Cara Langgan Tunetalk selama 1 tahun ( 1 year validity)

Saya adalah pengguna prepaid Tunetalk. Macam prepaid lain juga, tiap bulan kita perlu topup setiap bulan untuk pastikan kredit kita tidak sah dan tak boleh membuat sebarang panggilan, sms dan surfing internet.

tunetalk 1 year validity |  Cara Langgan Tunetalk selama 1 tahun ( 1 year validity)Salah satu kemudahan yang pihak Tunetalk sediakan iaitu membolehkan pengguna lanjutkan tempoh langganan selama setahun. Jadi, kalau anda topup RM50 untuk bulan 20 Januari 2013, kredit RM50 tu akan sah hingga 20 Januari 2014! Tak perlu dah beli topup setiap bulan semata-mata nak extend kredit validity kita. Pasti menguntungkan untuk mereka yang jarang menggunakan handphone untuk panggilan atau sms keluar.

Jadi, kalau terlewat topup prepaid pada setiap bulan. pun, tak jadi masalah sebab kita masih boleh membuat panggilan dan sms. Topup cuma RM50 je sekali, dah boleh guna untuk setahun!

Sudah menjadi tabiat saya setiap tahun untuk renew langganan tahunan saya sebab saya biasanya hanya topup sekitar RM20 sahaja setiap bulan yang hanya sah untuk 22 hari sahaja. Kenapa RM20? Sebab ia adalah syarat minima untuk dapat komisen bagi bisnes prepaid Tunetalk-ToneExcel yang saya sertai.

Ok, berbalik kepada cara untuk panjangkan tempoh sah kredit prepaid Tunetalk kepada setahun, kita perlu ada sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai kredit bernilai RM48. Ini kerana kos untuk extend 1 year validity ini dikenakan caj RM38 untuk 365 hari dan anda perlu ada baki minima RM10 selepas itu.

Selepas itu, hanya hantar sms SET ke 1212 .

Anda akan menerima sms pengakifan dalam beberapa saat sahaja. Sms itu berbunyi “RM38.00 Your top up validity is extended to 365 days from today. Thank you for using Tunetalk”.

Hanya dengan satu sms sahaja servis ini akan disahkan. Jadi, pastikan anda memang benar-benar ingin panjangkan tempoh sah (validity) kredit prepaid Tunetalk anda kepada 1 tahun dan bukan sekadar mencuba-cuba sebab RM38 akan ditolak terus dari kredit anda.

Untuk lebih keuntungan, saya biasanya membeli prepaid dari Ezytopup sebab dapat beli prepaid murah disana. Selain tu, untuk bulan pertama saya biasanya topup RM80 untuk membolehkan saya mendapat nilai komisen maksima untuk pengguna prepaid Tunetalk-ToneExcel.

 

Related posts:

  1. Cara Topup Reload Digi Prepaid
  2. Bonus Prepaid Tunetalk-ToneExcel makin menarik
  3. Bisnes Prepaid TuneTalk – ToneExcel
  4. Selamat Tahun Baru 2008

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge