Review Majalah IM ke-12: Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Alhamdulillah, Majalah IM sekali lagi berjaya mengotakan janjinya dengan mengeluarkan edisi ke-12 tepat pada masanya. Tahniah kepada Team Majalah IM. Dah lama baca cuma kali ni baru berkesempatan buat review.

Yang buat saya lagi sayang dengan MajalahIM ni ialah sebab saya baru je dapat tempat ke-3 untuk pertandingan review majalah IM ke-11. Hadiahnya best jugak, sebuah buku bertajuk “Rahsia Minda Jutawan” hasil tulisan Amar Mahmood. Dah pun selamat tiba di rumah saya pada hari Khamis yang lepas.Terima kasih ye!

Sebelum ni, dah dapat RM5 percuma sebab menjadi 60 orang pemberi review pertama. Kalau anda pun nak duit free macam ni, belum terlambat lagi sebab pertandingan review untuk Majalah IM ke-12 dah pun dibuka. Boleh rujuk kat sini untuk ketahui cara-caranya.

Topik kali ni ialah Affiliate Marketing. Memang satu topik yang hangat dan membuatkan saya tak sabar nak download dan baca. Sebab ia merupakan salah satu sumber pendapatan saya didalam perniagaan internet ni.

Okla, berbalik kepada review kali ini. Muka depan majalah ialah En. Yusri yang merupakan salah seorang otai dalam bidang affiliate Marketing ni. Anda akan juga disajikan dengan interview bersama beliau tentang pemasaran affiliate.

Agak teruja dengan topik kali ini sebab affiliate merupakan salah satu model perniagaan internet yang sangat mudah. Kenapa begitu? sebab kita cuma uruskan cara mempromosikan produk yang menjadi pilihan. Dan dapat komisen bila berjaya membuat jualan. Tak perlu fikir tentang support kepada pelanggan sebab tu semua adalah tugas pemilik produk.

Majalah kali ni ada 42 mukasurat.Agak tebal berbanding edisi ke-11.Jangan terkejut walaupun ia percuma, tapi maklumat yang terdapat didalamnya memang tip top sebab ia ditulis oleh mereka yang benar-benar berpengalaman.

Terdapat 12 artikel didalam majalah kali ni.

1.Sepintas Lalu Affiliate Marketing
2.10 Tips Affiliate Marketing
3.Istilah-istilah Yang Digunakan didalam Affiliate Marketing
4.Bagaimana Pemasaran Affiliate Muncul
5.5 Resepi Penting Kejayaan
6.Panduan Ringkas Langkah demi langkah menjadi Super Affiliate
7.Teknik Mudah Affiliate Marketing
8.Inspirasi IM: Badruzamani Pelopor Idea Pemasaran Internet OKU Tempatan
9.7 Petanda Kepositifan Diri
10.Soal Jawab IM
11.Transkrip Temubual Majalah IM bersama Yusri
12.Review Produk: Rahsia Newbie Clicbank

Artikel pertama memang wajib dibaca oleh sesiapa sahaja yang nak ceburi bidang ni. Sebab ia menerangkan secara ringkas tentang apakah sebenarnya program affiliate ni. Nak tahu lebih lanjut, kenala download kat sini.

Saya paling suka artikel ke-3 yang menerangkan tentang pelbagai istilah yang digunakan didalam bidang affiliate. Antara istilah yang dihuraikan ialah CPC, CPA, CR, CTR, CPC, CPM dan macam-macam lagi.Penerangan oleh Kak G memang mudah difahami. Nak tahu apa makna semua diatas, kena download n disini.

Artikel ke-6, Panduan Ringkas Super Affiliate oleh Zamri Nanyan pun menarik untuk perlu dibaca. Dari situ kita akan tahu serba sedikit info tentang apakah rahsia yang beliau sendiri amalkan untuk mendapat komisen affiliate yang banyak.

Di ruangan soal jawab IM, jawapan yang diberikan adalah bagi soalan “Bagaimanakah cara terbaik dan paling mudah untuk saya “cloak” kan link affiliate saya?” . Nak tahu jawapannya? Macam biasa, kenala download dulu. Penerangan oleh Amirol memang sangat bagus.Dan saya sendiri menggunakan teknik yang beliau tunjukkan.

Dan segmen terakhir tentunya Temubual dengan personaliti IM iaitu Yusri. Tapi, rasanya saya tak dapat membaca isi kandungan di mukasurat 34. Sebab bila saya baca mukasurat ke35, ayat pertama yang saya
jumpa ialah

YUSRI: Pertama sekali sebab saya malas untuk cipta produk sendiri….

Mungkin pihak Majalah IM terlupa letak teks kot. Sebab secara kebiasaannya, akan ada kata aluan antara pihak IM dengan personaliti. Kali ni terus pada jawapan dari pihak Yusri pulak. Harap pihak IM dapat jelaskan tentang ni. Agak rugi sebab banyak jugak info yang terlepas untuk 1 mukasurat.

Berbalik pada interview tu, banyak jugak info yang dapat dikorek seperti teknik “soft sell” yang beliau amalkan.Memang menarik teknik ni. Nak tahu apa dia teknik ni? Kena la download disini.

Okla, rasanya dah panjang jugak review ni. Apa pun, memang pihak Majalah IM dah jalankan tugas dengan baik. Semakin banyak perkembangan positif dalam perkembangan Flarebiz ni. Antara yang saya dapat tahu dari email mereka

[+] Pihak Majalah IM kini mempunyai pereka grafik yang bekerja
sepenuh masa dan dibayar gaji RM2500 setiap bulan.

[+] Pihak Majalah IM juga sudah mempunyai office sendiri yang
bertapak di Diamond Square Business Center, KL.

[+] Pihak Majalah IM juga sekarang sudah mendapatkan dedicated
server sendiri bagi menampung jumlah download yang ramai. Kos yang
akan dikeluarkan RM650 setiap bulan bagi server ini pastinya akan
memudahkan anda semua.

Tahniah kepada Adly and the team! Semoga akan terus berjaya! Nampaknya majalah IM yang akan datang akan lebih menarik lagi. Keep up the good work!

Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?

Pernah jumpa ayat di bawah?

“Link affiliate anda tidak akan kelihatan seperti link affiliate. Contoh link http://ads.ipowerweb.com/~afftrend/transaction.php?APID=7&affID=
00000000000000017787 akan menjadi http://www.domainanda.com/ipower

Pengguna tidak akan ketahui bahawa link tersebut adalah link affiliate sama sekali dan tidak akan was-was untuk klik padanya

Pengguna tidak dapat memintas link affiliate tersebut kerana link tersebut seolah-olah adalah sebahagian dari laman web anda dan tiada id affiliate yang kelihatan.”

atau pun ayat di bawah ini?

“Pastikan pembaca tidak tahu ia adalah affiliate link.”

atau ayat seumpamanya?

Tidakkah dengan naluri seorang manusia, kita dapat berfikir, kenapa perlu menyembunyikan affiliate link? Kenapa perlu bersusah melindunginya? Adakah kita cuba menipu pembaca?

Artikel “Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?” ini ditulis bagi mengupas fenomena tidak sihat ini.

Affiliate Program menjanjikan pulangan lumayan kepada pesertanya. Ia mudah. Anda hanya perlu mempunyai minat dan skil menulis yang baik, kemudian melalui penulisan anda, anda mengajak pembaca membeli sesuatu produk yang sedang dijajakan. Ya, tepat sekali. Anda adalah jurujual online!

Sebagai jurujual yang beretika, anda sepatutnya dengan terus terang memberitahu pembaca, bahawa anda mendapat komisyen bagi usaha anda membawa mereka ke laman jualan sesuatu produk. Keikhlasan ini biasanya dipandang tinggi oleh pembaca. Ia membina kredibiliti anda.

Justeru, fenomena menyembunyikan affiliate link(<i>memperelokkannya*</i> adalah suatu isu yang lain), perlu dibanteras.

Berikut adalah tanda-tanda kematian Affiliate Program jika fenomena ini tidak dibanteras:

  • Pembaca sentiasa dalam keadaan tidak selesa kerana bimbang tulisan yang dibaca adalah suatu ayat memujuk untuk membeli semata-mata.
  • Lantaran itu, sebarang link yang disyaki sebagai affiliate link(walaupun disembunyikan) akan diabaikan.
  • Peserta affiliate program akan mula menghadapi penyusutan jumlah jualan kerana masyarakat menganggap affiliate link adalah ‘link yang kotor’.
  • Pengurangan peserta affiliate program kerana affiliate program tidak lagi dianggap sesuatu yang boleh dijadikan lubuk duit

Anda sebagai pengamal dalam industri affiliate program perlu melakukan tindakan bijak bagi mengatasi fenomena ini. Ia bermula dari setiap dari kita.

  • Mulakan dengan tidak segan silu memberitahu bahawa anda sedang mempromosikan affiliate link anda.
  • Menyedarkan pembaca tentang tindakan mempromosi affiliate link adalah salah satu dari perniagaan anda. Namun, pembaca masih boleh mendapat manfaat dari maklumat yang anda sampaikan. Dengan kata lain, anda secara ‘gentle’nya memberitahu anda sedang menyampaikan ilmu disamping mengiklankan.
  • Pemilik affiliate program sewajarnya mendidik peserta tentang bahaya tidak jujur kepada pembaca.

*memperelokkannya – memperelokkan affiliate link adalah suatu usaha menjadikan ia mesra enjin carian, lebih elok dipandang mata dan memendekkan affiliate link yang panjang.

About the Author

En. Aku adalah penggemar Internet. Boleh temui beliau di http://www.enaku.com

Senarai Program Affiliate Malaysia

Berikut adalah senarai program affiliate yang dijalankan oleh rakyat Malaysia dan boleh anda sertai.

Biasanya komisen akan dibayar terus ke akaun bank anda. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh setiap program affiliate seperti jumlah bayaran minima dan tempoh pembayaran.

Produk berkaitan Perniagaan Internet & Buat Duit Online

  1. Pakej Web Jualan
  2. Panduan Kerjaya (latest!)
  3. Panduan Affiliate (latest!)
  4. Akademi SMS (latest!)
  5. Ebook Magnet Rezeki (new)
  6. Pakej Sistem Rahsia versi 2.0 (new)
  7. Koleksi Perkakasan & Bahan Membina Website (new)
  8. 7 Hari Mahir Adsense
  9. Panduan Membina Blog Wordpress (hot!!!)
  10. Adsense Secret Strategy (extended version)
  11. Rahsia Penulis Ebook (new)
  12. Rahsia MLM (hot!!!)
  13. Rahsia Buat Duit Dengan SMS
  14. 10 Model Bisnes Internet Menguntungkan
  15. Pelaburan Unit Amanah (new)
  16. Duit Maskahwin (hot!!!)
  17. MalaysiaPal (re-launch!)
  18. Panduan Raja Adsense (hot!!!)
  19. 117 Idea Bisnes Luar Biasa (re-launch!)

Seminar / WorkShop

  1. Bengkel Asas Perniagaan Internet
  2. Seminar Perniagaan Internet SaifulSham
  3. Workshop Bina Laman Web Perniagaan
  4. Seminar Perniagaan SMS

Webhosting / Domain / Autoresponder / Pakej

  1. Webhosting EcommerceMastery (new)
  2. Webhosting Namsahaz
  3. Pakej Perniagaan Internet (Video) (new)

Lain-lain produk

  1. Jimat Minyak (hot!!!)
  2. Pakej Cuti-Cuti Malaysia (hot!!!)
  3. Rempah Sate
  4. Kedai Buku AdikBijak (hot!!!)
  5. Belajar Bahasa Arab
  6. Tips Membeli Rumah

Next Page »