buat duit

Penjenamaan semula Bisnes Prepaid Mymode – Prepaid4u

prepaid4u

Mulai 1 Disember 2010 yang lalu, pengurusan Mymode telah diambilalih oleh Mfactorbiz yang mengendalikan laman web Prepaid4u.net. Atas sebab itu, ada beberapa perubahan telah dilakukan oleh pihak pengurusan termasuk perubahan disegi pelan pemasaran.

Agak banyak perubahan yang saya tengok, yang pasti saya harap ia akan memberikan lebih keuntungan kepada ahlinya. Antara perubahan yang saya dapat kongsikan disini ialah;
Read the rest of this entry »

Tags : , , ,

Bisnes Prepaid TuneTalk – ToneExcel

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu peluang yang jarang-jarang kita dapat. Iaitu bisnes prepaid Tunetalk – ToneExcel. Kalau sebelum ni saya terlibat dalam bisnes prepaid iaitu menjual pelbagai jenis prepaid untuk pelanggan. Saya akan dapat untung sekitar 1% – 10% sahaja dari harga jualan prepaid tu sahaja. Tapi dengan Tunetalk, kita boleh dapat lebih dari itu.

Apa yang menarik tentang bisnes TuneTalk / ToneExcel ni?

* Tahukah anda hanya dengan menjual SIMKAD TuneTalk anda mampu menjana pendapatan hingga ribuan malahan puluhan ribu ringgit setiap bulan?

* Anda hanya perlu menjual SIMKAD berharga RM70 kepada seberapa ramai kawan-kawan anda. Itu sahaja.

* Maka setiap kali mereka top-up, anda akan mendapat komisyen daripadanya. Jika mereka menggunakan SIMKAD itu seumur hidup, maka seumur hiduplah anda akan mendapat komisyen tersebut.

* Mereka bukan beli top-up dengan anda, mereka boleh top-up dimana sahaja, seperti di 7Eleven, stesyen minyak, kedai-kedai top biasa, dan setiap kali mereka topup dan setiap kali itu jugalah anda akan mendapat komisyen. Kerja anda hanya jual SIMKAD.

* Komisyen anda bukan satu peringkat sahaja, tapi TIGA PERINGKAT!!

* Jika anda menggunakan prepaid TuneTalk, anda boleh mengekalkan nombor prepaid lama anda samada 012, 019, 017, 013, 014 dll, tanpa perlu menukar ke nombor yang lain, atau anda boleh menggunakan nombor baru yang bermula dengan 0105********.

* Julung-julung kali di Malaysia, jika anda menggunakan prepaid TuneTalk, anda akan dilindungi dengan insuran kemalangan pribadi yang di keluarkan oleh Etiqa Maybank sebanyak RM100,000. Bayangkan hanya dengan menggunakan prepaid tunetalk tak pasal2 anda dapat perlindungan insurance.

Selama ni, saya memang tahu bahawa agen jual postpaid Maxis, Celcom, Digi dapat sedikit komisen tiap kali pelanggan yang daftar melalui mereka membayar bil. Bayangkan kalau tiap bulan seorang pelanggan bayar bil RM100 dan dia dapat komisen 10%. Ini bermakna, tiap-tiap bulan dia akan dapat komisen RM10!. Itu baru seorang, macam mana kalau tiap bulan dia dapat 20 pelanggan, dah RM200 dia dapat tiap-tiap bulan. Hanya cari seorang pelanggan sekali, dan dia dapat komisen tiap-tiap bulan tanpa perlu berbuat apa-apa!

Tapi, saya tak pernah dengar lagi agen prepaid yang dapat komisen tiap kali pelanggan yang beli simkad dari merka reload handphone mereka. Yang saya tahu, agen jual prepaid dapat untung tiap kali ada jualan reload. Padahal pengguna prepaid di Malaysia ni lebih daripada 70% dari keseluruhan pengguna handphone. Bayangkan kalau kita dapat sedikit komisen tiap kali member kita yang guna Celcom, Maxis atau Digi topup handphone mereka. Mesti best kan.

Tapi sekarng ni, kita berpeluang menjadi yang terawal tahu tentang peluang hebat ini. Anda pernah tengok  iklan TuneTalk yang disiarkan di  TV sekarang ni. Sekarang ni mereka semakin agresif mempromosikan TuneTalk ni. ProgramTunetalk – ToneExcel  ini baru sahaja dilancarkan hari ini – 5 Ogos 2010.

Saya ada setup satu web khas untuk penerangan detail berkaintan prepaid Tunetalk ToneExcel ni, boleh rujuk http://wowtunetalk.ws dan signup borang yang disediakan.

Jika anda nak dapatkan web replika, boleh klik pada banner di bawah ni dan Daftar PERCUMA.

bisnes tunetalk

P.S : Jika anda adalah ahli prepaid Mymode, anda boleh beli topup Tunetalk ni secara sms je. Dapat rebet dan bonus lain lagi. Bila rakan yang join tunetalk dibawah anda, beli pula topup dengan anda. Anda akan dapat keuntungan berganda! Bisnes 2 dalam 1.

Tags : , , , , ,

Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?

Salah satu topik paling panas dalam program buat duit di internet di Malaysia ialah program buat duit dengan Clickbank. Sejak testimoni saya keluar di web pakej video oleh Puan Lisa Hilmi, ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan cara nak buat duit dengan clickbank.

cover-laporan10formula-buatduitdenganclickbank

Dan salah satu-satunya produk yang sarankan kepada mereka ialah ebook Panduan Clickbank yang ditulis oleh saudara Mawardee. Ia adalah ebook yang sangat padat dan sesuai dibaca oleh mereka yang tercari-cari maklumat buat duit dengan clickbank dalam bahasa Melayu.

Download di http://asmawati.com/syorkan/panduanclickbank

Kini, Mawardee telah keluarkan satu laporan percuma bertajuk “10 Formula Clickbank”. Saya dah download dan baca ebook ini. Walaupun sekadar 32 mukasurat, banyak informasi baru yang dapat dipelajari.

Laporan ini adalah percuma jika anda download sebelum 2 Oktober (Jumaat) , sebelum jam 3.30 petang. Ia adalah sempena Jualan Penghabisan Stok produk “Panduan Clickbank”.

Download sekarang sebeleum ia dijual pada harga RM67!

http://asmawati.com/syorkan/panduanclickbank

Tags :

Senarai Program pay per lead di Malaysia

Fuh!! pejam celik dah lebih 1 bulan saya tak update blog ni. Sebenarnya ada banyak idea nak di postkan, tetapi masa sangat cemburu pada saya. Baru je syok nak start menaip, ada pulak gangguan lain.

Makin hari saya tengok semakin banyak ebook bahasa Melayu yang dilancarkan oleh IM Malaysia. Tahniah sebab ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang perniagaan internet ni. Ada yang berikan ebook secara percuma, dan ada juga ebook berbayar. Tak kisahla apa pun, asalkan ia bermanfaat kepada kita, tak salah untuk download.

Dan sekarang ni, trend program pay per lead (PPL) semakin menjadi-jadi. Saya pernah tulis artikel tentang PPL disini. Bulan ramadhan ni rasanya ada 3 ebook yang diedarkan secara percuma dan turut memberikan peluang buat duit kepada subscriber mereka. Kali ni saya akan berikan senarai program pay per lead yang boleh anda sertai buat masa sekarang. Saya akan cuba update post ini dari masa ke semasa.

Nama ebook Info produk
cover_panduanppl Nama Produk : Panduan Percuma Buat Duit Dengan Program Pay Per Lead
Ringkasan : Ebook ini memberikan maklumat tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan program pay per lead iaitu anda akan dapat buat duit percuma dengan hanya mengedarkan produk percuma.
Komisen : 0.30/lead
Syarat bayaran : Minima RM15 = 50 lead
Tempoh penyertaan : terbuka hingga diberitahu kelak
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut
cover-h1n1 Nama Produk : Informasi Padat H1N1
Ringkasan : Ebook ini memberikan pelbagai maklumat tentang penyakit H1N1 atau selsema babi. Turut disediakan beberapa kisah tentang konspirasi dan petua menhindarkan penyakit berjangkit yang bahaya ini.
Komisen : 0.20/lead
Syarat bayaran : Minima RM10 = 50 lead
Tempoh penyertaan : 25 Ogos 2009 – 27 September 2009
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI  untuk maklumat lanjut
cover_pelanbisnes Nama Produk     : Contoh Rancangan Perniagaan Malaysia – Membongkar Rahsia Mencipta Pelan Bisnes
Ringkasan : Ebook ini memberikan maklumat tentang cara menyediakan pelan perniagaan . Terdapat 20 pelan bisnes yang disediakan , antaranya ialah bisnes cendawan, bisnes puyuh, bisnes salon, bisnes percetakan, bisnes penternakan kambing, bisnes kedai dobi, bisnes makanan ringan, bisnes penternakan keli, bisnes restoren, dan lain-lain.
Komisen : 0.25/lead
Syarat bayaran : Minima RM10 = 40 lead
Tempoh penyertaan : terbuka hingga diberitahu kelak
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI  untuk maklumat lanjut
cover-ceritaim Nama Produk : Cerita IM
Ringkasan : Ebook ini memberikan pelbagai kisah suka duka mereka yang terlibat didalam perniagaan internet di Malaysia.
Komisen : 0.25/lead
Syarat bayaran : Minima RM15 = 60 lead
Tempoh penyertaan : 4 September 2009 sehingga 04 Oktober 2009!
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI  untuk maklumat lanjut

Tags :

Penjelasan tentang pakej video buat duit dengan Youtube

Fuh! Lama sungguh saya tak update blog ini. Hampir sebulan lamanya. Ada juga membuat draft beberapa posting tapi tak berjaya juga untuk dipostkan sebab kekeringan idea. itu belum termasuk dengan line streamyx yang semakin menjadi-jadi “kelajuannya”.

Semasa saya sedang bercuti hari tu, ada menerima satu email dari Puan Lisa Hilmi yang memberikan serba sedikit penjelasaan tentang pakej video buat duit dengan youtube yang masih hangat dipasaran. Saya pun sebenarnya menerima banyak komen dan soalan tentang pakej video ini, cuma tiada peluang untuk menjawab kesemua soalan yang diajukan. Insyaallah saya akan cuba reply secara berperingkat.

Berikut adalah email yang dihantar pada 15 Mac 2009. Jika anda masih ragu-ragu dengan pakej ini, harap penjelasan ini serba sedikit akan memberikan anda lebih kefahaman tentangnya. Saya ada tambah sikit komen dalam ruangan “”
=====================================================

Salam

Email ini ditujukan khas untuk mereka yang masih belum membeli Pakej Video Youtube saya.
Saya menerima banyak email dan YM dari mereka-mereka yang masih tidak faham apa sebenarnya Pakej Video Youtube ini.
Ada yang fikir bahawa pakej ini ialah :
Sebenarnya,
Pakej Video Youtube ini merupakan sebuah pakej BIMBINGAN, dimana anda akan diajar dengan ILMU dan PANDUAN bagaimana menghasilkan pendapatan yang lumayan sebagai seorang Agen Affiliate dan menggunakan Youtube sebagai medium untuk mempromosikan produk-produk affiliate secara besar-besaran.
Anda perlu faham bahawa, lebih ramai yang menonton video yang anda upload di youtube, lebih tinggi kebarangkalian untuk mereka klik link affiliate anda. Dari klik tersebut, tidak mustahul anda akan berjaya membuat jualan dan seterusnya menerima komisen.
Untuk pengetahuan anda telah ada seorang remaja berusia 19 tahun yang telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih RM14,000 di dalam masa 2 bulan setelah mempelajari teknik-teknik yang diajar di dalam pakej saya.
Memang teknik ni sangat mudah sebab saya sendiri telah berjaya menjana pendapatan dari program affiliate Clickbank dengan menggunakan teknik ini. Buktinya boleh semak disini.
Adakah teknik-teknik saya ini memerlukan anda mengeluarkan modal lagi? Jawapannya TIDAK. Tiada modal diperlukan untuk menjalankan teknik-teknik saya ini. Apa yang perlu anda buat ialah FOKUS & USAHA.
Ya betul! memang anda tak perlukan sebarang modal tambahan lain. Tapi, kalau anda berminat nak pelajari lebih mendalam ilmu tentang program affiliate Clickbank, saya syorkan anda membeli ebook Panduan Clicbank berharga RM49. Saya sendiri mendapat banyak ilmu dari ebook ini. Pelaburan untuk ilmu, jika dimanfaatkan, pasti akan berbaloi.
Adakah anda perlu membina website? Jawapannya TIDAK perlu sama sekali kerana anda akan menggunakan video sebagai alatan promosi.
Anda memang tak perlu fikirkan tentang pembinaan sebarang laman web. Tapi kalau anda nak tahu bagaimana nak memilih sebuah laman web yang berpotensi tinggi untuk “menjual”, saya banyak belajar dari ebook Panduan Clickbank ini.
Adakah pakej ini sesuai untuk mereka yang Buta IT? Jawapannya SESUAI kerana pakej ini akan mengajar anda melalui Video Tutorial secara langkah demi langkah, anda tonton dan lakukan semula. Ianya amat mudah dipraktikkan.
Memang tak susah nak memahami video tutorial ini. Dengan sedikit usaha untuk mencuba, tak sukar mempraktikkannya.
Berapa pendapatan yang boleh anda hasilkan? Jawapannya bergantung kepada usaha dan kerajinan anda. Jika ada remaja berumur 19 tahun berjaya menghasilkan RM14,000 di dalam masa 2 bulan, mengapa anda tidak boleh melakukannya? Yang penting ialah USAHA & KERAJINAN.
Sudah tentu tiada jaminan berapa yang bakal anda perolehi, tetapi dengan usaha (yang betul) dan tak mudah putus asa, ia bukanlah mustahil
Oleh itu, janganlah membuang masa anda lagi. Pelajarilah teknik-teknik yang 100% terbukti berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian pakej sila klik link di bawah :

http://asmawati.com/syorkan/pakejvideo
Apa yang paling saya suka tentang pakej ini ialah Bantuan Secara Online Melalui Yahoo Messanger (YM) bersama Puan Lisa. Saya sendiri telah menggunakannya dan setelah beberapa hari berkomunikasi, akhirnya telah berjaya membuat jualan yang tidak disangka-sangka. Memang lain rasanya bila berguru secara live dari mereka yang benar-benar pakar.

Tags : , , , ,