Cara Mendapatkan Testimoni Untuk Melariskan Jualan

Testimoni merupakan pandangan ataupun pendapat para pengguna yang telah mendapatkan produk atau perkhidmatan anda. Mereka akan komen mengenai kebaikan produk anda. Komen – komen mereka ini anda boleh letak di laman web anda untuk mempengaruhi pelawat lain untuk membeli produk anda.

Berikut adalah antara cara untuk mendapatkan testimoni adalah sangat mudah, kebiasaannya melalui 2 kaedah yang simple:

cara 1:
Email para pelanggan yang telah mendapatkan produk anda, minta mereka menulis pendapat mereka tentang produk anda selepas menggunakannya. Minta mereka memberi testimoni yang baik serta ikhlas. Kemudian, letakkan testimoni mereka di laman web anda. Adalah lebih baik jika anda meminta pemberi testimoni tersebut menyertakan sekali gambar serta alamat URL mereka. Dengan ini, testimoni anda akan nampak kukuh. Selain email, anda juga boleh gunakan kaedah sms, mesej facebook, whatapps dan lain-lain.

cara 2:
Anda ingin meletakkan testimoni sebelum laman web anda dilancarkan, bagaimana nak buat? Senang, edarkan produk anda secara percuma kepada kenalan anda dan mintalah mereka memberikan pendapat mereka tentang produk anda. Minta juga mereka menyertakan gambar serta alamat URL (jika ada). Cara ini juga amat sesuai jika anda ingin meminta usahawan – usahawan internet yang mempunyai reputasi yang besar untuk memberikan testimoni.

Kebaikan meletakkan testimoni di laman web anda ialah ianya akan menguatkan lagi bahawa produk anda berkualiti kerana ada yang sangat gembira dengan produk anda itu. Secara tidak langsung, pelawat yang melawat laman web anda tidak akan ragu – ragu akan kualiti produk anda.

NOTA: Jangan meletakkan testimoni palsu. Cara ini amatlah tidak beretika dan berniat menipu orang ramai. Ada sesetengah laman web memaparkan testimoni palsu, dengan meletakkan gambar yang diambil dari ruangan Friendster. Anda juga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh privasi seseorang tanpa kebenaran disamping memusnahkan reputasi anda sebagai usahawan internet. Oleh itu, dapatkan testimoni dengan cara yang sah dan beretika.

Related posts:

  1. Cara Memilih Hosting Untuk Bisnes Online Anda
  2. 3 strategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.
  3. Tiga cara untuk mewujudkan niche sendiri.
  4. 7 Mitos mengenai jualan ebook.
  5. Perniagaan Internet : Gandakan Hasil Jualan Dengan Bayaran Kad Kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge