buat duit

Review Kuntao Marketing – selepas 5 bulan buat duit dengan adsense

Hari ni saya nak review salah satu produk yang saya dah guna iaitu Kuntao Generator Software yang dihasilkan oleh sifu Munawar. Sebelum ini, saya ada cerita bahawa kita boleh buat duit usd secara autopilot dengan kuntao generator ni , masa tu saya baru guna trial 10 hari dan baru bercadang nak buat belian. Alhamdulillah, saya berjaya beli software kuntao dengan harga diskaun. Selepas beberapa hari download, tonton video dan apply tekniknya, saya rasa ia memang pelaburan yang berbaloi.

Salah satu azam saya untuk tahun 2012 ialah untuk memperolehi sekurang-kurangnya usd100 setiap bulan dengan google adsense. Nampaknya ia tak mustahil jika saya gunakan software kuntao marketing generator dengan betul dan FOKUS.

Setelah mencuba dengan satu domain lama yang terbiar, inilah hasilnya selama 5 bulan eksperimen iaitu sejak Ogos 2011 hingga Januari 2012 . Domain ni sebelumnya saya upah orang buatkan blog autopilot, walaupun ada trafik tapi pulangannya sangat menyedihkan. Tapi, saya yakin domain ni menguntungkan sebab ia berdasarkan kepada satu keyword adsense yang mahal.

income adsense sebelum dan selepas guna kuntao generator

income adsense sebelum dan selepas guna kuntao generator

Tak banyak sangat tapi ia dah membuktikan dengan kerja yang tak seberapa, website tersebut mampu memberikan saya income adsense secara autopilot. Cuba perhatikan views untuk website tersebut takdela tinggi mana pun. Sebab saya hanya ikut 10% je dari teknik tarik trafik yang ditunjukkan dalam video Kuntao Marketing ni.

Klik Disini Untuk 10 Hari Tempoh Percubaan Perisian KunTao Marketing

Apa yang saya buat untuk dapat income macam tu,

1. Setup kuntao generator di domain pilihan – sebaiknya nama domain adalah berdasarkan keyword adsense yang mahal.

2. Submit beberapa page ke website yang dicadangkan kuntao generator – yang ni saya cuma ikut 10% je. Punyalah tak rajin

3. Upah orang lain buatkan backlink ke beberapa page pilihan .  Untuk yang ni kos saya hanyalah sekitar RM30 sebulan. Ada ramai yang tawarkan servis sebegini ni wangcyber.com .

4. Setiap hari, bina sekitar 10 page baru guna software kuntao marketing. Sekejap je nak  buat page ni, hanya dapatkan keyword yang sesuai dan upload kepada kuntao. tak sampai 5 minit page anda akan siap.

Saya biasanya dah masukkan senarai keyword yang sesuai didalam MS Excel, dan siapkan jadual bila page ini akan  dibina. Kalau anda ada 500 keyword yang relevan dengan web anda, ambil masa 50 hari untuk habiskan semua keyword. Lepas tu saya submit RSS dan page link seperti yang diajar dalam video kuntao.

Itulah yang saya buat. Usaha memang tak seberapa, jadi hasilnya pun takdela sampai usd120 hari. Saya kira kalau saya dapat lebih rajinkan diri, tak mustahil saya boleh dapat sekurangnya usd4 sehari. Kalau 30 hari dah dapat usd120 sebulan. Kalau 10 website , memang tak mustahil dapat usd120 sehari kan? Kenapa yakin sangat? Sebab saya pernah dapat…

target income adsense sehari dengan kuntao marketing

target income adsense sehari dengan kuntao marketing

Tak mustahil kan, kalau dapat tiap-tiap hari macam tu? Yang penting kena usaha 100%, bukan 10% macam sekarang ni. Saya dah nampak peningkatannya, yang penting usaha.kuntaomarketing468x60

Kalau anda pun berminat nak buat duit dengan adsense cara kuntao marketing generator ni, bolehla klik banner diatas. Try dulu untuk 10 hari, dan kalau rasa berbaloi, upgrade kepada yang berbayar.

Boleh guna kod diskaun khas 19ED4F5 untuk dapat diskaun RM100. Tapi ia adalah terhad kepada 100 orang pertama sahaja. Jadi kena cepat la ye, kalau tak anda perlu membayar harga penuh.

Tags : , , , , , ,

Kuntao Marketing – teknik autopilot buat duit usd

Dah bersawang blog ni nampaknya. Banyak yang nak diceritakan tapi tak tertaip dek jejari nan runcing ni. Hari ni saya nak kongsi tentang perisian Kuntao Marketing oleh sifu Munawar .  Produk ni pernah dijual dipasaran pada Disember 2010 yang lepas. Tetapi jualannya ditutup hanya dalam masa 6 jam sahaja! . Saya tak sempat  nak beli masa tu sebab tak cukup budget terlambat buka email akibat sibuk bercuti di kampung.

cover-kuntao-marketing

Saya memang percaya dengan kualiti produk sifu Munawar sebab hasil dari ebook JWA dialah saya berjaya dapat cek pertama dengan adsense. Jadi, bila dapat tahu yang beliau akan buka semula jualan Kuntao Marketing pada 15 Ogos ni (esok), siap dengan harga diskaun 50%  untuk mereka yang terawal – saya sangat teruja. Dah siap set alarm kat handphone, harapnya kali ni tak terlepas peluang.

Kalau nak tau kenapa saya teruja sangat dengan software ni, cuba download versi PERCUMA ni dulu dan anda boleh cuba selama 10 hari. Saya dah download dan cuba versi percubaan ni untuk satu domain yang dah lama saya beli tapi tak digunakan. Dalam masa beberapa minitje ah boleh siap laman web kita!

Memang kagum dengan software buatan anak tempatan ni. Yang penting, lepas download, ambik masa untuk cuba betapa seronoknya guna software ni.

Caranya menggunakannya cukup mudah :

1. Dapatkan domain dan hosting – Kalau anda tak ada nama domain dan hosting sendiri, beliau ada tunjukkan cara percuma untuk dapatkannya.

2. Buat sedikit editing untuk link domain dan software ni. Jangan risau sebab video tutorial ada disediakan.

3.  Cari keyword yang berkenan dan klik start. Walla! dalam 5 minit anda dah boleh dapat berpuluh-puluh laman web dan artikel yang unik dan disukai google. Design laman web tu pun menarik perhatian pelawat untuk klik iklan kita sebab ia akan masukkan sekali elemen gambar dan video.

KunTao Marketing Software (versi upgrade) juga akan sertakan sekali dengan cara mendapatkan trafik ke website yang dah dibina sebab no trafic, no money kan? . Jadi, kita tak perlu risau tentang trafik. Ia bukan untuk Google Adsense sahaja, tapi boleh dijadikan sebagai teknik autopilot buat duit usd kepada kita.

Di bawah ni adalah 4 Modul yang terdapat dalam Kuntao Marketing:

1. KunTao Keyword
Ia disertakan dengan 3 keyword SCRIPT untuk mendapatkan hot search keyword setiap jam kedalam fail secara automatik. Wati gunakan keyword ini untuk membina pages.
2. KunTao Generator
Ianya adalah SOFTWARE utama yang ada dalam versi percubaan , dimana segalaproses untuk membina pages akan dilakukan secara automatik.
3. KunTao Templates
Ia mengandungi 40 script Templates khas yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui GoogleAdsense, BidTraffic atau apa-apa sahaja program yang anda kehendaki.TIDAK terbatas.
4. KunTao Trafik
Ia mengandugi 10 teknik trafik khas untuk mendapatkan sebanyak mungkin trafik ke laman web yang dibina Wati menggunakan KunTaoGenerator.Jadi anda bukan sahaja mendapat software KunTao Generator tetapi keseluruhan teknik & strategi menjana pendapatan melalui apa sahaja program yang anda mahukan.Tidak terbatas!
Berapa Harga KunTao Marketing ni? Harga sebenar ialah RM 350 sahaja. Anda juga akan dapat bonus belian Pakej Fiverr Viral (FiverrViral.com) bernilai  RM50. Jadi, jumlah keseluruhan ialah RM 400. Tetapi, bulan Ramadhan ini ia ditawarkan dalam jumlah terhad iaitu…RM 200 Sahaja dan upgrade PERCUMA!
Mahal ke? Ia bergantung kepada pulangan yang bakal di perolehi. Saya akan mengaggapnya sebagai satu pelaburan.
Okl, dah panjang post ni, anda boleh cuba download versi percuma Kuntao Marketing dan upgrade kalau rasakan ia berbaloi dimiliki. Jangan lambat sebab macam biasa, sifu Munawar ni akan tutup jualan bila dah cukup kuota.

