Bermain jigsaw puzzle bersama anak-anak

Salah satu aktiviti bersama anak-anak yang sering menjadi pilihan kami sekeluarga ialah bermain jigsaw puzzle. Ini adalah koleksi terkini yang dibeli. Agak mencabar untuk menyiapkan jigsaw puzzle ni sebab ada 250 pieces. Tapi ia adalah salah satu puzzle kegemaran anak ketiga saya berusia 6 tahun sebab ia berbentuk 3d. Perlu pakai spek khas untuk melihat hasilnya nanti.

wpid 1357844857211 |  Bermain jigsaw puzzle bersama anak anak

trans |  Bermain jigsaw puzzle bersama anak anaktrans |  Bermain jigsaw puzzle bersama anak anak

wpid 1357845195990 |  Bermain jigsaw puzzle bersama anak anak

Jigsaw puzzle ini dibeli sendiri di MPH dengan harga RM16.90 menggunakan wang ganjaran yang kami berikan padanya selepas berjaya membuat persembahan akhir tahun tadikanya tahun lepas.

wpid 1357997093866 |  Bermain jigsaw puzzle bersama anak anak

Siap akhirnya!

Ada banyak kelebihan bermain jigsaw puzzle, antaranya ialah;

1. Satu permainan yang boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja pada apa jua peringkat umur. Jadi, ia adalah satu aktiviti santai keluarga yang menyeronokkan.

2. Ia juga dapat membantu koordinasi mata dan tangan anak-anak dan memudahkan dia untuk membaca nanti.

3. Jigsaw puzzle membantu otak kanan dan kiri saling berhubung dan meningkatkan keupayaan untuk belajar dan menjadi anak yang pintar.

4. Perasaan apabila menyambungkan walau 1 keping puzzle di slot yang betul pasti mengujakan sesiapa sahaja.

Jika anda masih belum mencuba, jom cuba dulu dan rasai keseronokannya bermain bersama anak-anak. Mulakan dengan main jigsaw puzzle yang simple dahulu. Bila dia dah besar dan cekap, boleh upgrade ke versi yang lebih sukar.

Related posts:

  1. Minggu Pertama Persekolahan
  2. Mengapa saya menyertai Perniagaan MLM Revell bersama Team700
  3. Panduan Profesional Untuk Bekerja Di Rumah Dengan Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge