Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?

buat duit dengan nuffang1 300x104 |  Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?Ada yang tertanya-tanya, mudah sangat ke nak buat duit dengan nuffnang ni sampaikan majoriti blog rakyat Malaysia ada iklan nuffnang ni termasuklah blog ni. Pada saya memang mudah nak buat duit dengan nuffnang , sebab kita hanya perlu letakkan kod iklan di blog kita. Kalau ada pelawat yang klik pada iklan tersebut, dapatla kita komisen. Senang kan?

Apa itu Nuffnang?

Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan yang mempunyai banyak klien syarikat besar seperti Digi, Samsung, Nike, Sony, etc. Nuffnang juga adalah sebuah komuniti blogger yang banyak jalankan aktiviti untuk blogger. Nuffnang menjadi orang tengah anda pengiklan dan blogger. Dimana Nuffnang akan sediakan kod iklan syarikat untuk diletakkan oleh blogger di blog masing-masing. Dengan cara ini, pengiklan dapat pelanggan, blogger pula akan dapat komisen hasil dari iklan tersebut. Nuffnang ni juga adalah “ibu” kepada churpchurp.

Bagaimana Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang?

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk bolehkan anda buat duit dengan nuffnang ni.

1. Daftar percuma dulu di website rasmi Nuffang di http://nuffnang.com.my

2. Klik Sign Up dan isikan borang dengan lengkap

buat duit dengan nuffnang 2 |  Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Tekan Submit. Selepas berjaya anda akan terima email dari pihak Nuffnang dan bolehla letakkan kod iklan Nuffnang dan seterusnya mula buat duit dengan nuffnang. Caranya;

4. Login ke akaun Nuffnang . Klik Blog Manager dan  scrol ke bawah sehingga anda jumpa ruang Add a Blog . Isikan maklumat blog anda dan klik add a new blog. Anda akan perlu mengisi borang yang lebih detail berkaitan blog anda.

buat duit dengan nuffnang 3 |  Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?

buat duit dengan nuffnang 4 |  Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?

5. Selepas itu, klik menu Add Ads untuk mendapatkan kod iklan Nuffnang yang diingini. Pilih bentuk iklan yang sesuai, copy dan paste di blog anda.

6. Anda boleh cashout komisen anda bila ia sudah melebihi RM50. Satu klik yang  berjaya diperolehi, mampu memberikan pulangan antaran RM0.25 – RM3. Nuffnang juga ada offer paid ads kepada blogger pilihan, yang biasanya mempunyai pelawat yang sangat ramai setiap hari. Ini yang ada sampai jadi blogger jutawan hanya dengan buat duit dengan Nuffnang je.

Related posts:

  1. Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp
  2. Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?
  3. Bagaimana Nak Buat Duit Percuma Dengan Program Pay per Lead
  4. Buat Duit Dengan Blog
  5. BUAT DUIT PERCUMA DENGAN HANYA MEMBACA EMAIL

2 Comments

  1. pengumpul lirik lagu Friday, 27 July, 2012
  2. Cara buat duit Clickbank Friday, 21 September, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge