khidmat masyarakat
Gaji wajib dizakat sebagai zakat pendapatan
Beberapa tahun dahulu saya ada bertanya seorang rakan. Sebab saya nak tahu macam mana dia kira zakat pendapatan yang diperolehi dan bagaimana pembayaran dibuat. Ini kerana saya baru sahaja mula bekerja. Perbualan ni terjadi dalam bulan Ramadhan dan dialongnya ringkas je.
Saya : Engkau dah bayar zakat ?
Rakan : Dah, suami aku dah bayar dah.
Saya : Bukan zakat tu, yang tu zakat fitrah. Ni zakat pendapatan. Dah bayar ke?
Rakan : Eh! kena bayar ke?
Saya: Memang la kena bayar. Engkau tak tahu ke?
Rupa-rupanya rakan saya tak tahu yang dia perlu bayar zakat pendapatan. Sedangkan saya kira dia layak untuk membayar atas gajinya yang agak tinggi dan masih tiada anak. Dan baru-baru ni terjumpa satu artikel yang menyentuh tentang situasi ini. Diharap ia akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan dengan anda fadhilat atau kelebihan Surah Al-Ikhlas. Oleh sebab surah ini sangat pendek, jadi tak susah kalau nak mintak kanak-kanak untuk menghafalnya. Saya ada buat sedikit carian di google tentang kelebihan surah al-Ikhlas ni. Saya kongsikan dibawah ni ye. Harap ia akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Penipuan Melalui Perbankan Internet
Ini adalah berita yang saya petik dari Harian Metro pada 24/2/1010. Memang akhir-akhir ini semakin banyak kes penipuan di internet. Semakin ramai di kalangan kita yang menghadapi masalah kewangan dan mencari jalan penyelesaian yang paling mudah, cepat dan menguntungkan. Maklumlah, kos sara hidup yang makin tinggi membuatkan ramai yang terdesak.
Dan berhari-hatilah dengan apa jua email yang diterima , selain masalah SPAM, kadang-kadang email yang dihantar boleh menyebabkan akaun bank kita di akses oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kaedah Phising
Belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain. Insyaallah selamat.
========================================
Penipuan Internet Meningkat
MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.

TINGGI…94 peratus isu phishing dikenal pasti BNM.
Namun, sejauh mana pula ketelusan keselamatan pembelian secara online itu sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan kebanyakan pengguna? Ketika ada pengguna yang bimbang dengan isu keselamatan itu tapi tidak pula mengambil pendekatan sewajarnya, ada pula segelintir manusia pandai mengambil kesempatan di atas kealpaan itu.
Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet.
Malah, penipuan itu turut berakhir di luar yang menyaksikan ramai wanita terjerat dengan pelbagai jenis penipuan.
Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai.
Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama 2009.
Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.
Kedua-dua aspek berkenaan menyingkap masalah penipuan perbankan Internet yang dianggap semakin menjadi-jadi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara gejala paling popular adalah ‘phishing’ yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan.
Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.
Kerugian bukan saja dialami pengguna, malah pihak institusi kewangan turut terkena tempias sekiranya penipuan terbabit berlaku di pihak mereka.
Penulis cuba mendapatkan komen dan nasihat institusi kewangan mengenai kes yang banyak diperkatakan ini, namun hampa kerana kurang mendapat kerjasama kerana mereka bimbang hilang kepercayaan pelanggan.
Jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, kerugian menerusi penipuan Internet bank dikenal pasti menyumbang sebanyak 0.00002 peratus daripada jumlah transaksi menerusi Internet mana-mana bank pada 2008.
Merujuk kepada masalah global hari ini, phishing masih dikategorikan sebagai pengancam utama kepada industri perbankan Internet di Malaysia iaitu sebanyak 94 peratus aduan diterima. Usaha berterusan diambil semua bank di Malaysia bagi mengatasi masalah penipuan perbankan Internet seumpama ini.
Pada 2004, Internet Banking Taskforce (IBTF) dilaksanakan BNM bagi mewujudkan industri perbankan yang tersusun, bijak dan bekerjasama dengan agensi berkaitan agar mampu mengawal masalah keselamatan perbankan Internet.
IBTF yang diwakili agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber Negara (Cyber Security) serta bank di seluruh Malaysia, berusaha mencari penyelesaian dalam mengatasi isu keselamatan perbankan Internet, namun pada masa sama sentiasa memberi kesedaran dan maklumat semasa kepada pelanggan bank agar berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan.
Malayan Banking Berhad (Maybank) antara bank ternama di negara ini giat memantau dan sentiasa bekerjasama dengan pelanggannya agar berhati-hati dengan penipuan perbankan Internet.
Pihak Maybank mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon daripada bank meminta pelanggan mengemas kini kata laluan dan nama pengguna atau memberi maklumat ‘transaction authorisation code’ (TAC).
Pelanggan dinasihatkan agar tidak mendedahkan sebarang maklumat dan pihak bank sama sekali tidak akan berurusan dengan pelanggan dengan meminta maklumat berkaitan.
Sekiranya pelanggan diperdayakan dan memberi maklumat terbabit menerusi telefon atau pelanggan klik sebarang ‘link’ di dalam e-mel, pelanggan perlu memaklumkan secepat mungkin kepada pihak bank bagi tujuan keselamatan.

MASALAH SAMA…semua bank di Malaysia tidak lari daripada isu pemalsuan e-mel.
MANGSA…antara e-mel yang cuba memperdaya pengguna akaun bank.
Mesej amaran seperti Amaran Polis, masalah teknikal pengeluaran wang atau masalah sistem perbankan Internet sama sekali TIDAK akan dihantar oleh pihak bank menerusi e-mel kerana pihak Maybank hanya memberi amaran kepada penggunanya menerusi gerbang Maybank2u.com.
Ketua Pegawai Teknologi DigiCert Sdn Bhd, Ami Azrul Abdullah, berkata keselamatan akaun bank pelanggan hari ini terletak kepada kebijaksanaan pelanggan itu sendiri.
“Isu mengenai e-mel palsu serta phishing bukanlah perkara baru di negara kita. Pelanggan seharusnya memahami polisi pihak bank dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat sendiri kepada sesiapa pun.
“Pihak bank sentiasa peka dalam melindungi pengguna agar kepercayaan pelanggan tidak terjejas dengan perkhidmatannya. Maka, bank mengguna pakai ciri keselamatan berdasarkan garis panduan BNM iaitu PIN dan biometrik,” katanya.
Menurutnya, sebagai pengeluar alat keselamatan berteknologi, bank terkemuka seperti CIMB dan Maybank mengguna pakai token USB dan kad pintar bagi menghindari berlakunya kecurian di dalam akaun pengguna.
“Di bawah Akta Tanda Tangan Digital 1997, DigiCert mengeluarkan produk keselamatan yang dibekalkan kepada institusi kewangan, badan berkanun, pihak swasta dan kerajaan yang bertujuan melindungi pihak terbabit bagi sebarang perkara yang berkaitan dengan digital.
“Bersesuaian dengan akta ini, DigiCert masih dalam penyelidikan untuk mengeluarkan sijil digital yang bakal dikembangkan menerusi aplikasi dalam telefon yang bertujuan untuk melindungi orang ramai,” katanya.
Ami Azrul turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengguna pakai perisian antivirus, antispyware dan firewall yang sentiasa dikemas kini di samping mengikuti perkembangan semasa mengenai penipuan perbankan Internet yang sering terjadi.
Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk ‘hint’ kata laluan seperti “Apakah nama ibu anda?, “Apakah makanan kegemaran anda?” atau “Apakah rancangan TV kegemaran anda?”. Ia dianggap antara soalan lazim dan mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis.
>Info
97% pengguna online tahu mengenai kes phishing
95% pengguna online tahu mengenai mengakses maklumat atau akaun online yang tidak sah di sisi undang-undang
83% pengguna online tahu mengenai laman web palsu
73% pengguna mahukan lebih jaminan untuk memastikan maklumat peribadi dalam talian berada dalam keadaan selamat
* Sumber: Synovate/GMI Research, September 2008 dan Javelin Strategy and Research, March 2009
Jom Derma melalui SMS dan Program Oprah’s Big Give
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, rasanya tak salah kalau kita pun menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Saya ada terjumpa laman web RumahAnakYatim.com yang menyenaraikan Rumah Anak Yatim seluruh Malaysia. Jadi kalau anda nak sumbangkan apa-apa ke rumah anak-anak yatim ni, lebih mudah la nanti.
Selain tu, anda juga boleh buat sumbangan melalui SMS. Lebih mudah dan cepat. Kadang-kadang ada di kalangan kita yang tak mampu nak derma banyak-banyak, mungkin setakat RM2 takde masalah. Boleh la sedekahkan melalui sistem SMS ni. Bukan apa, kadang-kadang nak sedekah pada peminta sedekah di jalanan/pasar Ramadhan/ pasar malam, ada rasa ragu-ragu sama ada mereka ni betul-betul susah atau tidak.
Kalau sebelum ni ada yang memang rajin sertai peraduan sms, AFUndi, download lagu , dll. Kenapa idak menderma melalui SMS? Saya ada jumpa 2 program derma yang paling popular. Hanya perlu
Hantar sms TKH2 ke 32244 (atau TKH5, TKH10) – Untuk Tabung Kemiskinan Harakah (TKH)
Hantar sms Tabung2 ke 33533 (atau Tabung 5, Tabung10) – Untuk Tabung Bersamamu TV3.
Kalau anda ada maklumat lain tentang program sms derma ni, bolehla tinggalkan komen dibawah ye.
Malam tadi saya menonton episod akhir sebuah realiti TV iaitu Oprah’s Big Give yang disiarkan di Ntv7 yang telah dimenangi oleh Stephen Paleta yang diberikan title ” Big Giver”. Kalau ikutkan rancangan ni disiarkan pada 20 April 2008 di stesen TV ABC. Kat Malaysia ni lambat la sikit dapat pemenangnya.
Stephen menerima hadiah sebanyak USD1 juta walaupun sejak awal siri ni tak pernah pun ada disebut tentang ganjaran kepada peserta, hadiah USD1juta ni adalah sebuah kejutan untuk mereka. Peserta lain turut menerima hadiah antara USD30,000 hingga USD100,000 .
Memang saya tak pernah miss cerita ni setiap minggu. Apa yang membuatkan saya tertarik ialah bagaimana mereka ini mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan untuk diberikan kepada yang memerlukan. Kalau kat Malaysia ada program realiti macam ni, bagus
Okla, diharap posting ini serba sikit dapat membantu kita menjadi penyumbang yang baik. Bukankah tangan yang memberi itu, lebih baik dari yang menerima?