Tags : , , ,

Teknik Menjana Wang Melalui Clickbank

Ramai di kalangan kita mengetahui bahawa salah satu lubuk buat duit USD ialah melalui program affiliate Clickbank. Ramai rakyat malaysia yang sudah menjana wang melalui Clickbank ini. Saya juga berjaya membuat duit melalui clickbank – walaupun tidaklah begitu konsisten. Tapi pernahla merasa hasil dari Clickbank.

cover-teknikclickbankAda banyak juga buku panduan tentang buat duit dengan clickbank yang ditulis dalam Bahasa Melayu, tetapi kebanyakannya  sudah tidak aktif dijual. Baru-baru ini , satu lagi ebook tentang buat duit dengan clickbank telah dilancarkan oleh saudara Zyan. Ia diberi tajuk Teknik Clickbank .

Pada saya ebook ini agak lengkap. Bahkan panduan percuma yang diberikan oleh Zyan juga sudah boleh membantu anda bermula untuk membuat duit dengan Clickbank secara PERCUMA.

Manakala versi berbayar pastinya memberikan ilmu yang tidak ternilai sebab Zyan akan mendedahkan pelbagai senjata rahsia yang beliau gunakan didalam menjana pendapatan pasif  melalui Clickbank.

Secara ringkasnya Teknik Clickbank akan membincangkan tentang;

1. Daftar Clickbank

2. Pilih produk berkualiti yang nak dijual – akan ditunjukkan apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat pemilihan

3. Pilih keywords berkualiti yang berkaitan dengan produk tersebut – Akan ditunjukkan cara guna GKT dalam mendapatkan keyword yang berkualiti. Serta ciri lain yang perlu dipertimbangkan.

4. Bina landing page secara percuma (blogspot, squidoo, youtube, etc ) atau berbayar seperti domain .com – Zyan juga akan berikan contoh landing page yang dia gunakan.

5. Promosi landing page – teknik promosi atau pemasaran laman web adalah yang paling penting untuk dikuasai sebab tanpa pengunjung yang ramai, agak sukar untuk anda membuat jualan. Ia juga memerlukan usaha yang berterusan dalam jangka masa yang agak panjang. Dan ramai akan tersangkut disini (termasuk saya la tu)

Melalui ebook ini, Zyan akan kongsikan teknik promosi yang dia gunakan. Ada yang percuma dan ada juga yang memerlukan modal. Terserah kepada anda untuk memilih teknik yang sesuai dengan masa, kewangan dan keupayaan anda.

Zyan juga akan kongsikan dengan anda Action Plan yang boleh digunakan dalam proses nak buat duit dengan clickbank ni. Maklumlah, tanpa perancangan yang betul, usaha kita mungkin akan sia-sia saja.

Okla, saya dah tak nak berceloteh panjang lagi, jika anda berminat nak buat duit dengan clickbank ni bolehla dapatkan ebook Teknik Clickbank di sini http://bit.ly/teknikcbbb . Pastinya berbaloi apabila pelaburan ilmu yang kita perolehi inin kita diaplikasikan. Saya sendiri dalam proses mengaplikasikan beberapa teknik yang diajar.

teknikclickbank

Tags : , , ,

Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Saya pasti ramai yang dah tahu atau pernah denganr tentang ChurpChurp, tapi masih tertanya-tanya bagaimana cara buat duit dengan churpchurp ni. Saya sendiri masih baru je join churpchurp ni. Jadi, tak salah kan saya share serba sikit info pasal churpchurp ni disini walaupun agak terlewat.

buat duti dengan churpchurp

buat duit dengan churpchurp

Apa itu churpchurp?

Churpchurp adalah salah satu program cara mudah untuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia . Churpchurp ialah adik kepada Syarikat Nuffnang (bukannya pesaing) . Dengan hanya mempromosi  offer dari pihak churpchurp di  Twitter, Facebook, YM, blog. Mungkin sebab ia lebih banyak mengunakan medium twitter, logo churpchurp juga berbentuk burung seperti logo twitter. Ok, disini saya tunjukkan cara buat duit melalui Churpchurp!


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bonus Prepaid Tunetalk-ToneExcel makin menarik

prepaid toneexcel tunetalk

Beberapa hari yang lepas, saya mendapat maklumat bahawa pihak toneexcel yang menjalankan referal program untuk Tunetalk telah menambah satu insentif yang menjadikannya semakin menarik. Apa yang ditawarkannya? Komisen sebanyak RM20 untuk setiap direct downline yang kita perolehi.

Jika sebelum ni, kita hanya dapat komisen 3 level untuk setiap top-up yang dilakukan downline, dengan insentif tambahan RM20 ni, pastinya akan meningkatkan lagi income dengan bisnes prepaid ToneExcel ni.
Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,