autoresponder
Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda
Adakah anda ketahui bahawa kejayaan sesebuah website bukanlah semata- mata apa yang dapat lihat di dalam website tersebut. Ramai yang tidak ketahui bahawa kejayaan sesebuah website adalah berdasarkan kepada sistem follow-up yang efektif.
Mengikut kajian, seseorang pelawat website akan bertukar menjadi pelanggan setelah follow-up tujuh hingga lapan kali. Jadi apakah yang membolehkan pelanggan tadi datang ke website atau mengetahui tentang produk kita setelah beberapa kali? Jawapannya akan anda dapati di bawah.
Kunci kejayaan sesebuah website adalah untuk menghantar maklumat mengenai perniagaan anda kepada mereka yang berminat. Iaitu anda perlu mendapatkan email pelawat laman web anda untuk follow-up.
TrafficWave menyediakan servis autoresponder untuk pemasaran internet yang efektif untuk membantu anda mengumpul senarai prospek, menerbitkan pengumuman produk dan membina kredibiliti anda dengan prospek anda.
Saya telah melanggan Trafficwave sejak Januari 2010. Dan saya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebelum ini saya menggunakan Autoresponder Aweber sejak 2006 lagi.
Ya, memang Aweber adalah antara autoresponder yang terbaik, tetapi harganya yang sering menjadi kekangan kebanyakan newbie. Ini kerana caj Aweber ialah $19.00 untuk 500 senarai email pertama, semakin besar list yang anda kumpul, maka makin tinggilah caj yang perlu dibayar. Berbanding Trafficwave, ia mengenakan caj $17.95 sebulan walaupun jumlah subscriber anda semakin meningkat . Mari kita tengok perbandingan harga antara trafficwave dan servis autoresponder lain yang ada di pasaran

Selain itu autoresponder Trafficwave juga menyediakan kemudahan berikut…
- menguruskan senarai email anda tanpa had (unlimited)
- boleh menyimpan sebanyak mana data yang anda mahu
- boleh menjadualkan e-mail yang hendak dihantar kepada prospek/pelanggan
- boleh memeriksa berapa ramai yang buka e-mail yang anda hantar
- boleh mengetahui berapa ramai yang prospek yang telah menjadi pelanggan
- boleh membina sendiri borang opt-in atau guna yang sedia ada
- menghantar e-mail menggunakan teks ataupun html
- terdapat kumpulan sokongan secara online dan juga forum
Jika Aweber memberikan anda peluang untuk test drive dengan kos $1 untuk 1 bulan, Trafficwave pula memberikan anda masa selama 30 hari untuk menilai dan merasai sendiri pengalaman menggunakan servis mereka tanpa sebarng kos – PERCUMA!
Dan yang paling menarik ialah program affiliate yang disediakan oleh pihak Trafficwave. Ini bermakna kita boleh buat duit sambil menggunakan autoresponder Trafficwave ini.Kita boleh minta pihak Trafficwave tolak komisen yang kita perolehi untuk bayaran bulanan kita. Bakinya akan dihantar melalui cek kepada anda . Seronok kan! Ini bermakna kad kredit/debit anda tidak akan dicaj oleh Trafficwave.
Boleh rujuk pelan affiliate Trafficwave disini http://www.trafficwave.net/members/wzone/affiliate.html
Mereka yang mendaftar melalui link saya akan menerima bonus ebook “Kuasa Pemasaran Email” secara PERCUMA!

Semoga dengan Trafficwave ini, anda boleh KURANGKAN KOS, MAKSIMAKAN PENDAPATAN!
Panduan Setup Autoresponder Getresponse
Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu lagi produk anak tempatan yang pastinya akan banyak membantu anda.
Autoresponder merupakan salah satu tool yang sangat penting jika anda ingin berjaya didalam apa jua perniagaan internet. Memang terdapat banyak perkhidmatan dan perisian yang membolehkan anda menghantar follow-up kepada pelanggan atau prospek anda. Berbayar mahupun percuma.
Antara perkhidmatan autoresponder yang menjadi pilihan ramai ialah Getresponse dan Aweber. Oleh sebab kini Aweber sudah menaikkan harga langganan, maka Getresponse dilihat paling berbaloi untuk dimiliki jika anda benar-benar serius.
Dengan adanya panduan ini, adalah lebih mudah untuk anda menyediakan follow-up sendiri kerana ia ditulis sepenuhnya didalam bahasa melayu. Apa yang menarik tentang Getresponse ialah ia juga mempunya versi percuma. Jadi, anda boleh cuba dulu sebelum membeli versi berbayar.
Download “Panduan Setup Autoresponder Getresponse” sekarang juga
Membina “Senarai Nama”Di Internet Untuk MLM Anda
Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.
Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.
Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?
Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet – lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.







