isu semasa
Tragedi Nurin Jazlin, Satu Lagi Peringatan
Pertamanya marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah buat arwah Nurin Jazlin yang telah disahkan meninggal dunia dan selamat dikebumikan hari jumaat lepas.Saya sendiri tak tahan menahan air mata bila memikirkan tentang apa yang dialami oleh anak kecil ni di akhir hayatnya.
Entah apalah seksaan dan deraan yang dilakukan oleh manusia berhati binatang itu. Sewajarnya dia diberikan hukuman yang berat dan bukan sekadar dipenjara atau dirotan.Buat ibu bapa dan kelurga terdekat, diharap anda terus bersabar menghadapi ujian dari-Nya.
Tragedi ini memberikan satu lagi peringatan kepada kita sebagai ibu bapa agar lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan memudaratkan anak-anak kita tanpa kita sedar. Saya tak menyalahkan ibu bapa arwah sebab daripada apa yang saya baca didalam blog Nurin Jazlin , itu adalah kali pertama dah terakhir dia keluar bersendirian tanpa ditemani sesiapa.
Bagi saya, tak ada ibu bapa yang inginkan perkara buruk terjadi kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang ada perkara di luar kawalan atau jangkaan kita. Saya sendiri pernah beberapa minit kehilangan anak sulung saya (Aisyah-4tahun) di pasar malam. Biasanya saya memang tak pernah pergi ke pasar malam tanpa suami. Maklumla, nak kawal 2 orang anak dengan perut yang sarat mengandung masa tu, mesti memenatkan.
Tapi, hari tu entah macam mana terasa bosan dan teringin sangat nak makan keropok lekor. Kami pun pergi ke pasar malam dekat rumah. Takde la jauh, tak sampai 5 minit pun jalan kaki. Lepas beli air, saya pun singgah kat gerai sebelah yang jual keropok. Bila dah siap beli, saya toleh tengok Aisyah takde. Menggelabah jadinya.
Then, saya nampak Aisyah tengah berjalan sorang-sorang sambil menangis dan ada seorang pakcik yang tanya dia kat mana mak? Cepat-cepat saya pergi kat dia. Nasib baik dia tak melintas jalan atau diculik (nauzubillah..mintak dijauhkan). Tak dapat bayangkan apa yang akan jadi.
Sejak hari tu memang saya serik. Dan ia memang satu pengajaran yang berguna untuk saya. Jangan sekali-kali lepaskan tangan anak kalau berjalan di pasar malam. Kalau agak-agak tak boleh nak control, tak payah pergi pasar malam atau jangan bawak mereka. Biar dia menangis tak ikut, daripada perkara buruk terjadi.
Akhir kata, semoga ini adalah berita terakhir yang kita dengar mengaitkan kanak-kanak yang tak berdosa. Untuk si pelaku, anda takkan lepas dari balasan atas segala perbuatan keji ni.
Selamat Berpuasa
Hari ini adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan. Rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkan kepada anda “Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak”.
Diharap amalan kita pada tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas. Tak pasti lagi adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan tahun depan.
Saya ada terjumpa ebook “Panduan Ibadah Puasa Ramadhan” ni. Harap ia dapat memberikan manfaat kepada saya dan anda.
Tawaran Istimewa Sempena Merdeka
Assalamualaikum/salam sejahtera,
Apa khabar? Harap sihat hendaknya. Hari ni saya nak umumkan beberapa perkara.
1) Tawaran Merdeka di Adikbijak
Adikbijak adalah satu porttal yang menjual pelbagai buku pendidikan untuk seisi keluarga. Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-50… atas rasa syukur dan ingin sama-sama meraikannya, juga sebagai tanda terima kasih ke atas sokongan rakan-rakan AdikBijak.com selama ini…
Mereka menawarkan 12 Pakej Istimewa yang khusus untuk bulan kemerdekaan ini sahaja. Setiap pakej adalah dalam tema tertentu dan berharga RM50 sahaja. Selain membeli, anda juga boleh buat duit dengan menyertai program affiliate yang disediakan. Komisen dibayar sehingga 3 level. Percuma je nak join.
Saya sendiri dah beli beberapa buku dari web ini menggunakan komisen yang diterima. Penghantaran produk pun cepat.
2) Daftar Bisnes Prepaid Mymode hanya RM50
Selain laman web TambahPendapatan.com, saya juga ada web MyPrepaidSMS.com yang khusus kepada perniagaan prepaid Mymode. Saya jalankan bisnes ni dah setahun. Alhamdulillah, income yang diperolehi tidak mengecewakan walaupun dibuat secara sambilan je.
Kalau anda guna handphone, patut pertimbangkan peluang bisnes prepaid ni. Sempena Merdeka ni, saya pun nak buat promosi sket.
Anda kini hanya perlu bayar RM50 sahaja untuk jadi ahli Mymode. Yuran keahlian sebenar ialah RM65, jadi saya sponsor RM15. Tapi..tawaran ni terhad kepada 10 orang pertama dan sehingga 31 Ogos ni je. Kalau takde syarat, bukan tawaran terhad la namanya kan?
Jadi, jangan berlengah lagi sebab hingga hari ni ada 8 tempat je lagi. Kalau anda orang yang ke-11 nak daftar, perlu bayar RM65. Untuk Mymode ni, saya juga dah siapkan “eKursus Tips Mymode” khas untuk downline saya. Dimana anda akan dapat follow-up secara konsisten dari saya. Ia juga akan diberikan kepada downline anda juga.
3) Ebook PERCUMA untuk anda
Sebuah lagi ebook dalam Bahasa Melayu yang bertajuk “Membina Web Berjaya” dah dilancarkan. Saya dah membacanya dan bagi saya ia sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak mulakan apa jua bisnes internet.
Okla, diharap update hari ini serba sedikit akan membantu anda untuk lebih berjaya.
Salam sukses!
P.S:
Zul Smartusaha baru sahaja buat relaunch untuk Pakej Blogger Kit beliau, ada tawaran terhad yang menarik disediakan. Kalau belum dapatkannya, bolehla beli sekarang. Memang berbaloi pelaburan anda tu.
Selamat Tahun Baru 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada anda. Jadi sudahkah anda membuat Perancangan untuk 2007? Pastinya tanpa sebarang perancangan, sukar untuk mencapai apa yang kita ingini.
Tahun 2006 benar-benar memberikan pengalaman yang menarik untuk saya kerana pada tahun inilah TambahPendapatan.com di mulakan. Tahun ini juga, saya memberanikan menulis diblog http://kerjadarirumah.blospot.com dan kemudian berpindah kerumah sendiri dengan domain TambahPendapatan.com.
Hari ini juga telah genap 2 tahun saya menyertai perniagaan MLM Online bersama Cybershop2u dan Team700. Ia merupakan program internet pertama yang saya sertai secara serius. Maklumla sebelum ini saya tak pernah berminat dengan MLM. Walaupun ketika itu saya masih belum mempunyai akses internet dirumah, tetapi saya sangat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi.
Dan kini sempena tahun 2007, laman web Cybershop2u juga telah berwajah baru, diharap ia akan memberikan lebih keyakinan untuk warga internet di Malaysia yang berminat untuk menyertainya.
Tahun 2007 ini pastinya saya mengharapkan perkara yang lebih baik dari tahun 2006. Insya allah dengan perancangan yang telah diatur dan usaha, saya yakin ia akan dapat dicapai.
Okla, catatan hari ini sangat ringkas sebenarnya. Diharap anda akan terus maju didalam apa jua perniagaan/program internet yang anda sertai.
Salam sukses!
Menjaga Keselamatan Telefon Bimbit Anda
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini saya ada menerima satu tips berkaitan tentang bagaimana kita boleh membuatkan telefon bimbit kita tidak boleh digunakan jika ia hilang atau dicuri.
Walaupun ia tidak ada� kena mengena dengan sebarang perniagaan internet, namun kita semua tahu yang telefon bimbit ni sangat penting untuk komunikasi terutamanya untuk urusan harian mahupun perniagaan.
Melalui tips yang diberikan, ia� dapat mengelakkan telefon bimbit� anda� daripada dijual. Walaupun� anda mungkin tidak akan menemuinya lagi, tapi mesti puas hati kan kalau orang yang mencurinya tak dapat menggunakannya atau menjualnya.
Bagaimana caranya? Ia sebenarnya sangat mudah.� Tahukah anda bahawa setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Nombor IMEI� (International Mobile Equipment Identity) adalah unik untuk setiap telefon bimbit.
Nombor IMEI sebanyak 15-digit ini adalah seperti� cap jari elektronik untuk setiap telefon bimbit yang dipancarkan setiap kali ia digunakan, yang mana ia akan mendedahkan identiti telefon bimbit tu.
Nombor ni biasanya kita boleh jumpa dicetak dibawah bateri dibelakang telefon bimbit. Atau cara yang lebih pantas ialah dengan menekan *#06#
Bila nombor� 15 ni keluar, kita hanya perlu� catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Dengan cara ini Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Selain tu, ni ada beberapa tips untuk mengelakkan telefon bimbit anda dicuri.
- Jangan sekali-kali tinggalkan telefon bimbit didalam kereta
- Jangan tinggalkan di tempat awam tanpa tanpa dijaga oleh sesiapa
- Tukar kepada mod� bergetar (vibrate) jika anda rasakan nada dering ada akan menarik perhatian pencuri.
- Letakkan nama anda pada telefon bimbit
- Catat dan simpan nombor siri IMEA
- Maklumkan segera kepada pihak pembekal perkhidmatan dan polis apabila berlaku kehilangan.
Untuk maklumat yang lebih terpeinci tentang keselamatan telefon bimbit, boleh� lawat� laman web ini.
Salam sukses!
P.S: Jika anda berminat dengan peluang perniagaan melalui telefon bimbit, boleh rujuk disini.
�







