Bagaimana Nak Buat Duit Percuma Dengan Program Pay per Lead

Lebih seminggu saya tidak membuat sebarang posting terbaru. Maklumla baru sahaja kembali dari bercuti di kampung halaman. Selain pulang ke Kelantan (rumah husband), cuti kali ni kami sekeluarga turut bercuti di Kodiang, Kedah (kampung mak saya) . Percutian kali ni turut disertai oleh mak, ayah dan adik-beradik yang lain.Sempat jugak shopping sikit-sikit di Padang Besaq.

Okla, berbalik kepada tajuk kali ini iaitu tentang program pay per lead. Semakin ramai yang berjaya buat duit percuma dengan program PPL ini. Ini kerana ia begitu mudah.

Apakah sebenarnya program pay per lead atau ringkasnya PPL?

PPL ialah salah satu bentuk program affiliate dimana peserta PPL biasanya akan menerima bayaran hasil daripada leads yang berjaya mereka hasilkan dari link affiliate mereka.

Satu lead dikira untuk setiap pendaftaran yang biasanya melibatkan maklumat sekurang-kurangnya  nama dan alamat email. Dan ada juga yang memerlukan lebih banyak maklumat diisi. Hanya borang yang lengkap diisi sahaja akan dikira layak untuk komisen.

Program PPL lebih mudah dipromosikan kerana biasanya produk yang dipromosikan adalah percuma. Anda hanya promosikan link affiliate anda , prospek akan mendaftarkan maklumat mereka untuk mendapatkan produk percuma tersebut.. dan anda akan dapat komisen! Tiada sebarang bayaran dikenakan!

Kebanyakan penganjur program PPL ini mensasarkan untuk mengumpulkan “mailing list” untuk produk yang akan mereka jual . Senarai email ini adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pemasaran internet. Jadi, tidak hairanlah kenapa pihak penganjur sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membayar kepada affiliate yang menyertai program PPL mereka.

Sebelum sertai apa jua PPL, anda juga perlu pastikan apakah syarat-syaratnya. Ada program PPL yang dibuka untuk waktu terhad sahaja. Dan ada juga yang menetapkan bayaran minima untuk melayakkan anda menerima komisen. Jadi, baca dan fahami dulu syarat-syaratnya ye!

Okla, mari kita ikuti langkah-langkah yang biasanya diperlukan untuk membuat duit dengan PPL.Terdapat 2 bahagian dalam proses ini.

Proses 1 : Mendapatkan produk percuma.

Langkah 1 – Pergi ke mana-mana laman web PPL yang dipromosikan

Langkah 2 – daftarkan maklumat anda seperti nama dan alamat email

Langkah 3 – Semak email dari penganjur dan klik link pengesahan yang diberikan

Langkah 4 – Anda akan dibawa ke web untuk download produk percuma tersebut .

Langkah 5 – Anda juga akan dimaklumkan tentang kaedah untuk mendaftar sebagai agen PPL.

Proses 2 : Mendaftar program PPL

Langkah 1 – Lawat link affiliate yang diberikan oleh penganjur

Langkah 2 – Daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan

Langkah 3 – Apabila pendaftaran berjaya, anda akan diberikan link affiliate anda sendiri seperti http://rajakamil.biz/ppl/index.php?ref=wati77

Langkah 4 – Promosikan laman web anda kepada orang ramai. Biasanya anda akan dibekalkan dengan pelbagai tools untuk promosi seperti banner dan artikel yang boleh anda gunakan.

Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan produk PPL, antaranya  ini melalui forum, blog atau apa jua cara pengiklanan yang anda rasakan berbaloi dan berkesan.

Semoga berjaya!

Apa Yang Anda Perlu Buat Untuk Menjadi Jutawan

Ramai dikalangan kita bercita-cita hendak menjadi jutawan, tapi tak tahu bagaimana. Rupa-rupanya ada banyak perkara yang perlu kita buat untuk menjadi jutawan ni. Selain mencari-cari peluang buat duit yang menjanjikan keuntungan yang lumayan dalam masa yang singkat, dengan harapan kita akan menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Ia semua berkait rapa dengan sikap kita.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu artikel yang ditulis oleh Dr. Irfan Khairi yang saya kira sangat bermanfaat untuk kita jadikan panduan untuk mencapai cita-cita nak jadi jutawan. Dan saya paling suka ayat terakhir “Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

Tak guna kita beli pelbagai jenis ebook ( Rahsia Clickbank ke, Pakej Video ke, atau apa saje) tapi kalau tak diaplikasikan ilmu yang diajar, kita akan hanya membazirkan wang dan masa.

Jom kita baca artikel ni. Kalau ada pendapat, jangan segan untuk berikan komen anda ye!

========================================================
ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?
========================================================

Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan.  Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda “one man show” dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati
. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, “The
Millionaire’s Mind” antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan
. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar… dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai “Mat jenin jutawan”
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk “bertanding” dalam “Who Wants To Be A Millionaire”
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
“Knowledge is power” sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

==============================================

Irfan Khairi adalah penulis buku terlaris, personaliti TV dan juga
radio dalam bidang kejayaan & kekayaan (Success & Wealth).
Kepakaran Irfan Khairi adalah dalam bidang mencungkil keupayaan dan
potensi diri para audiens serta memberi inspirasi dan strategi
dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

http://irfankhairi.com

==============================================

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet seperti ebook,produk resale rights dan sebagainya.

Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.

Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web,sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.

Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda mulai hari ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan Private Label Right(PLR)?

PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:

1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Di sini saya ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja:

Menilai Perniagaan Dari Rumah Anda

Orang yang bijak akan menilai diri sendiri. Ia adalah cara hidup dan tabiat yang timbul daripada kesedaran bahawa setiap orang perlu melihat kembali di mana kita berada, ke mana hala tuju kita dan bagaimana kita hendak sampai ke destinasi kita. Dalam dunia hari ini, banyak istilah canggih untuk menggambarkan proses ini contohnya titik rujukan (benchmark) atau penilaian (appraisal). Tidak kira apa istilah yang digunakan, tujuannya sama iaitu untuk menilai pencapaian anda berbanding kriteria-kriteria yang telah anda takrifkan. Kita akan melihat bagaimana proses ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan dari rumah anda.

Berikut ialah beberapa soalan-soalan penting yang harus anda tanya kepada diri sendiri apabila anda menilai perniagaan anda:

1. Adakah anda telah mencapai matlamat yang ditetapkan?
Adakah anda telah berjaya sebagai seorang usahawan? Adakah anda sedang dalam perjalanan mencapai sasaran anda? Adakah pencapaian anda seperti yang diharapkan? Soalan-soalan ini harus dijawab berdasarkan hakikat samada anda telah mencapai matlamat peribadi anda sebagai seorang usahawan dari rumah. Ini bermakna anda telahpun menetapkan matlamat peribadi anda sejak awal lagi, dan anda boleh menyemak semula samada anda telah mencapainya atau tidak. Contohnya, jika matlamat anda ialah untuk menubuhkan satu perniagaan pusat penjagaan kanak-kanak dengan jumlah kanak-kanak yang tertinggi di kawasan perumahan anda, adakah anda telah mencapainya? Jika matlamat anda ialah untuk dikenali sebagai pakar dalam penjagaan kanak-kanak dengan mempunyai nisbah kanak-kanak dan guru/penjaga yang terkecil, adakah anda telah mencapainya? Seperti yang anda boleh lihat, anda perlu membandingkan kedudukan anda sekarang dengan matlamat sebenar yang telah anda tetapkan.

2. Adakah anda berupaya menyara diri sendiri?
Adakah anda berupaya membayar bil melalui keuntungan perniagaan dari rumah anda? Adakah pendapatan dari perniagaan anda dapat menampung perbelanjaan yang terlibat dan masih adakah wang lebih selepas ditolak perbelanjaan? Jika ya, anda boleh berkata bahawa anda berada di jalan yang betul. Jika tidak, anda mungkin perlu bertanya diri sendiri mengapa ini terjadi. Mungkin anda perlu mengiklankan (sekurang-kurangnya secara lisan, dari mulut ke mulut) mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan, atau anda mungkin perlu lebih bertegas dalam meminta bayaran dari pelanggan yang masih berhutang.

3. Adakah pendapatan anda sekarang lebih banyak berbanding semasa anda bekerja untuk orang lain?
Ini ialah soalan yang baik untuk ditanya kepada mereka yang telah berhenti kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan dari rumah. Kini setelah anda melepaskan pekerjaan tetap anda demi meletakkan diri anda sebagai seorang usahawan, adakah ia berbaloi dari segi kewangan? Jangan hanya menilai berapa banyak pendapatan anda sekarang berbanding sebelum ini, tetapi pertimbangkan juga berapakah kadar pasaran terkini bagi seseorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan seperti anda. Jika selepas fasa “permulaan” berakhir anda masih lagi memperoleh pendapatan yang kurang daripada sebelum ini, DAN anda telah bekerja lebih keras, maka anda perlu menilai semula keadaan anda.

1. Di manakah kedudukan anda berbanding pesaing anda?
Anda mungkin mahukan ciri-ciri perniagaan yang unik dan berbeza dari para pesaing anda, tetapi anda perlu juga tahu di mana kedudukan anda berbanding mereka. Bagaimanakah prestasi anda berbanding mereka? Adakah anda hampir menyamai kedudukan pesaing di depan anda dari segi pengiktirafan dan kedudukan di pasaran? Adakah terdapat pesaing baru di tempat anda yang harus anda perhatikan? Mengetahui tentang para pesaing dan ciri-ciri mereka akan memberikan anda pengetahuan yang bernilai yang boleh diaplikasikan pada perniagaan anda. Jangan hanya membuat perbandingan berdasarkan pasaran. Anda harus juga melihat samada terdapat peraturan baru dikeluarkan oleh kerajaan yang harus anda turuti, atau adakah mana-mana peluang baru yang boleh anda rebut.

4. Bagaimana prestasi jualan anda?
Perniagaan dari rumah anda mungkin telah dimulakan sebagai cara untuk menjual produk-produk atau perkhidmatan tertentu. Oleh itu satu cara untuk menilai perniagaan anda ialah dengan melihat pada prestasi jualan anda. Jika anda dapat terus menarik pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan dan anda dapati ada pusing ganti yang malar dalam inventori anda, anda boleh berkata bahawa anda membuat sesuatu yang betul! Sebagai panduan, jangan hanya melihat kepada jumlah jualan sebagai nombor-nombor sahaja. sebaliknya, bandingkan jumlah ini mengikut bulan dan yang lebih penting, rekodkannya. Kenalpasti aliran semasa dalam bentuk peratusan menaik (atau menurun). Jumlah jualan anda harus dibandingkan dengan purata am dalam industri dan dengan pesaing anda. Jika aliran semasa menaik sedangkan peratusan anda menurun, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Jumlah jualan juga menggambarkan usaha pemasaran dan harus digunakan untuk menilai mekanisme pemasaran anda.

5. Adakah anda mendapat keuntungan yang konsisten dari perniagaan dari rumah anda?
Baguslah jika jualan anda meningkat, tetapi bagaimana jika perbelanjaan anda pula bertambah pada kadar yang lebih tinggi? Jelas sekali anda tidak berada di kedudukan yang baik. Sebagai seorang ahli perniagaan, anda perlu meraih keuntungan, tetapi sedang kita seronok melihat kemajuan jualan, kita terlalai untuk membandingkan antara apa yang masuk dan apa yang keluar. Oleh itu, periksalah wang anda dengan teliti. Adakah anda sekadar pulang modal atau rugi? Adakah anda mendapat keuntungan dengan konsisten? Jika tidak, bolehkah anda meneruskan operasi dalam keadaan ini? Baik juga jika anda menilai keuntungan setiap perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan secara berasingan. Anda mungkin mendapati sesetengah produk atau perkhidmatan lebih menguntungkan daripada yang lain. Nilaikan pelanggan tetap anda dengan cara yang sama juga – adakah anda meluangkan lebih masa dan tenaga mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang betul untuk pasaran yang betul? Jawapan kepada soalan-soalan ini akan memberikan klu mengenai bagaimana hendak mengubah gabungan produk atau perkhidmatan anda atau masa yang anda luangkan kepada seseorang pelanggan.

