Bank Negara Serbu Buluhmas, Jazmeen, Noradz dan Eastana Farm

Balik dari cuti beraya,rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita berkaitan perniagaan internet yang tak begitu sedap didengar , apa lagi kalau bukan pasal skim cepat kaya. Sebetulnya, antara keempat-empat syarikat yang diserbu tu, saya cuma pernah dengar nama BuluhMas je. Ada juga buat survey tentang apa yang ditawarkan. Tapi belum terbuka hati nak join sebab masih belum faham betul-betul apa yang ditawarkan.

Saya tak nak komen lebih-lebih pasal ni sebab ia masih didalam siasatan. Kita tunggu je la keputusannya nanti ye. Bagi saya setiap pelaburan ada risiko yang perlu ditanggung. dan labur wang yang “anda sanggup hilang”. Kalau anda ada RM10,000 dalam ASB, janganla dikeluarkan semuanya hanya kerana dijanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam masa singkat. Jangan sampai bergolok bergadai untuk melabur tapi kalau “terkena” anda terpaksa menanggung hutang keliling pinggang.

Okla, dah ramai yang ulas pasal benda ni, tiap orang ada pendapat sendiri. Jom baca keratan akhbar ni (in case anda tak baca lagi)

Ni petikan dari Utusan Malaysia 14/10/08.

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ni kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahun depan, entahkan sempat, entahkan tidak. Hari ni saya nak kongsikan satu email yang diterima dari seorang rakan. Dan saya juga ingin memohon maaf daripada jika ada yang tersalah dan tersilap. Jom kita tonton video klip

Hikmah Ramadhan – Rabbani

Ini pula liriknya. Marilah kita sama-sama hayati.

Hikmah Ramadan

Alhamdulillah… Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Iklan Merdeka Pertonas 2008 Memang Best

selamat hari merdeka Pertamanya saya nak ucapkan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51″ untuk seluruh rakyat Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.

Saya sangat tertarik dengan iklan Petronas yang terbaru sempena sambutan Kemerdekaaan Malaysia yang ke 51 ni. Ingatkan tahun ni Petronas tak buat apa-apa iklan merdeka. Sebab siaran pertama iklan ni saya tengok di TV3 adalah pada 19 Ogos 2008.

Ok, berbalik pasal iklan ni. Ia mengisahkan seorang penjual cempedak
yang mempunyai seorang anak bernama Aiman. Macam budak-budak lain,
Aiman ni akan mintak macam-macam dari ayah dia.

Aiman: “abah, boleh tak abah belikan aiman XXX ?

Abah :”Aiman, kalaulah abah ni banyak duit, bukan saje XXX , XXX pun abah akan belikan”

Walaupun agak kecewa, tapi dia tak putus asa. Dia akan cari idea jugak untuk mendapatkan apa yang dia hajatkan. Otak dia memang genius dan telah berjaya mencipta pelbagai produk hinggakan rumah dia menjadi tumpuan orang kampung.

8 tahun kemudian,Aiman pun dapat tawaran belajar ke Universiti. Aiman risau jugak takut permintaan dia tak dapat abah tunaikan macam sebelum ni. Diam tak diam, rupa-rupanya abah dah ada simpanan RM41,000 untuk Aiman. Jadi, dapatla Aiman sambung belajar.

10 tahun kemudian, tiba-tiba ada orang bawak motor besar singgah kat gerai cempedak abah. Rupa-rupanya itu adalah Aiman, yang dah belikan motosikal besar “Abah Punya”. Abah Aiman ni memang dari dulu idamkan nak dapat motor besar ni.

Memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Nak tau apa pengajarannya. Kenala hayati sendiri ni.

Klik untuk tengok iklan Hari Merdeka 2008 oleh Petronas di YouTube.

Next Page »