Cara Memilih Hosting Untuk Bisnes Online Anda

Hosting ialah tempat dimana anda meletakkan laman web anda. Jika diumpamakan dengan perniagaan fizikal biasa, hosting ibarat tanah dimana anda menyewa untuk kedai anda. Nama domain pula umpama papan tanda kedai anda.

Ada 2 jenis hosting iaitu berbayar dan percuma. Bagi para newbie atau yang masih baru dalam perniagaan internet, ramai yang berfikir untuk memilih hosting percuma untuk menjimatkan kos. Antara hosting percuma ialah Blogspot, Geocities, 007sites, CEDhost dan TopCities. Anda boleh lihat banyak lagi dengan menaip ‘free web hosting’ di enjin pencari.

Namun, penggunaan hosting percuma tidak digalakkan. Terdapat beberapa kekurangan yang akan menurunkan reputasi laman web anda. Apabila anda menggunakan hosting percuma ini, anda dikehendaki menayangkan iklan – iklan mereka di laman web anda. Kadang kala, server yang digunakan turut mengalami masalah dan agak sukar untuk dibaiki selain bantuan teknikal yang lambat. Apabila laman web anda dibanjiri dengan iklan, fokus pelawat web anda akan beralih, daripada menumpukan perhatian terhadap apa yang anda tawarkan mereka mungkin tertarik dengan iklan yang dipaparkan.

Selain itu, laman web anda juga akan kelihatan begini: www.lamanwebanda.blogspot.com atau www.lamanwebanda.net007.net. Ini menyebabkan perniagaan anda seolah – olah tidak serius. Bayangkan anda seorang jurutera yang membina pejabatnya diatas tanah setinggan. Adakah itu kelihatan profesional?

Oleh itu, gunakan hosting berbayar agar laman web anda kelihatan profesional dan berprofil tinggi. Contohnya: www.webanda.com, www.webanda.com.my, www.webanda.net. Harga untuk mendapatkan hosting berbayar ini tidaklah begitu mahal iaitu antara RM60 – RM100 untuk setahun. Anda boleh bandingkan harga yang ditawarkan oleh penyedia hosting sebelum membuat pembelian. Saya mencadangkan anda mendapatkan hosting dari penyedia hosting tempatan seperti www.sempoihosting.com, serverfreak.com.  Bantuan teknikal mereka pun sangat memuaskan disamping harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Buat masa sekarang, semua laman web saya menggunakan hosting antarabangsa  godaddy.com kerana hanrganya yang agak berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat bagus.

Jika anda benar – benar serius menjadi usahawan internet, hosting berbayar adalah pilihan yang tepat. Cuba anda lihat disekeliling, tidak ada seorang pun usahawan internet yang berjaya menggunakan hosting percuma. Mungkin sebagai permulaan atau percubaan, anda boleh menggunakan hosting percuma ini. Namun jika perniagaan anda mula berkembang, eloklah bertukar kepada hosting berbayar.

Related posts:

  1. Cara Memilih Nama Domain Yang Menarik
  2. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate
  3. 65+ Web Iklan Percuma untuk Promosi Produk Anda
  4. Cara aktifkan kad debit Maybank Visa untuk bisnes GDI
  5. Membina “Senarai Nama”Di Internet Untuk MLM Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge