Cara Mulakan Perniagaan Online

Sebelum anda memutuskan untuk menceburi perniagaan online, anda haruslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Anda boleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital atau mempromosikan perkhidmatan anda.

Produk Fizikal – Produk seperti buku, pakaian, peralatan elektrik, makanan, aksesori, penggera keselamatan, peta, simkad, jam antik dan sebagainya. Namun tidak semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet seperti ikan masin, makanan yang berbau atau cepat rosak kerana dikhuatiri barangan ini akan rosak ketika proses penghantaran dilakukan.

Produk Digital – Produk seperti ebook, hosting, autoresponder, kad viral, grafik ataupun perisian komputer. Kebanyakan peniaga internet memilih produk digital kerana kos penghantarannya yang sangat minimum atau langsung tiada. Contohnya, pembeli hanya perlu memuat turun ebook yang dibeli, dan penjual tidak perlu membayar yuran pos untuk penghantaran.

Perkhidmatan – Anda mempromosikan kepakaran anda kepada orang ramai supaya mereka akan meminta perkhidmatan anda. Dengan itu, anda akan mendapat upah bagi setiap perkhidmatan yang dikenakan. Contoh perkhidmatan ialah merekabentuk laman web, grafik, khidmat kaunseling, melukis, akauntan, fotografi, membina kad bisnes, menggubah bunga, mengandam, jurusolek dan sebagainya.

Tips: Saya amat menggalakkan anda menjual berdasarkan pengetahuan dan kepakaran anda. Jika anda pakar dalam bidang fotografi, anda seharusnya menawarkan khidmat fotografi kepada pelanggan anda. Kemudian anda boleh ubah kepakaran ini kepada produk digital iaitu dengan menulis tentang tips – tips mengambil foto ataupun menjual foto – foto yang telah anda ambil. Pada masa yang sama, anda telah mengaut keuntungan dari 3 perniagaan sekaligus.

Ada satu lagi cara untuk mendapatkan produk untuk dijual ialah dengan mendapat produk yang disertakan dengan lesen Master Resell Rights (MRR) atau Private Label Rights (PLR).

MRR – Produk ini boleh dijual semula dengan harga yang anda tetapkan sendiri, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada sesiapa. 100% keuntungan milik anda. Cuma anda tidak dibenarkan mengedit kandungannya.

PLR – Produk ini juga boleh dijual semula cuma bezanya ialah anda boleh mengubah isi kandungan produk ini termasuk meletakkan nama anda sebagai penulisnya / penciptanya.

Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk MRR / PLR ini dengan menilai isi kandungannya. Pastikan produk tersebut benar – benar berkualiti dan persaingan pun tidak terlalu besar kerana ramai orang diluar sana turut menjual produk yang sama.

Kelebihan produk MRR / PLR ialah anda tidak perlu pening kepala mencipta produk sendiri. Sesetengah produk didatangkan sekali dengan surat jualan (salesletter), jadi tentu lebih mudah bagi anda membina laman web.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengetahui bagaimana cara memulakan perniagaan online dengan betul dan terancang.

Related posts:

  1. Perniagaan Produk Digital Vs Produk Fizikal
  2. Mengenal Pasti 2 Pasaran Penting Perniagaan
  3. Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.
  4. Jalinan Perniagaan Ala Cina
  5. Salah Anggapan Mengenai Perniagaan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge