Waspada penipuan agensi pekerjaan

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com

RAMAI mengakui untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian bukanlah satu perkara mudah sebaliknya memerlukan usaha lebih bagi memastikan diri dapat ‘dipasarkan’ kepada majikan.

Bagi yang menunggu jawapan daripada majikan hingga beberapa tahun lamanya, mereka akan mencuba apa saja alternatif di depan mata asalkan mendapat pekerjaan.

Misalnya, agensi mencari pekerjaan yang semakin banyak di negara ini dapat membantu graduan mendapat kerja bersesuaian.

Sebagai ‘orang tengah’, agensi pekerjaan bertindak menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang ingin mengisi jawatan kosong di syarikat mereka. Read more »

Pejabat urusan niaga di rumah

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com

MEMULAKAN kerja dari rumah menjadi keinginan ramai. Ada yang ingin ‘membebaskan’ diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.

Apa jua alasan diberi, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi menjalankan perniagaan berkenaan.

Sebagai contoh, fikirkan mengenai kebolehan sendiri yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah.

Selain itu, sebagai langkah pertama, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer, pencetak, mesin faks dan telefon.

Jika anda mempunyai kemahiran sedia ada berkaitan perniagaan yang ingin dipindahkan dengan berpangkalan di rumah tetapi memerlukan kelengkapan berskala besar, ia masih boleh dilaksanakan namun persoalannya adakah ia berbaloi?

Terdapat peluang lain untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu.

Pada masa ini, mulakan dengan kos permulaan yang rendah selain melengkapi diri dengan kemahiran diperlukan.

Perniagaan seperti perunding produk, jualan dan pemasaran adalah beberapa peluang yang wujud.

Cuma pastikan segala perancangan kos, kualiti produk, sistem latihan serta lesen perniagaan dilakukan sebaiknya jika ingin bermula menerusi salah satu perniagaan berkenaan.

Sebaik saja selesai menentukan apakah jenis perniagaan di rumah yang ingin dilakukan, dapatkan pula maklumat pemasaran bagi memastikan dan memahami apa kehendak pasaran terhadap produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Tidak ketinggalan, tentukan juga siapa bakal pesaing anda.

Ini penting kerana jika mereka menjalankan perniagaan sama seperti anda, persaingannya lebih luas. Jika perniagaan dilakukan secara online, mungkin terdapat banyak lagi perniagaan seumpamanya dapat ditemui melalui enjin pencarian di internet.

Paling penting sekali, apakah produk atau perkhidmatan ditawarkan yang tidak ada pada pesaing. Jangan takut pada persaingan tetapi sentiasa dalam keadaan bersedia supaya dapat memasarkan perniagaan dengan lebih baik lagi.

Bercakap mengenai medium terkini bagi menjalankan perniagaan dalam radar yang lebih luas, perniagaan secara online kini menjadi pilihan terutama bagi usahawan muda.

Pengendaliannya yang mudah, memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak apabila urus niaga dapat dilaksanakan hanya di hujung jari.

Berbanding cara biasa, perniagaan di internet mampu mencakupi pelanggan dengan lebih luas dari seluruh pelosok dunia yang melayari laman web berkenaan.

Tip

- MEMULAKAN kerja dari rumah menjadi keinginan bagi semua. Ada yang ingin ‘membebaskan’ diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi sebagai bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.

- TERDAPAT faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan meletak jawatan untuk menjalankan perniagaan berkenaan.

- Fikirkan mengenai kebolehan sendiri yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah.

- SEBAGAI langkah pertama, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer, pencetak, mesin faks dan telefon.

- TERDAPAT juga peluang lain untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu.

- PERNIAGAAN seperti perunding produk, jualan dan pemasaran adalah beberapa peluang yang wujud.

BNM, SC tidak iktiraf Swiss Cash

Sumber: http://utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada Swiss Mutual Fund untuk menerima deposit atau menguruskan aset awam di negara ini.

BNM dalam kenyataannya di sini, dana Swiss Cash yang diterbitkan oleh Swiss Mutual Fund itu tidak pernah diluluskan atau disokong oleh SC.

Dana Swiss Cash adalah pelaburan secara Internet yang dilaksanakan oleh Swiss Mutual Fund, syarikat pengurusan dana yang didakwa didaftarkan di luar negara.

Peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan agen-agen tempatan.

BNM turut menasihatkan orang ramai supaya melabur dengan pihak-pihak yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja.

“Untuk mengelakkan dari ditipu, para pelabur dinasihatkan agar menyemak status lesen syarikat pelaburan asing dan tempatan sebelum melabur,” kata kenyataan itu.

Untuk membuat penyemakan orang ramai boleh menghubungi Jabatan Aduan SC di talian 03-62048999 atau e-mel aduan@seccom.com.my dan BNM menerusi nombor 03-26910824 atau e-mel info@bnm.gov.my.

« Previous PageNext Page »