Cara Terima Bayaran Online

Apabila anda telah membuat keputusan tentang produk yang ingin dijual secara online, anda juga perlu mengambilkira bagaimana cara terima bayaran secara online.

Anda harus menyediakan sistem bayaran yang memudahkan para pelanggan anda. Jika sistem pembayaran anda terlalu leceh atau terlalu banyak prosedur seperti perlu mengklik banyak butang, para pelanggan akan merasa terbeban atau merasa tidak selamat untuk membeli dari anda. Ini akan mengakibatkan mereka membatalkan niat mereka untuk membeli dari anda walaupun pada mulanya mereka sangat teruja untuk memiliki produk anda.

Sistem bayaran anda juga seharusnya selamat, iaitu tidak mendedahkan maklumat akaun atau menyelewengkan pembayaran pelanggan anda kepada pihak tertentu. Oleh itu, gunakan ‘merchant service’ yang diakui sah seperti PayPal, 2checkout (2CO) ataupun World Pay. Ini sangat penting khususnya bagi menerima pembayaran melalui kad kredit / kad debit, dan umumnya untuk semua transaksi perbankan seperti bank transfer, cash deposit, maybank2u, CIMB Clicks dan sebagainya.

Selain itu, seharusnya juga anda menyediakan pilihan cara pembayaran kepada pelanggan anda. Jika anda hanya menetapkan satu cara bayaran sahaja, tidak semua pelanggan akan boleh menggunakannya. Contohnya, anda hanya menyediakan pembayaran melalui Maybank sahaja.

Bagaimana pula jika pelanggan anda tinggal di kawasan yang tiada Maybank? Tentu menyusahkan mereka kan…semestinya mereka tidak akan membeli dari anda dan beralih ke pesaing anda yang menyediakan sistem bayaran yang lebih sesuai.

Oleh itu, cuba pelbagaikan sistem bayaran anda. Contohnya:

Untuk memesan, sila depositkan RM100 ke salah satu akaun berikut:

Maybank: 1111 1111 1111
CIMB: 2222 2222 2222
BSN: 3333 3333 3333
Kemudian faxkan atau scan slip pembayaran anda kepada saya melalui fax:07-8888888 atau email: email@saya.com

ATAU

Jika menggunakan kad kredit / kad debit, klik butang PayPal dibawah dan emailkan kepada saya butir – butir pembayaran anda.
*Butang PayPal Disini*

Lihat, pelanggan anda memiliki pilihan sistem pembayaran yang memudahkan mereka. Sudah tentu mereka merasa selesa membeli dari anda. Itulah rahsianya, sediakan sistem cara terima bayaran online yang memudahkan.

Related posts:

  1. Cara Mulakan Perniagaan Online
  2. Cara bayar Zakat Fitrah 2012 Melalui SMS
  3. Cara Print Gambar Murah Secara Online
  4. Cara aktifkan kad debit Maybank Visa untuk bisnes GDI
  5. Perniagaan Internet : Gandakan Hasil Jualan Dengan Bayaran Kad Kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge