Cara Print Gambar Murah Secara Online

Saya memang tercari-cari cara untuk print gambar murah secara online. Maklumla, ada ribuan gambar koleksi yang ada di komputer yang masih belum sempat dicetak. Memang lain kepuasannya bila tengok gambar di dalam album gambar berbanding tengok dalam komputer/kamera ni.

Biasanya saya akan print gambar di kedai gambar dekat area rumah saya. Tapi, harganya agak mahal dan kualitinya tak begitu bagus. Hasilnya, saya cuma print sikit je gambar yang betul-betul penting je. Selepas bertanya kepada Google, saya pun cuba servis dari eoe online print.

print gambar murah1 300x176 |  Cara Print Gambar Murah Secara Online

Mula-mula kita perlu daftar akaun kita. Kemudian download software yang diberikan. Then run di komputer kita.  Bila dah pilih gambar, kita pilih la saiz gambar yang kita nak print tu. Akan ambil masa sikit untuk di upload ke server eoe. Bila dah ok semuanya, bolehla teruskan kepada pembayaran. Bayaran boleh dibuat guna kad kredit atau Maybank2u.

Harga untuk print gambar 4R ialah 30sen/photo, 5R pula 50sen/photo. Kalau kita order lebih RM35, kita tak perlu bayar caj pos sebanyak RM5. Jadi, saya dah order untuk print 121 keping gambar dengan kos RM36.30.Kos penghantaran percuma!

Kalau nak caj penghantaran ni free, bolehla order untuk print gambar 4R minima 117 keping = RM35.10 . Sebab kos RM5 tu dah boleh digunakan untuk bayar sebanyak 17 keping gambar! Banyak tu.

Ini lah pakej gambar yang dah siap dihantar kepada saya.  Hanya ambil masa 3 hari je untuk sampai. Kualiti gambar pun cantik.

print gambar online 2 1024x768 |  Cara Print Gambar Murah Secara Online

 

Related posts:

  1. Mencari Kerja Dari Rumah Secara Online?
  2. Belajar membuat laman web secara percuma
  3. RM 11,000 dari internet! Secara sambilan

5 Comments

  1. nicksyam Wednesday, 16 May, 2012
  2. admin Friday, 18 May, 2012
  3. suai Tuesday, 22 May, 2012
  4. admin Tuesday, 22 May, 2012
  5. aim Saturday, 20 October, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge