Cara syaitan dan iblis menghasut kita berkenaan dengan Al –Quran.

Al –Quran mengandungi himpunan wahyu – wahyu yang di terima oleh rasulullah S.a.W untuk di sampaikan kepada kita. Walaupun jelas ayat – ayat Al –Quran adalah benar, syaitan dan iblis tidak akan berputus asa untuk menghasut kita.

Berikut adalah antara cara yang di gunakan iblis untuk menghasut kita berkenaan dengan Al –Quran

Mereka akan hasut kita untuk mengubah atau menambah makna ayat –ayat Al-Quran.
Mereka akan hasut kita untuk gunakan keistimewaan ayat Al –Quran untuk perkara – perkara jahat seperti pukau dan sebagainya.
Mereka akan menghasut kononnya kita adalah Nabi Muhammad S.A.W yang di lahirkan semula dan berkata Al –Quran adalah milik anda.
Mereka akan hasut kita untuk tidak percaya pada ayat Al –Quran kerana ianya tidak lengkap dan terdapat banyak cacat cela.
Mereka akan hasut kita untuk gunakan ayat Al –Quran demi kepentingan peribadi seperti memenangi sesuatu debat, menipu orang ramai dan mempertahankan diri yang terang – terang telah melakukan salah.
Mereka akan beri kefahaman ayat Al –Quran versi yang mereka cipta sendiri kepada anda dan anda akan sesat apabila anda beramal dengan kefahaman yang mereka beri itu.
Mereka menghasut anda untuk mengaku anda adalah Nabi berdasarkan ayat –ayat Al – Quran.
Mereka menipu anda dengan kebenaran ayat Al – Quran.
Mereka menghasut anda untuk bergaduh sesama muslim dengan kerana perbezaan dalam kefahaman ayat AL –Quran.
Mereka menghasut anda menggunakan ayat Al-Quran separuh sahaja manakala yang separuh lagi mereka suruh anda tutup mata sahaja.
Mereka menghasut anda untuk gunakan ayat Al –Quran untuk tegakkan benang yang basah.

Related posts:

  1. Berdoa dengan bacaan Al-Quran.
  2. Belajar Al Quran melalui amalan.
  3. Baca Al Quran sehingga sampai ke hati anda.
  4. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.
  5. Al Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya.