ebook melayu
Teknik Menjana Wang Melalui Clickbank
Ramai di kalangan kita mengetahui bahawa salah satu lubuk buat duit USD ialah melalui program affiliate Clickbank. Ramai rakyat malaysia yang sudah menjana wang melalui Clickbank ini. Saya juga berjaya membuat duit melalui clickbank – walaupun tidaklah begitu konsisten. Tapi pernahla merasa hasil dari Clickbank.
Ada banyak juga buku panduan tentang buat duit dengan clickbank yang ditulis dalam Bahasa Melayu, tetapi kebanyakannya sudah tidak aktif dijual. Baru-baru ini , satu lagi ebook tentang buat duit dengan clickbank telah dilancarkan oleh saudara Zyan. Ia diberi tajuk Teknik Clickbank .
Pada saya ebook ini agak lengkap. Bahkan panduan percuma yang diberikan oleh Zyan juga sudah boleh membantu anda bermula untuk membuat duit dengan Clickbank secara PERCUMA.
Manakala versi berbayar pastinya memberikan ilmu yang tidak ternilai sebab Zyan akan mendedahkan pelbagai senjata rahsia yang beliau gunakan didalam menjana pendapatan pasif melalui Clickbank.
Secara ringkasnya Teknik Clickbank akan membincangkan tentang;
1. Daftar Clickbank
2. Pilih produk berkualiti yang nak dijual – akan ditunjukkan apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat pemilihan
3. Pilih keywords berkualiti yang berkaitan dengan produk tersebut – Akan ditunjukkan cara guna GKT dalam mendapatkan keyword yang berkualiti. Serta ciri lain yang perlu dipertimbangkan.
4. Bina landing page secara percuma (blogspot, squidoo, youtube, etc ) atau berbayar seperti domain .com – Zyan juga akan berikan contoh landing page yang dia gunakan.
5. Promosi landing page – teknik promosi atau pemasaran laman web adalah yang paling penting untuk dikuasai sebab tanpa pengunjung yang ramai, agak sukar untuk anda membuat jualan. Ia juga memerlukan usaha yang berterusan dalam jangka masa yang agak panjang. Dan ramai akan tersangkut disini (termasuk saya la tu)
Melalui ebook ini, Zyan akan kongsikan teknik promosi yang dia gunakan. Ada yang percuma dan ada juga yang memerlukan modal. Terserah kepada anda untuk memilih teknik yang sesuai dengan masa, kewangan dan keupayaan anda.
Zyan juga akan kongsikan dengan anda Action Plan yang boleh digunakan dalam proses nak buat duit dengan clickbank ni. Maklumlah, tanpa perancangan yang betul, usaha kita mungkin akan sia-sia saja.
Okla, saya dah tak nak berceloteh panjang lagi, jika anda berminat nak buat duit dengan clickbank ni bolehla dapatkan ebook Teknik Clickbank di sini http://bit.ly/teknikcbbb . Pastinya berbaloi apabila pelaburan ilmu yang kita perolehi inin kita diaplikasikan. Saya sendiri dalam proses mengaplikasikan beberapa teknik yang diajar.
Panduan Asas Paypal Terlengkap – 2010!
Amat sukar untuk menemui panduan asas yang detail penerangannya, seperti tiada seinci pun yang tertinggal. Ya, begitulah yang saya maksudkan terhadap ebook Panduan Asas Paypal, terbitan SmartUsaha yang tidak asing lagi dalam dunia Internet Marketing Malaysia.
Walaupun panduan ini asas, namun asasnya diterang dengan teliti, tersusun dan langkah demi langkah. Saya amat yakin, panduan ini akan memberi kefahaman yang baik untuk kebanyakan mereka yang masih tidak faham apa itu Paypal.
Walaupun perbincangan mengenai Paypal begitu banyak di Internet, namun anda setuju jika saya katakan, begitu banyak maklumat yang sudah tidak relevan. Perbincangan pula berterabur tidak tersusun rapi, menyebabkan anda pening kepala untuk memahami sesuatu perkara berkaitan Paypal.
Panduan (ebook) ini diterbitkan dengan harapan anda boleh memahami mengenai asas Paypal paling cepat dalam masa satu hari. Ia tidak mustahil kerana sebahagian besar maklumat asas dan penting Paypal ada di dalam ebook ini.
Ebook ini menerangkan cara pendaftaran akaun paypal, pemilihan kad debit, pengesahan akaun Paypal dan yang terpenting, apakah perkara penting untuk dilakukan agar proses pengesahan akaun tidak gagal.
Untuk memudahkan lagi proses belajar dan memahami, penerbit ebook ini membekalkan juga video penerangan ringkas untuk setiap topik yang ada di dalam ebook. Nah, berbaloi bukan?
Kata penerbit produk ini, harganya adalah mampu milik dan tidak akan diletak harga terlalu mahal. Dengan niat dan matlamat, agar rakyat Malaysia mengenali Paypal dan menggunakannya.
Oh, ya. Forum komuniti perbincangan khas mengenai Paypal juga disediakan khas untuk pembeli secara percuma tanpa kos tambahan. Menarik bukan? Memang berbaloi.
Dapatkan pakej panduan ini di http://bit.ly/asaspaypal
Selamat ber-Paypal!
PS. Sudah ada akaun Paypal nanti, anda boleh belajar pula cara buat duit! Bayaran komisen GDI pun boleh anda terima terus melalui Paypal!
Jangan beli pakej video buat duit dengan youtube
Hari ni saya nak bercerita tentang produk Pakej Video Buat Duit Dengan Youtube yang pernah hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia yang berminat nak buat duit di internet. Sudah hampir setahun saya membeli pakej video tersebut. Alhamdulillah sebab saya pernah merasa pulangan hasil dari mengaplikasikan teknik tersebut.

Anda boleh rujuk posting saya yang terdahulu disini
http://asmawati.com/akhirnya-berhasil-jugak-usaha-saya-buat-duit-dari-youtube/
http://asmawati.com/penjelasan-tentang-pakej-video-buat-duit-dengan-youtube/
http://asmawati.com/cek-clickbank-pertamaku/
http://asmawati.com/akhirnya-cek-clickbank-dah-tukar-jadi-duit/
Ia memang sebuah teknik promosi laman web yang sangat berkesan pada saya. Tetapi, sudah agak lama saya tidak mengaplikasikannya, atas sebab kesibukan dan kelemahan diri saya sendiri. Tapi, tak mustahil saya akan start semula apply teknik ini sebab saya tahu ia memang berkesan. Memang tak rugi kalau kita melabur untuk ilmu, insyaallah akan bermanfaat kalau diaplikasikan. Bagi saya dalam proses buat duit di internet ni, kalau saya tak usahakan , memang takkan dapat hasilnya.
Ok, kembali kepada tajuk post kali ini…
Akhir-akhir ini, saya menerima banyak sms dan email yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima produk “Panduan Buat Duit Dengan Youtube” ini walaupun telah membuat bayaran. Ada yang sudah lebih 1 minggu menanti, tapi masih belum mendapat produk yang diidamkan.
Walaupun saya bukanlah pemilik laman web tersebut, tetapi saya merasa bertanggungjawab untuk mengingatkan anda tentang masalah ini. sebab testimoni saya ada terpampang di web jualannya. Jadi, kalau anda berniat nak beli produk ini, harap dapat ingat tentang risiko ini. Sebab saya tak pasti, kalau ia terjadi pada semua pembeli atau hanya sebahagian sahaja.
Post ini bukan berniat untuk memburukkan sesiapa. Ia sekadar peringatan kepada mereka yang berniat untuk membeli pakej video buat duit dengan youtube agar menimbangkan risiko yang mungkin akan anda hadapi.
Saya sendiri sudah lama tidak menerima sebarang update dari pihak puan lisa hilmi. Email terakhir yang diterima adalah tentang penukaran pengurusan laman web pakej video tersebut dan pemberian bonus kepada pembeli pakej tersebut. Dibawah ialah email yang diterima.
MEGABONUS bernilai RM1139 untuk pembeli Pakej Video Youtube
Sunday, 23 August, 2009 3:10 PM
From: “lisa hilmi” Add sender to Contacts
To: “wati”
Salam,Bermula pada hari ini pihak Team A-Class telah
mengambil alih pengurusan perniagaan LisaHilmi.com.Sebagai tanda permulaan pihak Team A-Class
dengan berbesar hati akan memberikan MEGABONUS
bernilai RM1139 kepada semua pembeli PAKEJ
VIDEO YOUTUBE bermula dari hari ini.Pek MEGABONUS ini mengandungi 10 jenis
produk digital yang bermutu tinggi.Untuk melihat MEGABONUS yang ditawarkan,
sila klik link di bawah –>
xxxxPihak kami yakin anda pasti akan teruja melihat
bonus-bonus yang ditawarkan dan yang paling
penting sekali ialah BONUS-BONUS INI
BOLEH ANDA JUAL SEMULA!Ini bermakna selain dari dapat memiliki pelbagai
ilmu dari pakej dan megabonus kami, anda juga
mendapat hak eksklusif untuk menjual semula
Megabonus yang diberikan dan anda ambil
semua keuntungannya 100%Tidakkah tawaran ini sangat hebat?
xxxxx
Salam perkenalan,
Team A-Class
www.pakejbimbingan.com
Hingga kini, saya sudah tidak menerima sebarang email update dari pihak Pengurusan web tersebut. Saya juga tidak dapat berhubung dengan beliau melalui YM. Ada yang mengatakan id YM tersebut sudah tidak valid.
Bayaran komisen bagi affiliate juga sudah lama tidak diterima walaupun saya berjaya membuat beberapa jualan. Komisen terakhir diterima pada 22 Jun 2009.
Atas sebab -sebab diatas, diharap anda akan lebih berhati-hati. Mungkin boleh hubungi pihak pengurusan web terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Jika ada yang sudah membeli pakej video ini baru-baru ini, harap dapat berikan komen anda.
UPDATE:(11 Januari 2010)
Pihak pengurusan Lisa Hilmi ada membuat penjelasan tentang persoalan yang saya timbulkan didalam blog ini. Berikut adalah respon dari mereka.
Email dari saya;
Assalamualaikum,Saya merupakan salah seorang affiliate pakej video lisahilmi. Harap dapat buat bayaran affiliate yang tertangguh sekian lama.
Username affiliate saya ialah wati77 (Asmawati Abdul Manap)
Juga boleh rujuk blog pos saya disini http://asmawati.com/jangan-beli-pakej-video-buat-duit-dengan-youtube/
kerana saya agak kecewa dengan pengurusan baru ini.Semoga kita semua akan mendapat rezeki yang halal,.TQ
Salam sukses!
Jawapan dari pihak pengurusan;
salam,Satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh pihak audit yg dilantik oleh pn.lisa sendiri mengenai status pembayaran komisen pada hari Isnin 18 Januari 2010 di bahagian buletin affiliate.
Mengenai kes produk tidak dihantar, utk makluman anda pihak kami telah menghantar semua produk yg dipesan tetapi ada beberapa kes dimana pembeli memberikan email yg silap iaitu perbezaan antara yahoo.com dgn yahoo.com.my, ini merupakan punca mengapa ada pembeli yg tidak menerima email link download dan kami hanya akan mengetahui kesilapan ini apabila pembeli tersebut komplen tidak menerima produk dgn menggunakan email yg sebenarnya, dan kami akan menghantar semula email link download ke email sebenar beliau.
Harap Maklum
Terimakasih,
Team A-Class
(Management of LisaHilmi.com)
Dengan penjelasan tersebut, saya harap , sesiapa yang masih belum dapat produk harap dapat hubungi pihak admin. Buat yang telah membuat bayaran, harap dapat memberikan maklumat yang lengkap dan BETUL. Kita nantikan sebarang update pada 18 Januari ini. Buat yang sudah beli, jangan lupa apply, atau ia takkan memberikan sebarang kesan kepada income kita.
Ebook Percuma – Mari Buat Duit Dengan Ebook
Nampaknya dunia IM Malaysia makin meriah. Tiap hari ada je produk baru dilancarkan. Tak kisahla free atau berbayar.
Hari ni saya nak kongsi satu lagi ebook percuma bertajuk “Mari Buat Duit Dengan Ebook” yang ditulis oleh En.Jamal ~ Penulis ebook Rahsia Temuduga Kerajaan.
Saya pasti sebelum ini, ramai yang mencari-cari bagaimana caranya untuk membuat sebuah ebook. Dari proses mencari idea hinggalah memasarkan ebook tersebut.
Ebook ini menerangkan pelbagai perkara penting dalam membuat ebook. Walaupun ia percuma, tapi dengan 83 mukasurat, banyak ilmu yang boleh anda perolehi. Siap ada peta minda dan carta aliran lagi bagaimana sesuatu proses membuat ebook dijalankan.
Dapatkan sekarang dengan klik banner BuatEbook dibawah
Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?
Salah satu topik paling panas dalam program buat duit di internet di Malaysia ialah program buat duit dengan Clickbank. Sejak testimoni saya keluar di web pakej video oleh Puan Lisa Hilmi, ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan cara nak buat duit dengan clickbank.

Dan salah satu-satunya produk yang sarankan kepada mereka ialah ebook Panduan Clickbank yang ditulis oleh saudara Mawardee. Ia adalah ebook yang sangat padat dan sesuai dibaca oleh mereka yang tercari-cari maklumat buat duit dengan clickbank dalam bahasa Melayu.
Download di http://asmawati.com/syorkan/panduanclickbank
Kini, Mawardee telah keluarkan satu laporan percuma bertajuk “10 Formula Clickbank”. Saya dah download dan baca ebook ini. Walaupun sekadar 32 mukasurat, banyak informasi baru yang dapat dipelajari.
Laporan ini adalah percuma jika anda download sebelum 2 Oktober (Jumaat) , sebelum jam 3.30 petang. Ia adalah sempena Jualan Penghabisan Stok produk “Panduan Clickbank”.
Download sekarang sebeleum ia dijual pada harga RM67!
http://asmawati.com/syorkan/panduanclickbank










