blog

Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah

cara buat blog di blogspot

Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail. Semasa meronda-ronda di youtube, saya terjumpa satu video yang berkualiti untuk dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membuat blog di blogspot.

Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri. Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , ,

Review : Panduan Asas Blogger

Sekarang ni memiliki sebuah blog dah menjadi seperti satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki laman web sendiri di internet. Tak kira la samaada blog anda ber”niche” kan tentang buat duit ataupun sekadar blog peribadi. Jika blog anda memberikan isi kandungan yang baik dan menarik, pastinya ramai yang sudi menjadi pembaca setia.

Membuat blog sendiri tidaklah susah sangat. Hanya dengan beberapa klik sahaja, anda dah boleh miliki blog anda sendiri.

Hari ini saya nak review sebuah ebook yang masih baru dilancarkan iaitu “Panduan Asas Blogger: Panduan Asas Lengkap Untuk Blogger” yang ditulis oleh Yazid Yahya dan diterbitkan oleh Jamaludin Bahari.

Jelas dari tajuknya , ebook ini memang memberikan panduan asas sahaja tentang bagaimana anda boleh memiliki blog anda sendiri. Jika anda sudahpun berjaya membuat blog sendiri (di blogspot atau wordpress), ebook ini memang tak sesuai untuk anda. Ia khas untuk mereka yang memang langsung tak tahu macam mana nak membuat blog.

Ebook ni ada 234 mukasurat tau! Untuk 100 mukasurat pertama, anda akan didedahkan dengan langkah demi langkah cara membuat blog percuma ( di subdomain blogspot.com atau wordpress.com) . Ada juga ditunjukkan cara nak setup blog wordpress untuk blog .com anda sendiri.Memang mudah untuk memahami dan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan didalam ebook ini.

Bahagian kedua ebook ini menceritakan tentang teknik mendapatkan trafik ke blog yang telah disiapkan. Agak banyak teknik yang ditunjukkan. Terpulang kepada anda hendak memilih untuk mendalami dan mengaplikasikan teknik yang mana satu. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat serba sikit idea bagaimana nak mempromosikan blog anda nanti.

Bahagian ketiga pula menceritakan tentang nama domain, cpanel dan webhosting. Agak detail penerangannya dan mudah difahami sebab disertakan dengan banyak gambar. Banyak benda yang boleh anda pelajari terutamanya bagi mereka yang ingin membeli atau baru sahaja membeli nama domain .com sendiri.

Bahagian keempat pula menceritakan tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan blog. Agak ringkas isi kandungan didalam bahagian ini. Hanya 2 mukasurat sahaja. Ia sekadar memberikan anda beberapa idea buat duit melalui blog sahaja.

Lagi satu, anda juga turut diberikan 3 buah video tentang Cpanel dan Wordpress untuk domain berbayar. Tapi video ni takde suara, ia lebih berbentuk slideshow dimana anda perlu membaca sendiri apa yang ingin disampaikan. Tak susah nak faham, insyaallah anda boleh ikuti langkah-langkahnya.

Dengan setiap pembelian, anda juga akan dapat diskaun untuk beberapa produk lain. Nak tahu apa produknya? Kenalah klik kat sini.

Okla, dah agak panjang review yang saya tuliskan. Bagi saya, isi kandungan ebook ini agak bagus terutamanya untuk mereka yang memang zero dalam teknik membuat blog. Jadi, selepas ini, kalau ada yang bertanya tentang cara nak buat blog, saya memang syorkan ebook ini kepada anda. Banyak ilmu yang bakal anda perolehi.

Daptkannya sekarang! Anda juga bloleh download ebook preview percuma disini.

Tags : , , , , , , , , , , , , ,

Buat Duit Dengan Blog

Ramai yang masih tidak percaya bahawa dengan blog, kita boleh mendapat pendapatan yang tinggi samada secara sampingan ataupun sepenuh masa. Jika anda hanya melihat dari skop pasaran Malaysia, memang agak sukar untuk anda percayai, namun jika kita menjenguk ke dunia luar, anda akan terpaku seketika kerana selain mempunyai blog sendiri, kini ramai pihak yang mencari penulis untuk mengemaskini blog mereka. Bermaksud, blogger juga adalah satu kerjaya di masa kini!

Namun, bukan itu yang ingin saya kongsikan di sini, tetapi apa yang akan disampaikan adalah, bagaimana kita boleh membuat duit dengan blog? Mudah sahaja, tetapi anda perlu mengetahui teknik yang betul. Di sini, saya membahagikan blog kepada dua jenis iaitu blog bisnes dan blog ‘niche’.
Read the rest of this entry »

Tags :