Bagaimana Nak Buat Duit Percuma Dengan Program Pay per Lead

Lebih seminggu saya tidak membuat sebarang posting terbaru. Maklumla baru sahaja kembali dari bercuti di kampung halaman. Selain pulang ke Kelantan (rumah husband), cuti kali ni kami sekeluarga turut bercuti di Kodiang, Kedah (kampung mak saya) . Percutian kali ni turut disertai oleh mak, ayah dan adik-beradik yang lain.Sempat jugak shopping sikit-sikit di Padang Besaq.

Okla, berbalik kepada tajuk kali ini iaitu tentang program pay per lead. Semakin ramai yang berjaya buat duit percuma dengan program PPL ini. Ini kerana ia begitu mudah.

Apakah sebenarnya program pay per lead atau ringkasnya PPL?

PPL ialah salah satu bentuk program affiliate dimana peserta PPL biasanya akan menerima bayaran hasil daripada leads yang berjaya mereka hasilkan dari link affiliate mereka.

Satu lead dikira untuk setiap pendaftaran yang biasanya melibatkan maklumat sekurang-kurangnya  nama dan alamat email. Dan ada juga yang memerlukan lebih banyak maklumat diisi. Hanya borang yang lengkap diisi sahaja akan dikira layak untuk komisen.

Program PPL lebih mudah dipromosikan kerana biasanya produk yang dipromosikan adalah percuma. Anda hanya promosikan link affiliate anda , prospek akan mendaftarkan maklumat mereka untuk mendapatkan produk percuma tersebut.. dan anda akan dapat komisen! Tiada sebarang bayaran dikenakan!

Kebanyakan penganjur program PPL ini mensasarkan untuk mengumpulkan “mailing list” untuk produk yang akan mereka jual . Senarai email ini adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pemasaran internet. Jadi, tidak hairanlah kenapa pihak penganjur sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membayar kepada affiliate yang menyertai program PPL mereka.

Sebelum sertai apa jua PPL, anda juga perlu pastikan apakah syarat-syaratnya. Ada program PPL yang dibuka untuk waktu terhad sahaja. Dan ada juga yang menetapkan bayaran minima untuk melayakkan anda menerima komisen. Jadi, baca dan fahami dulu syarat-syaratnya ye!

Okla, mari kita ikuti langkah-langkah yang biasanya diperlukan untuk membuat duit dengan PPL.Terdapat 2 bahagian dalam proses ini.

Proses 1 : Mendapatkan produk percuma.

Langkah 1 – Pergi ke mana-mana laman web PPL yang dipromosikan

Langkah 2 – daftarkan maklumat anda seperti nama dan alamat email

Langkah 3 – Semak email dari penganjur dan klik link pengesahan yang diberikan

Langkah 4 – Anda akan dibawa ke web untuk download produk percuma tersebut .

Langkah 5 – Anda juga akan dimaklumkan tentang kaedah untuk mendaftar sebagai agen PPL.

Proses 2 : Mendaftar program PPL

Langkah 1 – Lawat link affiliate yang diberikan oleh penganjur

Langkah 2 – Daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan

Langkah 3 – Apabila pendaftaran berjaya, anda akan diberikan link affiliate anda sendiri seperti http://www.janaduitonline.com/panduanppl/index.php?ref=wati77

Langkah 4 – Promosikan laman web anda kepada orang ramai. Biasanya anda akan dibekalkan dengan pelbagai tools untuk promosi seperti banner dan artikel yang boleh anda gunakan.

Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan produk PPL, antaranya  ini melalui forum, blog atau apa jua cara pengiklanan yang anda rasakan berbaloi dan berkesan.

Semoga berjaya!

13 Cara untuk Buat Duit di Internet

Kita semua tahu bahawa memang ada banyak cara untuk buat duit di internet. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu ebook percuma yang akan menunjukkan kepada anda 13 Cara Untuk Membuat Duit di Internet.

Memang diakui ada banyak ebook yang memberikan kita pelbagai cara buat duit. Ebook yang setebal 93 mukasurat (wow! banyak tu untuk sebuah ebook percuma) memang lain dari yang lain. Isinya padat dan lengkap walaupun ia percuma.

Walaupun ada sebahagian dari cara buat duit yang diceritakan dalam ebook ni saya dah tahu, tapi ada juga idea baru yang diketengahkan. Jadi memang tak rugi kalau anda download ebook ni. Cara nak download senang je.

1. Pergi ke laman web ini
2. Masukkan nama dan alamat email anda yang aktif
3. Tekan butang “Dowload Panduan Percuma”
4. Semak akaun email anda dan cari email dari “Anwar Yassin”
5. Klik pada link pengesahan yang diberikan
6. Anda akan dapat satu lagi email yang akan memberikan link untuk download panduan ni dan link untuk anda buat duit dengan hanya menyebarkan ebook ni.
7. Jangan lupa baca ebook ni sebab ada banyak ilmu yang boleh anda manfaatkan.

Senang je kan? Pilihan terletak di tangan anda.

Anda download – baca – aplikasikan ilmu – dapat buat duit
Anda download – baca – tapi tak aplikasikan ilmu – tak dapat buat duit
Anda download – tak baca – tak dapat aplikasikan ilmu – tak dapat buat duit
Anda tak download – tak dapat baca – tak dapat aplikasikan ilmu – tak dapat buat duit
Anda download – promosikan – pun dapat buat duit jugak!

Download Percuma – Rahsia Usahawan Internet Malaysia Dibongkar!

Saya baru sahaja habis membaca satu laporan bertajuk “Rahsia Usahawan Internet” yang ditulis oleh Ammar Zahar. Mungkin saya agak terlambat menulis tentangnya, tapi “better late than never”.

Okla, laporan ni sebenarnya dalam format transkrip temuramah dimana penulis telah menemuramah 6 orang usahawan internet malaysia yang telah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing. Usahawan internet tersebut adalah Smartzul, Abooain, Shuth, Yusry, Eruwan dan Amirol.

Laporan ni mempunyai 100 mukasurat. Memang agak tebal jugak untuk sebuah laporan percuma. Tapi oleh sebab ia didalam konsep temuramah, takde la rasa boring membacanya. Seronok sebenarnya membaca laporan ni sebab kita rasa macam kita sendiri pulak yang berborak dengan usahawan internet ni.

Kat sini saya nak share sikit antara rahsia yang dibongkarkan oleh usahawan internet ini;

Bekerja secara profesional dan anda akan jadi profesional. Tetapkan matlamat dan garis panduan yang perlu diikuti. Sentiasa belajar dan berusaha atas apa yang dilakukan – Amirol

Cari masalah… cari penyelesaian… dan “match”kan. InsyaAllah anda akan buat duit daripadanya.
- Shuth

Ada banyak lagi rahsia dari usahawan internet laEbook ini mempunyai 100 mukasurat dan memang sarat dengan pelbagai informasi. Bukan senang kita nak dengar kisah sebenar disebalik kejayaan usahawan-usahawan internet malaysia ini. Jadi ebook “Rahsia Usahawan Internet” ini memang wajar dimiliki oleh sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan melalui internet

Download Laporan “Rahsia Usahawan Internet Malaysia” sekarang juga

Download Rahsia Trafik – Video Marketing (Edisi Percuma) sekarang!

rahsia trafik- video marketing

Hari ini saya telah selesai membaca sebuah laporan terbaru yang dihasilkan oleh seorang IM tempatan iaitu Hairi a.k.a TheReds di forum WangCyber.

Laporan ini menceritakan secara terpeinci bagaimana anda boleh menjana beribu-ribu pelawat ke laman web anda secara PERCUMA melalui teknik video marketing.

Mungkin anda pernah dengar tentang teknik ini tapi tidak tahu bagaimana hendak mengaplikasikannya. Jangan risau sebab Hairi akan tunjukkan cara melakukannya secara langkah-demi-langkah dalam bahasa yang ringkas dan gambar yang banyak untuk memudahkan anda memahaminya.

