Bisnes Prepaid
Komisen ke-23 bisnes prepaid Tunetalk – ToneExcel
Pejam celik sebenarnya sudah hampir 2 tahun sejak saya sertai bisnes prepaid tunetalk sejak 2010 yang lalu. Saya memang jarang update tentang bisnes prepaid ni di blog ini.
Alhamdulillah, semalam duit komisen ke-23 untuk bisnes tunetalk toneexcel dah masuk akaun bank saya.Macam yang saya pernah terangkan dalam post pelan pemasaran ToneExcel disini, komisen bagi bonus referal akan dimasukkan pada 21hb pada setiap bulan.
Read the rest of this entry »
Cara Langgan Tunetalk selama 1 tahun ( 1 year validity)
Saya adalah pengguna prepaid Tunetalk. Macam prepaid lain juga, tiap bulan kita perlu topup setiap bulan untuk pastikan kredit kita tidak sah dan tak boleh membuat sebarang panggilan, sms dan surfing internet.
Salah satu kemudahan yang pihak Tunetalk sediakan iaitu membolehkan pengguna lanjutkan tempoh langganan selama setahun. Jadi, kalau anda topup RM50 untuk bulan 20 Januari 2013, kredit RM50 tu akan sah hingga 20 Januari 2014! Tak perlu dah beli topup setiap bulan semata-mata nak extend kredit validity kita. Pasti menguntungkan untuk mereka yang jarang menggunakan handphone untuk panggilan atau sms keluar.
Jadi, kalau terlewat topup prepaid pada setiap bulan. pun, tak jadi masalah sebab kita masih boleh membuat panggilan dan sms. Topup cuma RM50 je sekali, dah boleh guna untuk setahun!
Sudah menjadi tabiat saya setiap tahun untuk renew langganan tahunan saya sebab saya biasanya hanya topup sekitar RM20 sahaja setiap bulan yang hanya sah untuk 22 hari sahaja. Kenapa RM20? Sebab ia adalah syarat minima untuk dapat komisen bagi bisnes prepaid Tunetalk-ToneExcel yang saya sertai.
Ok, berbalik kepada cara untuk panjangkan tempoh sah kredit prepaid Tunetalk kepada setahun, kita perlu ada sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai kredit bernilai RM48. Ini kerana kos untuk extend 1 year validity ini dikenakan caj RM38 untuk 365 hari dan anda perlu ada baki minima RM10 selepas itu.
Selepas itu, hanya hantar sms SET ke 1212 .
Anda akan menerima sms pengakifan dalam beberapa saat sahaja. Sms itu berbunyi “RM38.00 Your top up validity is extended to 365 days from today. Thank you for using Tunetalk”.
Hanya dengan satu sms sahaja servis ini akan disahkan. Jadi, pastikan anda memang benar-benar ingin panjangkan tempoh sah (validity) kredit prepaid Tunetalk anda kepada 1 tahun dan bukan sekadar mencuba-cuba sebab RM38 akan ditolak terus dari kredit anda.
Untuk lebih keuntungan, saya biasanya membeli prepaid dari Ezytopup sebab dapat beli prepaid murah disana. Selain tu, untuk bulan pertama saya biasanya topup RM80 untuk membolehkan saya mendapat nilai komisen maksima untuk pengguna prepaid Tunetalk-ToneExcel.
Cara Topup Reload Digi Prepaid
Kalau anda nak tahu cara nak reload digi prepaid, jom baca posting ini. Digi prepaid ada menyediakan banyak cara untuk topup atau reload akaun digi prepaid . Walaupun saya bukan pengguna digi, tapi sharing is caring kan. Di sini saya kongsikan 4 cara topup digi paling popular yang boleh digunakan. Harap ia dapat membantu. Anda juga boleh beli prepaid digi dengan harga diskaun di ezytopup.
#1 : Cara Reload Digi Prepaid Menggunakan Kupon Reload
Ini adalah salah satu cara reload prepaid digi yang paling popular. Caranya ialah.
1. Beli kupon reload digi dari mana2 outlet dan kedai runcit di seluruh negara.
2. Bila dah dapat kupon tu, anda akan dapat nombor pin 16 digit. Hanya key in <*123*> <16-digit reload number> <#> ,contohnya *123*1234567890123456# dan tekan [CALL] .
3. Anda akan terima SMS dengan baki kredit terkini. Mudah kan?
#2 : Cara Reload Digi Prepaid Menggunakan Flexi eload
Flexieload adalah cara paling mudah kerana ia berbentuk autoreload. Anda hanya perlu temui mana-mana penjual prepaid digi, maklumkan nombor telefon dan jumlah topup yang hendak dibeli.
Penjual akan memproses pesanan anda dan prepaid digi anda akan di topup secara automatik. Mudah kan? Ia tak melibatkan anda mengisi nombor pin sepeti belian kupon reload.
Jika anda berminat nak tahu macam mana nak beli topup prepaid digi pada harga diskaun, boleh rujuk kat sini. Anda boleh beli secara sms. Memang terbukti mudah dan cepat sebab anda boleh beli prepaid digi dimana-mana sahaja asalkan handphone anda ada line. Kalau oustation atau hujan lebat, boleh hantar sms je untuk buat belian.
#3 : Cara Reload Digi Secara Online Melalui Digi Online Store
Untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu layari laman digi online store .
1. klik ‘Reload Online’ . Pada laman Prepaid Reload , masukkan nombor telefon digi prepaid anda dan jumlah yang anda hendak topup. Kemudian klik ‘Validate’.
2. Masukkan info peribadi anda dan tekan “submit”
3. Anda perlu membuat bayaran mengikut kaedah bayaran yang anda selesa seperti online banking atau kad kredit. Anda akan terima resit bila pembayaran berjaya dibuat.
#4 :Cara Reload Digi Prepaid Melalui Online Banking & ATM
Anda boleh topup digi prepaid secara online melalui online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam dan pelbagai bank lain yang ada di Malaysia ni. Cara ni memang sangat mudah. Anda hanya perlu login ke akaun bank pilihan anda untuk mula membeli reload digi prepaid . Jumlah reload yang ditawarkan mungkin berbeza bagi setiap bank.
Anda banyak lagi cara untuk reload digi prepaid , boleh rujuk web rasmi digi ini