6. Adakah laporan kewangan anda kelihatan baik?
Soalan ini berkaitan dengan dua kriteria penilaian yang telah disebutkan tadi, tetapi ia menjangkau lebih jauh lagi. Ada beberapa nisbah kewangan mudah yang boleh digunakan untuk menilai perniagaan dari rumah anda dan memastikan ia sentiasa berjalan lancar. Nisbah kewangan yang akan kita teliti ialah: nisbah terkini (current ratio), ujian nisbah pantas (quick ratio test) dan nisbah hutang-kepada-ekuiti (debt-to-equity ratio).

Marilah kita perhatikan satu persatu:
a. Nisbah terkini merujuk kepada nisbah aset terkini (iaitu apa yang anda miliki sekarang) kepada liabiliti terkini (iaitu hutang anda). Nisbah ini harus berada pada sekurang-kurangnya 2 kepada 1. Jika tidak anda mungkin terlalu banyak berhutang, dan anda perlu menyelesaikan sesetengah daripadanya dengan segera.

b. Ujian nisbah pantas ialah nisbah yang diperolehi dengan membahagikan jumlah aset dengan liabiliti terkini. Jumlah aset ialah jumlah kesemua aset anda, termasuk wang tunai dalam tangan dan bil pelanggan yang belum dibayar. Nisbah ini ialah ukuran kepada kecairan (liquidity) perniagaan anda. Kadar yang boleh diterima ialah 2.0 atau lebih tinggi.

c. Nisbah hutang-kepada-ekuiti membandingkan jumlah keseluruhan hutang dengan nilai perniagaan anda. Ini tidak bermakna kesemua jenis hutang tidak baik untuk perniagaan, tetapi yang idealnya jumlah hutang haruslah kurang daripada nilai perniagaan, iaitu nisbah hutang kepada ekuiti harus berada pada 1 atau kurang.

7. Apakah perasaan anda terhadap perniagaan dari rumah anda?
Kesemua objektif data yang telah kita teliti di atas menyediakan asas bagi menilai kedudukan perniagaan anda pada masa ini, tetapi ia tidak memberitahu anda keseluruhan cerita. Anda tidak boleh mengabaikan intuisi anda sebagai seorang pekerja dari rumah apabila menilai prestasi perniagaan anda secara keseluruhannya. Jelasnya, selain daripada sebab kewangan, anda mungkin telah memulakan perniagaa7 supaya anda boleh meluangkan lebih masa dengan keluarga, supaya anda mempunyai lebih masa untuk beristirahat dan menikmati kehidupan yang lebih seimbang. Dalam kes ini, anda mungkin perlu menilai samada anda masih bersemangat dan gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang.

Sumber: eHomemakers.net

Membina “Senarai Nama” Di Internet Untuk MLM Anda

Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.

Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.

Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?

Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet – lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.

Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pengusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak beretika semasa mencari prospek.

Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang “entah dari mana-mana” dengan menggunakan sebuah perisian dan mengahantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan “spam” dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak beretika.

Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.

Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat senarai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah “AUTORESPONDER”.

Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membolehkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email kepada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus.

Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran email dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya promosi anda berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda menghubungi prospek anda secara manual. Jadi, tak mustahil sekiranya jika anda menggunakan autoresponder yang baik, anda dapat mendaftar ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda sedang tidur nyenyak di siang hari. :-)

Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder kepada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda meninggalakan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda bagi pihak anda.

Di sini sekiranya anda tidak berminat untuk membina sistem mengumpul senarai nama anda sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat MLM anda.

Apa yang perlu anda buat adalah cuma mempromosikan laman web yang berfungsi untuk mengumpul nama dan email prospek anda dan lakukan promosi tersebut secara besar-besaran.

Sekiranya anda seperti saya, anda mungkin ingin membina laman web untuk memulakan senarai nama anda sendiri dan anda bolehlah melanggan perkhidmatan autoresponder di laman web berikut:

http://go.aweber.com

http://getresponse.com

Tanya kepada saya sekali lagi “apakah senjata maut di dalam online MLM?” dan saya akan berikan jawapan “autoresponder” pada bila-bila masa.

Mengenai Penulis

============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
============================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Next Page »