Dapatkan segera Laporan Rahsia Trafik – Video Marketing (Edisi Percuma) sekarang!

Lagi satu, Hairi bukan sahaja tunjukkan cara menjana trafik, tetapi dia juga akan berkongsi dengan anda pelan tindakan yang beliau gunakan. Ia adalah sangat penting jika anda benar-benar serius untuk berjaya menggunakan teknik ini.

Selain tu, Hairi juga ada satu teknik rahsia yang boleh membuatkan pakar SEO terduduk pakar-pakar SEO terduduk dan sakit hati melihat betapa mudahnya google search memberi laluan kepada video-video daripada Youtube untuk berada di ranking yang baik dalam enjin carian mereka

Dapatkan segera Laporan Rahsia Trafik – Video Marketing (Edisi Percuma) sekarang!

Hairi juga ada sediakan satu peluang buat duit untuk anda melalui program affiliate pay-per-lead. Anda akan dibayar sebanyak 20sen untuk setiap download.

Harap laporan ini akan dapat membantu anda menjana pendapatan di internet!

Harga minyak naik lagi! Jom kita buat duit

Saya pasti anda dah tahu berita paling hangat sekarang ni ialah
kenaikan hanrga minyak yang mencecah 40%. Bagi saya ia adalah
kenaikan yang paling besar setakat ni.

Sebagai rakyat biasa, tiada apa yang boleh kita buat selain
berjimat cermat dan menambahkan lagi pendapatan. Kalau dulu kita
sekadar bekerja, nampaknya gaji yang diperolehi dah tak dapat
nak tampung perbelanjaan yang semakin meningkat.

Bagi saya, saya sangat bersyukur sebab perniagaan sambilan melalui
internet yang saya jalankan sejak beberapa tahun lepas dah semakin
membuahkan hasil. Jika tidak, tak tahulah macam mana keadaannya.
Sekurang-kurangnya ia dapat juga serba sedikit menampung perbelanjaan
yang semakin meningkat.

Okla, berbalik kepada buat duit di internet. Saya nak share beberapa
lagi peluang untuk anda buat duit percuma. Hanya daftar dan edarkan
laporan-laporan percuma di bawah. Anda akan dibayar untuk setiap
referral yang berjaya anda perolehi;

http://simurl.com/pemasaranemail
dan juga
http://simurl.com/imcure
http://simurl.com/cashpullingblog

Selain tu , jika anda berminat dengan program Adsense, saya
galakkan anda mendapatkan pakej Jana Wang Adsense 2.0 yang
baru sahaja dibuka semula jualannya hari ini. Jualannya telah
ditutup sejak 28 Mei yang lalu. Ia memang produk yang hebat, sebab
belum pernah mana-mana produk tempatan ditutup jualannya sebab
server jammed!

Saya tak pasti sampai bila ia akan dibuka. Saya pun baru sahaja
membelinya setelah beberapa kali terlepas. Kalau anda serius untuk
buat duit dengan Adsense – anda perlu dapatkannya sekarang juga.

Hanya klik web JWA sekarang juga
http://simurl.com/jwa

Jika anda benar-benar mengikuti panduan yang diberikan, tak susah
untuk mendapatkan semula modal yang telah dikeluarkan. Yang penting,
ilmu yang diperolehi boleh anda aplikasikan untuk menjana wang
berulang-ulang kali – omputeh kata “passive income”

Cukuplah buat masa sekarang ye. Kalau anda nak tahu apa pendapat

orang lain tentang kenaikan harga minyak ni, jom jenguk

Pendapat Dr.Mahathir tentang Oil Price
Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?
Harga Minyak Malaysia Naik
Harga Barang Naik Maknanya Usaha Kena Naik Juga
Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?
Propaganda kenaikan harga minyak
Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi..

Dan sebagai selingan, boleh jugak jenguk video Ubah Cara Hidup ni di Youtube.

Next Page »