simptom untuk menolak kebenaran. Mereka menipu untuk melindungi diri, melindungi maruah rakan-rakan, keluarga atau teman wanita. Satu perkara yang perlu anda ingat dan saya percaya anda juga melakukannya, ayat pertama yang terpacul dari mulut anda, lebih 90% adalah menipu. Kenapa ini berlaku? kerana kita hidup di zaman penuh yang penuh dengan penipuan dan kekejaman.

Sekarang, manusia hidup untuk menipu. Mereka menipu mereka adalah mukmim sejati, mereka menipu untuk berniaga, mereka menipu untuk berbelanja dan mereka berbangga untuk menjadi penipu, contohnya rakan saya di kelas dahulu sangat berbangga jika beliau berjaya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan dengan meniru, di mana maruahnya sebagai seorang manusia, bagi saya, beliau adalah seorang pengecut. Maka, ia amatlah mudah untuk menipu. Jangan salahkan diri jika di tipu kerana anda juga seorang penipu.

Ia adalah proses yang sangat senang untuk berfikir seperti seorang billionnair, anda cuma perlu mendapat idea bagaimana mereka melakukannya? Warren Buffet dan Bill Gates sangat tepat dalam tindakan mereka. Saya tidak cakap, anda perlu meniru bulat-bulat kelakuan mereka, anda cuma perlu mendapatkan idea bagaimana mereka melakukannya. Ia sama ketika anda mencari atau memperlajari konsep perlajaran Fizik, Matematik dan Kimia.

Dengan mencari konsep, anda akan tahu apa yang di fikirkan oleh manusia lain. Bill Gates adalah seorang yang sangat bijak dan beliau adalah seorang billionnair. Konsepnya, jika anda pandai anda boleh menjadi seorang jutawan. Maka, anda perlu dan sentiasa menuntut ilmu. Buffet memperlajari cara untuk jual beli saham melalui pembelajaran sendiri dan menuntut dari beberapa orang guru. Konsepnya, jika anda sanggup bertanya soalan kepada manusia lain jika tidak tahu, anda akan jadi kaya.

Pencapaian Buffet mengatasi semua gurunya dalam perlaburan. Konsepnya, anda tidak perlu menuntut dari yang terhebat tapi anda hanya perlu menuntut dari mereka yang tahu sahaja. Sebab itu, saya suka membaca buku kekayaan dari jutawan yang melakukan aktiviti motivasi dan kursus kekayaan kerana mereka sebenarnya telah berjumpa dengan ramai manusia dan kesimpulan mereka selalunya tepat.

Banyak lagi perkara yang anda boleh dapat dari kelakukan mereka. Ini adalah rahsia kemewahan. Anda tidak perlu mencari banyak konsep sebelum melakukan tindakan, cukup hanya mencari satu konsep, kemudian lakukannya sehingga anda puas.

Terdapat banyak konsep di dunia untuk menjadi kaya, namun, anda tidak boleh gopoh untuk mencapainya. Semua kunci kekayaan di pegang oleh Allah S.W.T. Kita hanya boleh membukanya jika di benarkan oleh-Nya. Sekarang anda tahu kenapa segala tindakan Buffet dan Putera Khalid sentiasa di perhatikan oleh pemain saham.

Related posts:

  1. Kuasa Imaginasi Manusia untuk mecapai kemewahan
  2. Kemewahan hidup
  3. 5 pesanan dari seorang super affiliate pada seorang newbie.
  4. WW : Motivasi Seorang Pemenang
  5. Apa Yang Anda Perlu Buat Untuk Menjadi Jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge