Cara membatalkan akaun GDI

Aik! baru join dah nak batalkan akaun ke? Saya pasti, ada juga yang mencari-cari bagaimanakah caranya untuk membatalkan akaun GDI mereka. Ada yang nak menbatalkannya kerana dah tak berminat, atau merasakan ia GDI tak sesuai untuk mereka dan ada juga nak membatalkan akaun GDI sebab nak bertukar upline.

Artikel ni bukan tujuan nak menutup periuk nasi sesiapa atau nak menggalakkan ahli GDI membatalkan akaun GDI mereka. Tetapi, saya rasa setiap orang mempunyai hak untuk tahu bagaimana cara nak sertai GDI dan bagaimana caranya nak berhenti menyertai GDI.

Bagi saya, GDI adalah antara bisnes MLM yang paling mudah sebab produknya berbentuk digital (nama domain, hosting & email) GDI juga boleh disertai oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia dan bukan rakyat Malaysia sahaja. Hanya promosikan melalui internet, dengan usaha berterusan, insyaallah akan ada hasilnya.

button cancel1 150x150 |  Cara membatalkan akaun GDITak kisahla apa jua sebabnya, apa yang penting – anda nak batalkan akaun GDI anda!  Artikel ni sekadar perkongsian agar tiada yang rasa tertipu dengan GDI.

Nak join senang je, tapi kalau nak batalkan , siap nak kena telefon pulak.

Kalau di laman web GDI, anda perlu menghubungi / telefon pigak GDI sendiri untuk membatalkan akaun. Dan saya pasti ramai yang keberatan nak telefon sebab ia melibatkan kos yang tinggi.Tapi ada rasionalnya semua tu. Disini saya kongsikan sebabnya yang saya perolehi dari forum Sifu Mazelan Abas.

Kepada semua yang membaca forum ini,

Ada sebahagian daripada kita yang menghadapi masalah technical untuk membatalkan sewaan domain dan webhosting serta tidak mahu lagi menyertai GDI affiliate program, kerana salah satu perkara yang mesti dilakukan adalah menalipon gdi untuk membuat full cancelation. Mereka teragak-agak untuk menalipon disebabkan kos yang agak mahal bila talipon ke US. Salah satu cara adalah kita talipon menggunakan Skype sebab ia sangat murah.

Sebenarnya alasan GDI menyuruh kita menalipon mereka adalah kerana sebelum ini terdapat beberapa kes dimana orang lain mensabotaj akaun orang lain, disebabkan seseorang itu mendapat habuan yang tinggi seperti puluhan ribu setiap bulan hanya dengan modal $10 sahaja, mereka menyamar dengan menghartar email (asalkan tahu password mereka) untuk membatalkan akaun kawan tersebut. Ini menyebabkan kawan yang lagi satu hilang pendapatan bulanan, dan kes-kes seperti ini sampai ke mahkamah diantara affilaiter dan affiliater. Untuk itu GDI mengelakkan perkara sebegini terjadi mereka menyuruh kita menalipon sendiri untuk membatalkan akaun tersebut.

Jadi disebabkan isu keselamatan tersebut untuk membatalkan akaun tiada cara lain, hanya dengan talipon mereka, tiada pengecualian. Hubungi GDI di Skype: +17606023000 Sambungan 5804 , Isnin-Jumaat 8-5 petang waktu mereka dan mereka akan gembira untuk membantu kita. Cara lain untuk pembatalan tidak diterima. Jika kita ada masalah untuk menghubungi mereka, sila hantarkan email kepada ws_support@wsdomains.ws dan berikan no talipon kita serta masa yang sesuai untuk mereka menghubungi kita, (begitu lah cara GDI yang amat baik – frendly user – untuk memastikan yang komisyen kita tidak disabotaj oleh sesiapa, walau pun orang terdekat yang mengetahui password kita) – jadi tidak ada isu yang talipon bil kita menjadi mahal. Mereka akan talipon kita utk menguruskan pembatalan.

Sekiranya kita tidak boleh bercakap, bisu (jika GDI menalipon kita) atau tidak faham bahasa Inggeris, kita boleh menghantar email kepada ws_support@wsdomains.ws untuk memohon pembatalan tersebut, tetapi didalam email tersebut MESTILAH menulis perkataan “I don not speak English” dan GDI akan menghantar beberapa maklumat kedalam email kita. Kita akan ditanya beberapa soalan termasuk “Security Question” semasa mula-mula mendaftar dahulu untuk memastikan yang kita adalah pemilik sebenar akaun tersebut.

Terima Kasih
Mazelan

Okla,  saya nak kongsikan cara yang anda boleh gunakan untuk membatalkan akaun GDI anda.

1. Hantar email kepada ws_support@wsdomains.com . Anda boleh gunakan contoh seperti ini

Tajuk : Cancelling GDI account

I wish to cancell my GDI account. But i dont speak english very good. This is my detail

Full Name :

Username:

Can you do it?

Tq in advance

-Nama Anda-

3. Pihak support GDI  akan membalas email anda dan meminta anda menjawab beberapa Security Questions

4. Balas email tersebut dengan menjawab soalan mereka.

5. Pihak GDI akan membatalkan akaun anda dengan kadar segera jika maklumat yang diberikan betul dan tepat.

Harap ia dapat membantu. Kalau anda berminat nak sertai GDI dibawah kumpulan saya, hanya klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

perniagaaninternet468x60 |  Cara membatalkan akaun GDI<

Related posts:

  1. Penerangan Tentang Sistem Pemasaran Autoviral Zamri Nanyan
  2. Cara aktifkan kad debit Maybank Visa untuk bisnes GDI
  3. Apa Itu Bisnes GDI
  4. Projek Terbaru – Buat Duit Dengan GDI
  5. Apabila Akaun Adsense anda diban

6 Comments

  1. shallnorrezal Tuesday, 24 November, 2009
  2. admin Wednesday, 25 November, 2009
  3. aisblogger Saturday, 20 February, 2010
  4. azlie Saturday, 28 August, 2010
  5. salami Wednesday, 22 September, 2010
  6. nikwati Tuesday, 8 October, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge