ebook melayu
Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email
Apa khabar? Saya harap anda sihat di samping keluarga dan orang tersayang. Minggu ini saya agak sibuk membetulkan web-web saya yang diserang virus. Walaupun belum pulih sepenuhnya, harap ia akan elok dalam minggu depan.
Sebelum saya sentuh berkenaan dengan tajuk yang saya nyatakan di atas,saya ada buah tangan untuk anda, iaitu sebuah laporan percuma berkenaan Kuasa Pemasaran Email.

Hari ini saya ingin mendedahkan satu rahsia yang sebenarnya bukan lagi rahsia di kalangan super affiliate. Rahsia tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah melalui pemasaran email.
Review : Panduan Asas Blogger
Sekarang ni memiliki sebuah blog dah menjadi seperti satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki laman web sendiri di internet. Tak kira la samaada blog anda ber”niche” kan tentang buat duit ataupun sekadar blog peribadi. Jika blog anda memberikan isi kandungan yang baik dan menarik, pastinya ramai yang sudi menjadi pembaca setia.
Membuat blog sendiri tidaklah susah sangat. Hanya dengan beberapa klik sahaja, anda dah boleh miliki blog anda sendiri.
Hari ini saya nak review sebuah ebook yang masih baru dilancarkan iaitu “Panduan Asas Blogger: Panduan Asas Lengkap Untuk Blogger” yang ditulis oleh Yazid Yahya dan diterbitkan oleh Jamaludin Bahari.

Jelas dari tajuknya , ebook ini memang memberikan panduan asas sahaja tentang bagaimana anda boleh memiliki blog anda sendiri. Jika anda sudahpun berjaya membuat blog sendiri (di blogspot atau wordpress), ebook ini memang tak sesuai untuk anda. Ia khas untuk mereka yang memang langsung tak tahu macam mana nak membuat blog.
Ebook ni ada 234 mukasurat tau! Untuk 100 mukasurat pertama, anda akan didedahkan dengan langkah demi langkah cara membuat blog percuma ( di subdomain blogspot.com atau wordpress.com) . Ada juga ditunjukkan cara nak setup blog wordpress untuk blog .com anda sendiri.Memang mudah untuk memahami dan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan didalam ebook ini.
Bahagian kedua ebook ini menceritakan tentang teknik mendapatkan trafik ke blog yang telah disiapkan. Agak banyak teknik yang ditunjukkan. Terpulang kepada anda hendak memilih untuk mendalami dan mengaplikasikan teknik yang mana satu. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat serba sikit idea bagaimana nak mempromosikan blog anda nanti.
Bahagian ketiga pula menceritakan tentang nama domain, cpanel dan webhosting. Agak detail penerangannya dan mudah difahami sebab disertakan dengan banyak gambar. Banyak benda yang boleh anda pelajari terutamanya bagi mereka yang ingin membeli atau baru sahaja membeli nama domain .com sendiri.
Bahagian keempat pula menceritakan tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan blog. Agak ringkas isi kandungan didalam bahagian ini. Hanya 2 mukasurat sahaja. Ia sekadar memberikan anda beberapa idea buat duit melalui blog sahaja.
Lagi satu, anda juga turut diberikan 3 buah video tentang Cpanel dan Wordpress untuk domain berbayar. Tapi video ni takde suara, ia lebih berbentuk slideshow dimana anda perlu membaca sendiri apa yang ingin disampaikan. Tak susah nak faham, insyaallah anda boleh ikuti langkah-langkahnya.
Dengan setiap pembelian, anda juga akan dapat diskaun untuk beberapa produk lain. Nak tahu apa produknya? Kenalah klik kat sini.
Okla, dah agak panjang review yang saya tuliskan. Bagi saya, isi kandungan ebook ini agak bagus terutamanya untuk mereka yang memang zero dalam teknik membuat blog. Jadi, selepas ini, kalau ada yang bertanya tentang cara nak buat blog, saya memang syorkan ebook ini kepada anda. Banyak ilmu yang bakal anda perolehi.
Daptkannya sekarang! Anda juga bloleh download ebook preview percuma disini.

Ebook dan Video bernilai RM197 – Percuma Dari DuitMania!
Hari ni saya ada satu berita ringkas lagi panas untuk anda. Pastinya berita seperti adalah yang ditunggu-tunggu disaat semakin ramai mencar-cari peluang membuat duit di internet.
Sahabat saya, Ammar Zahar ingin berkongsi rahsia dia buat duit di internet. Beliau , seorang pelajar
IPTA jana pendapatan 5 Angka setiap bulan.
Peluang sebegini takkan selalu muncul..
http://asmawati.com/syorkan/duitmania
Ammar ada sediakan ebook setebal 43 mukasurat yang menceritakan segala langkah dan cabang
buat duit di internet seperti:
* Buat duit jual produk digital
* Buat duit jual produk fizikal
* Blogging
* ebay
* Menjadi Super Affiliate
* Adsense
…dan banyak lagi!
Menariknya, ebook padat dengan ilmu ‘Bagaimana Nak Mula’ bisnes internet ini diberikan secara PERCUMA!
BUKAN itu saja..
Malah, Ammar sediakan video bernilai RM 197 yang menceritakan bagaimana beliau menjana pendapatan di internet.
Ia juga PERCUMA!
Tapi.. sesuatu yang best lagi PERCUMA macam ni biasanya tak kekal lama. Ammar maklumkan bahawa ia dihadkan kepada 5000 download sahaja. Jadi, jangan terlambat sebab akses baru sahaja dibuka hari ini.
Tiada kos untuk anda… semuanya PERCUMA!
Sememangnya rahsia inilah yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai orang. Rahsia seorang pelajar dalam bidang senibina landskap buat duit berbelas ribu setiap bulan dengan modal yang rendah.
Jangan lupa download ebook tersebut dan tonton video case study Ammar tu ya.
Kerana dia akan tarik tawaran ini pada bila-bila masa..
http://asmawati.com/syorkan/duitmania
Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.
Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.
Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet seperti ebook,produk resale rights dan sebagainya.
Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.
Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web,sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.
Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.
Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.
Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda mulai hari ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Private Label Right(PLR)?
PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:
1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.
2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.
3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.
4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.
Di sini saya ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja:
13 Cara untuk Buat Duit di Internet
Kita semua tahu bahawa memang ada banyak cara untuk buat duit di internet. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu ebook percuma yang akan menunjukkan kepada anda 13 Cara Untuk Membuat Duit di Internet.

Memang diakui ada banyak ebook yang memberikan kita pelbagai cara buat duit. Ebook yang setebal 93 mukasurat (wow! banyak tu untuk sebuah ebook percuma) memang lain dari yang lain. Isinya padat dan lengkap walaupun ia percuma.
Walaupun ada sebahagian dari cara buat duit yang diceritakan dalam ebook ni saya dah tahu, tapi ada juga idea baru yang diketengahkan. Jadi memang tak rugi kalau anda download ebook ni. Cara nak download senang je.
1. Pergi ke laman web ini
2. Masukkan nama dan alamat email anda yang aktif
3. Tekan butang “Dowload Panduan Percuma”
4. Semak akaun email anda dan cari email dari “Anwar Yassin”
5. Klik pada link pengesahan yang diberikan
6. Anda akan dapat satu lagi email yang akan memberikan link untuk download panduan ni dan link untuk anda buat duit dengan hanya menyebarkan ebook ni.
7. Jangan lupa baca ebook ni sebab ada banyak ilmu yang boleh anda manfaatkan.
Senang je kan? Pilihan terletak di tangan anda.
Anda download – baca – aplikasikan ilmu – dapat buat duit
Anda download – baca – tapi tak aplikasikan ilmu – tak dapat buat duit
Anda download – tak baca – tak dapat aplikasikan ilmu – tak dapat buat duit
Anda tak download – tak dapat baca – tak dapat aplikasikan ilmu – tak dapat buat duit
Anda download – promosikan – pun dapat buat duit jugak!










