Cara Promosi Blog Baru Di Google Dalam 24jam

cara promosi blog google 300x213 |  Cara Promosi Blog Baru Di Google Dalam 24jam

Mengetahui cara promosi blog (atau website) yang berkesan adalah salah satu ilmu penting yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang perniagaan internet.

Salah satu sumber utama untuk mendapatkan pelawat yang ramai ialah melalui enjin carian seperti google. Jadi adalah penting untuk memastikan bahawa blog atau web anda tersenarai (atau diindeks) di google.

Saya ada menerima soalan dari seorang subscriber tentang blog beliau yang tidak dijumpai google. Berikut adalah soalan yang diutarakan,

thnks so much sbb tunjukkan asas buat blog.. i dah buat dan dah publish tapi bila i search kat google, kenapa link untuk blog saye itu tak de dalam enjin pencarian google? bole u tunjukkan cara nak buat link kat google?

-Sazie-

Ramai dikalangan kita beranggapan, dengan membina sebuah blog,  ini bermakna anda sudah boleh bergembira sebab anda dah boleh buat duit dengan blog (atau laman web) anda. Sebenarnya membina laman web atau blog hanyalah langkah pertama untuk memulakan satu perjalanan blogging yang panjang.

Ada banyak  langkah lagi yang perlu anda lakukan untuk memastikan laman web anda itu bakal menerima pengunjung. Tanpa pengunjung, blog anda itu tidak akan dapat memberikan anda sebarang pulangan – melainkan anda membina blog bukan untuk dikongsi dengan orang lain .

Ok, disini saya kongsikan cara promosi blog yang saya gunakan.

Caranya ialah;

1. Buka satu akaun baru bagi setiap laman web sosial ini - Digg , StumbleUpon , Technorati dan Delicious .

2. Selepas mendaftar , submit artikel yang ditulis di blog anda di setiap web tersebut. Jadi, kalau blog baru, bolehla letakkan post pertama anda disitu.

3. Selepas 24 jam, menggunakan cara promosi blog ini,  buat carian di google dengan menaip site:alamatbloganda.blogspot.com . Tahniah! Blog anda dah tersenarai di Google!

Selepas itu, anda perlu rajin update blog . Dan setiap kali anda siap posting terbaru, bolehla submit ke laman web diatas sekali lagi. Ia jugaboleh membantu untuk meningkatkan ranking anda di google nanti.

Diharap cara promosi blog dengan pantas ni akan dapat membantu.Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen jika anda ada mencuba teknik ni.

Related posts:

  1. Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah
  2. 20 Gambar di Pejabat Google
  3. Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan
  4. Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu

22 Comments

  1. asoi Monday, 14 March, 2011
  2. suriani ismail Tuesday, 15 March, 2011
  3. deCrewz Saturday, 16 April, 2011
  4. dinsblog Tuesday, 19 April, 2011
  5. admin Wednesday, 20 April, 2011
  6. Syam Tuesday, 26 April, 2011
  7. admin Friday, 29 April, 2011
  8. watcha06 Tuesday, 17 May, 2011
  9. admin Tuesday, 17 May, 2011
  10. lisa Tuesday, 14 June, 2011
  11. pekkery Tuesday, 5 July, 2011
  12. jaerul Wednesday, 27 July, 2011
  13. kerja kosong Thursday, 1 September, 2011
  14. health Thursday, 13 October, 2011
  15. nik Thursday, 24 November, 2011
  16. anggun Friday, 20 April, 2012
  17. Linda Wednesday, 9 May, 2012
  18. des Monday, 28 May, 2012
  19. brothers Monday, 4 June, 2012
  20. Azmiah Jaafar Thursday, 7 June, 2012
  21. tempoy Monday, 11 June, 2012
  22. sansugai Saturday, 28 February, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge