Buat Duit Dengan Affiliate : Bukan Niche Buat Duit

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu tips untuk buat duit dengan affiliate dengan mempromosikan produk yang tiada kaitan dengan ebook atau produk buat duit. Harap anda tidak keliru dengan penyataan diatas ye.

Maksud saya, sebenarnya terdapat banyak produk di pasaran tempatan yang tidak berkaitan dengan niche buat duit dan perniagaan internet. Kadang-kadang saya kita terlalu tumpukan banyak masa dan fikiran untuk mempromosikan produk yang berada dalam bidang “buat duit” seperti mempromosikan ebook tentang buat duit dengan affiliate , buat duit dengan clickbank dan banyak lagi dengan andaian bahawa semua orang mencari info tentang buat duit.

Jika sekitar tahun 2006 memang banyak produk digital berbentuk ebook dan cd/vcd yang niche buat duit. Kini semakin ramai yang mengeluarkan produk berasaskan niche yang lebih pelbagai  terutamanya dalam niche pendidikan, kemahiran, makanan dan sebagainya.

Bagaimana anda boleh buat duit dengan produk seperti ini? Jom saya kongsikan beberapa situasi dan kaedah promosi yang boleh dipraktikkan.

1. Misalnya anda mempunyai blog peribadi dan ada menulis tentang baju kurung yang anda tempah atau pakai untuk hari raya. Anda boleh masukkan url affiliate untuk produk ebook Cara Menjahit Baju Kurung . Jadi, bila ada pembaca yang klik url anda, mungkin ada yang berminat untuk membeli dan walla! anda dah dapat komisen tanpa disedari.

2. Anda ingin berkongsi dengan rakan anda di facebook tentang coklat buatan tangan yang cantik dan sedap yang anda dapat sebagai doorgift majlis harijadi rakan anak anda. Bila anda update status anda, boleh kongsikan sekali url ebook cara buat coklat sendiri dengan rakan sebagai saranan mengajak mereka dan diri sendiri mencuba pula. Ia berbentuk perkongsian dan mungkin ada yang berminat.

3. Anda atau anak anda atau adik anda bakal menerima keputusan peperiksaan SPM 2011 tidak lama lagi, boleh juga anda selitkan url ebook  lepasan SPM ini didalam penulisan di blog , facebook ataupun forum.  Gunakan ayat yang kreatif dan menarik  yang membuatkan ada yang berminat.

Rasanya dengan 3 contoh diatas, anda boleh mendapat idea tentang bagaimana anda boleh pelbagaikan teknik promosi untuk buat duit dengan produk affiliate pilihan anda.

Dibawah ini saya senaraikan 11 produk yang mempunyai program affiliate bukan niche buat duit yang boleh anda promosikan.

1. Panduan Peperiksaan Muet.com
2. Rahsia Fotografi Perkahwinan.com
3. Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
4. Panduan Mudah untuk Hamil
5. Rancang Perkahwinan
6. Penternakan Ikan Tilapia
7. Rahsia Baby Pandai Baca
8. Doa Pengasih untuk Kebahagiaan
9. Pilihanraya Umum Ke 13 Malaysia
10. Tafsir Al Quran Perkata
11. Belajar Bahasa Inggeris

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi kita kena kreatif mencarinya. Saya ada kongsikan disini cara mencarinya. Semoga tips ini dapat membantu anda.

Related posts:

  1. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate
  2. Senarai Program Affiliate Malaysia 2011
  3. Review Majalah IM ke-12: Buat Duit Dengan Affiliate Marketing
  4. Teknik Niche : Membongkar Rahsia Pemasaran Niche Yang Menguntungkan!
  5. Buat Duit Dengan Blog

8 Comments

  1. W.HabibuRahman Tuesday, 20 March, 2012
  2. cik tom Wednesday, 6 June, 2012
  3. Norhaizan Hakim Thursday, 19 July, 2012
  4. nurul Wednesday, 1 August, 2012
  5. admin Wednesday, 1 August, 2012
  6. mael Wednesday, 29 August, 2012
  7. idham Wednesday, 29 August, 2012
  8. admin Monday, 3 September, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge