Cara Memilih Nama Domain Yang Menarik

Domain Name ataupun nama domain merupakan nama laman web anda. Nama domain adalah seumpama “alamat anda” di alam maya. Contohnya, www.yahoo.com, www.google.com, myprepaidsms.com, www.plr.com dan sebagainya. Anda boleh membeli nama domain ini dari syarikat penyedia hosting, harganya dalam lingkungan RM20 – RM50 setahun. Ada juga penyedia hosting yang memberikan nama domain percuma jika membeli hosting dari mereka. Saya biasa membeli nama domain dari godady.com , ada banyak juga penjual nama domain di Malaysia seperti sempoihosting.com, serverfreak.com, exabytes.com dan banyak lagi

Anda harus bijak memilih nama domain untuk laman web anda. Nama domain yang pendek, ringkas dan bermakna akan mudah diingati serta ditaip. Elakkan menggunakan nama domain yang panjang atau menyebabkan kekeliruan kepada pengguna.

Contoh nama domain yang ringkas dan pendek (digalakkan):
www.yahoo.com
www.google.com
www.cayalah.com
www.mudah.com.my
www.lelong.com.my

Contoh nama domain yang panjang (tidak digalakkan)
www.perusahaanmembinabangunan.com (boleh dipendekkan kepada www.bina.com)
www.teknikmembaikimotorsikal.com (boleh dipendekkan kepada www.baikimotor.com)
www.panduan-menanam-kelapa-sawit.com (boleh dipendekkan kepada www.sawit.com)

Contoh nama domain yang mengelirukan
www.product2u.com
• Mungkin ditaip www.product2you.com
• Mungkin ditaip www.producttoyou.com
• Mungkin juga ditaip www.product-two-u.com

Kecuali anda mempunyai modal besar untuk mempromosi laman web anda seperti Maybank yang mempromosikan maybank2u.com, anda bolehlah meletakkan nama domain anda seperti ini.

Nama domain seharusnya mempunyai kaitan dengan laman web anda. Contohnya anda menjual kain batik, maka nama domain anda ialah www.batik.com. Jangan pula anda letakkan www.bungacantik.com, walaupun bunga ada kaitan dengan corak batik. Ini akan memesongkan perhatian para penggemar batik kerana beranggapan anda menjual bunga.

Oleh itu, anda harus bijak memilih nama domain agar laman web anda sentiasa dikunjungi, diingat seterusnya menghasilkan jualan. Saya ucapkan selamat berjaya dalam memilih nama domain

Related posts:

  1. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate
  2. Panduan Membina Senarai Nama Pelanggan
  3. Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda
  4. Kod Diskaun Untuk Belian Nama Domain dari Godaddy
  5. Membina “Senarai Nama”Di Internet Untuk MLM Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge