Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke akaun bank Malaysia

Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya nak keluarkan duit paypal .  Jika tidak, masakan ebook Chapter M yang dikeluarkan oleh Gobala Krishnan sekitar tahun 2006 mendapat sambutan hangat.

logo paypal21 150x150 |  Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke akaun bank Malaysia

Ada banyak cara sebenarnya. Aantara cara yang biasa digunakan untuk keluarkan duit paypal ialah

1. Jual duit paypal kepada orang lain, pembeli akan buat bayaran ke akaun bank pilihan. Kita pula pindahkan duit paypal kita kepada pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan antara penjual pembeli. Tapi, ramai juga yang tertipu dengan cara ni, antaranya duit dah bayar ke akaun bank, tapi duit paypal tak diterima.

2. Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit. Ada banyak kad debit yang membolehkan pemiliknya mengeluarkan duit dari paypal. Disini saya kongsikan blog post oleh AzmanZainal dan KhairulAzmi yang berkaitan dan boleh dijadikan rujukan anda

3. Gunakan duit paypal untuk membeli  produk yang terima paypal sebagai kaedah bayaran – ini adalah yang saya gunakan sejak dahulu. Biasanya saya gunakan untuk beli nama domain, autoresponder, iklan dan ebook. Maklumla, duit paypal pun takde la banyak sangat. Jadi, kaedah ni memang sesuai di apply terutamanya produk luar negara. Jimat disegi nilai tukaran wang asing.

Dan yang terkini, rakyat Malaysia dah boleh keluarkan duit dari Paypal terus ke akaun Bank di Malaysia. Caranya;

1. Login ke akaun Paypal anda di paypal.com

2. Klik pada menu  Profile (di sebelah atas, kanan) > Add/Edit Bank Account

3. Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang , sila klik Details atau rujuk senarai dibawah.

Bank Name MEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHAD PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD MFBBMYKL
AMBANK BERHAD ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD BMMBMYKL
BANK OF AMERICA BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD CIBBMYKL
CITIBANK BERHAD CITIMYKL
DEUSTCHE BANK DEUTMYKL
EON BANK BERHAD EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK UOVBMYKL

4. Semak semula maklumat akaun bank anda . kemudian klik Add Bank Account
5. Tahniah! Anda dah berjaya bila nampak mesej ini

You’ve added a bank account in Malaysia

Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.
What do you want to do next?

6. Sebelum terlupa, dibawah ni bebrapa info tambahan untuk servis ni

Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
Withdrawal Fee – Jika kurang RM400 – RM3
Return Fee – RM15

Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.

Untuk tutorial bergambar, boleh rujuk pada blog Sukeri

Atau anda boleh tonton video dibawah – ia telah disediakan oleh Sifu Lan

Dan sekarang, rakyat Malaysia makin mudah nak buat duit di internet. Tak perlu memikirkan cara paling selamat nak tukarkan dari USD yang ada dalam paypal ke RM. Lagi mudahla nak keluarkan duit komisen untuk bisnes GDI.

Related posts:

  1. Cara membatalkan akaun GDI
  2. Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?
  3. Bank Negara Malaysia siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd pulak?
  4. Dah Dapat Duit Free dari Im-Myth
  5. Chapter-M: Penyelesaian kepada Masalah Paypal dan Clickbank Rakyat Malaysia

Tags : , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

7 Comments

Leave Comment

CommentLuv badge