BNM, SC tidak iktiraf Swiss Cash

Sumber: http://utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada Swiss Mutual Fund untuk menerima deposit atau menguruskan aset awam di negara ini.

BNM dalam kenyataannya di sini, dana Swiss Cash yang diterbitkan oleh Swiss Mutual Fund itu tidak pernah diluluskan atau disokong oleh SC.

Dana Swiss Cash adalah pelaburan secara Internet yang dilaksanakan oleh Swiss Mutual Fund, syarikat pengurusan dana yang didakwa didaftarkan di luar negara.

Peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan agen-agen tempatan.

BNM turut menasihatkan orang ramai supaya melabur dengan pihak-pihak yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja.

“Untuk mengelakkan dari ditipu, para pelabur dinasihatkan agar menyemak status lesen syarikat pelaburan asing dan tempatan sebelum melabur,” kata kenyataan itu.

Untuk membuat penyemakan orang ramai boleh menghubungi Jabatan Aduan SC di talian 03-62048999 atau e-mel aduan@seccom.com.my dan BNM menerusi nombor 03-26910824 atau e-mel info@bnm.gov.my.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge