Cara Mencari File pdf di google

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mencari file pdf di google yang biasanya digunakan untuk ebook . Teknik ini sebenarnya  juga boleh digunakan untuk mencari apa jua jenis file berbentuk excel (.exe) , MS Word (.doc) dan lain-lain format

Caranya sangat mudah.

cara mencari file pdf di google 300x159 |  Cara Mencari File pdf di google

Jika anda ingin mencari file pdf berkaitan  cara buat duit  , anda hanya perlu taip cara buat duit filetype:pdf dan akan muncul keputusan seperti dibawah;

cara mencari file pdf di google2 |  Cara Mencari File pdf di google

Walla!! Anda boleh download terus file pdf tersebut tanpa perlu bersusah payah lagi.

Anda boleh juga gunakan untuk mencari jenis fail yang lain.

Sebagai contoh anda ingin mencari tentang karangan dalam bentuk MS Word. Anda hanya perlu taip karangan filetype:doc dan inilah hasilnya

cara mencari file pdf di google3 |  Cara Mencari File pdf di google

Ada banyak lagi jenis file lain yang boleh anda cari seperti

file MS Excel – filetype:xls

file PowerPoint = filetype:ppt

file audio – filetype:mp3

file video – filetype:3gp

Anda boleh cuba untuk format file yang lain juga. Dengan info ini, diharap para penjual ebook dan produk digital lebih berhati-hati dan melindungi ruangan download file-file anda dengan sebaiknya kerana ia sebenarnya terdedah untuk di”curi” oleh mereka yang mengetahui teknik carian file pdf di google  ini.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge