Bisnes GDI

Membuat blog wordpress dengan GDI

Ini adalah satu berita yang menggembirakan sebagai seorang ahli GDI – anda kini sudah boleh membuat blog wordpress dengan akaun GDI anda.

Dahului, ramai yang agak kecewa sebab mereka tidak boleh membuat blog wordpress di GDI, tapi kini sudah tiada masalah lagi.

Saya sendiri sudah tukarkan domain wowtunetalk.ws kepada bentuk blog wordpress. Domain ini saya tak pernah gunakan sebelum ini.  Buat masa sekarang masih belum dimasukkan sebarang update. Insyaallah saya akan update dalam masa terdekat.

gdi wordpress 150x150 |  Membuat blog wordpress dengan GDI

Antara ciri-ciri blog wordpress di GDI ialah;

1.  Anda boleh hostkan maksima 5 blog wordpress bagi setiap domain, dengan saiz storan sebanyak 10GB.

2. Anda boleh hostkan laman web anda secara terus , atau secara subdomain. Ini bermakna anda boleh mempunyai lebih banyak laman web / blog menggunakan domain GDI anda untuk perniagaan, peribadi, hobi dan sebagainya.

3. Anda boleh install pelbagai theme dan import blog yang telah anda hostkan ditempat lain ke akaun GDI anda.

Caranya sungguh mudah.

1. Login ke laman web GDI  http://website.ws/member

2. Klik menu plugin di bahagian kiri

3. Klik ON untuk WordPress Blog 3.0 – anda boleh edit samaada untuk menjadikannya sebagai primary (seperti wowtunetalk.ws) atau sebagai subdomain (seperti blog.wowtunetalk.ws)

4. Siap! Anda perlu tunggu beberapa jam untuk laman web anda diupdate.

Berminat dan sertai GDI bersama grup ini.

 

Tags : , , ,

Komisen GDI pertama sudah diterima

Selamat Tahun Baru 2010. Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan kepada anda. Semoga tahun ini, akan menjadi lebih baik dari tahun lepas. Tahun ini juga, anak sulung saya- Aisyah sudah mula bersekolah di Tahun 1. Alhamdulillah, dia sangat seronok ke sekolah. Jadi, rutin harian saya akan semakin sibuk selepas ini. Agak sukar untuk mencuri masa berblog dan berbisnes internet.

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda satu berita gembira. Selepas 3 bulan menyertai GDI, akhirnya saya telah menerima komisen pertama dari GDI. Ia dibayar melalui paypal. Bagi saya ia lebih pantas dan mudah. Ini menunjukkan bahawa GDI bukanlah penipu. ia memang sebuah program yang akan membayar ahlinya.

Berikut adalah screenshot bukti bayaran dari Paypal. Klik untuk besarkan.

gdi bukti 1stpayment1 300x194 |  Komisen GDI pertama sudah diterima

Walaupun tidak sebanyak mana, ia cukup baik sebagai permulaan. Ia juga boleh membayar kos GDI untuk bayaran 3 bulan. Apa yang saya lakukan, hanyalah mempromosikan laman web autoviral yang diberikan. Info lanjut tentang bisnes GDI dan web autoviral ini, bolehla layari http://duitbijak.com/autoviral

Tags : , , , ,

Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

Oleh kerana produk utama GDI ialah nama domain dan hosting. Adalah sangat baik jika kita dapat gunakan produk ini dengan sebaik mungkin. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana untuk mem”forward” nama domain GDI kita kepada apa jua laman web pilihan kita.

Jika anda sertai GDI dan tidak pernah membuat sebarang perubahan kepada setup laman domain anda, secara automatik pihak GDI akan redirect kepada laman web opt-in GDI anda sendiri. Misalnya, saya memilih nama domain duitinternet.ws semasa mendaftar GDI, maka apabila saya promosikan laman web tersebut (tanpa sebarang perubahan), ia akan dibawa terus ke link seperti berikut http://website.ws/wzone (wzone adalah username GDI saya).

Oleh sebab kini , saya turut mempunyai laman web autoviral saya sendiri yang akan dapat membantu saya mempromosikan bisnes GDI ini, maka saya ingin gunakan ia. Cara paling mudah ialah menggunakan aplikasi “Domain Forwarding” . Caranya ialah

1. Login ke member area GDI anda https://www.website.ws/members/

2. Klik menu Domain yang berada di sebelah kiri

gdi fwdomain 1 300x160 |  Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

3. Klik Change DNS

gdi fwdomain 2 300x102 |  Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

4. Pilih Domain Forwarding dan kemudian klik continue

gdi fwdomain 3 300x211 |  Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

5. Masukkan URL web affiliate pilihan anda. Saya memilih untuk meletakkan URL untuk laman web http://perniagaaninternet.ws/r/asmawati . Ini adalah web autoviral untuk bisnes GDI yang disediakan oleh sifu Zamri Nanyan

gdi fwdomain 4 300x173 |  Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

6. Berjaya! Sila tunggu 48-72 jam untuk laman web anda diaktifkan. Anda boleh lihat http://duitbijak.com

gdi fwdomain 5 300x107 |  Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

Tags : , , , , , , , , , ,