laman web
Belajar membuat laman web secara percuma
Semua kita tahu, kalau nak buat apa-apa bisnes internet, anda perlu sekurang-kurangnya satu laman web atau blog anda sendiri. Tak kirala percuma atau berbayar.Kalau anda tiada web / blog sendiri, agak sukar hendak buat duit di internet walaupun tak mustahil.
Kenapa anda perlu miliki laman web anda sendiri? Sebab senang anda nak kawal isi kandungan yang anda nak letakkan. Kalau anda hanya mempromosikan alamat laman web replika / affiliate yang diberikan, agak sukar untuk anda menjana pendapatan di internet ni secara berterusan dan konsisten.
Saya dulu bermula dengan blog percuma di blogspot , bila dah ada budget dan sedikit keberanian , barulah saya beli nama domain Tambahpendapatan.com sendiri berserta webhosting . Kosnya tak sampai RM100 untuk setahun. Tak mahal mana pun sebenarnya sebab nama domain sekitar RM40 je setahun! Dari situlah saya lebih berani bereksperimen dan belajar cara membuat web , cpanel dan blog wordpress.
Tapi agak sedih sebab nama domain tu dah expired bulan februari tahun ni sebab terlupa nak renew. Untuk nama domain asmawati.com dan lain-lain, saya membeli dari Godaddy.com . Lebih mudah nak diuruskan sebab boleh setup auto-renewal.
Okla, berbalik kepada ilmu membuat laman web ni, memang tak semua orang tahu caranya. Jika anda dah biasa dengan komputer, mungkin tak sukar nak mempelajari cara membuat web ni. Tapi, kalau anda hanya biasa surf internet untuk check email, chatting dan facebook, mungkin ia agak sukar.
Jadi, hari ni saya nak memaklumkan kalau anda berminat nak belajar cara membuat web ni, bolehla kunjungi web http://duitbijak.com/ . Insyaallah akan ada ilmu baru yang bakal anda pelajari. Jangan lupa juga untuk subscribe di web tersebut, sebab anda akan menerima lebih banyak lagi tips tentang bisnes internet .
Pada saya, membuat web ni memerlukan banyak try and error. Jangan cepat berputus asa. Mungkin rekabentuk laman web yang kita ada tu tak berapa cantik, tapi sekurang-kurangnya anda dah tahu serba sedikit apa yang berlaku disebalik sebuah web.
Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet
Apa itu laman web mini (minisite) ?
Laman web mini atau minisite merupakan sebuah laman web yang mempunyai 1 atau 2 mukasurat sahaja yang menumpukan kepada SATU tujuan sahaja seperti
1. Untuk mendapat jualan , ATAU
2. Untuk mendapatkan sign-up bagi newsletter anda, ATAU
3. Untuk mendapatkan kepada sesebuah program affiliate, ATAU
4. Untuk mendapatkan klik kepada iklan Google Adsense, ATAU
5. Apa jua yang sesuai.
Apakah kepentingan membina sebuah laman web mini untuk perniagaan internet anda?
Apa yang paling penting didalam sesebuah minisite adalah untuk mendapat tindakbalas/respon yang paling anda ingini. Secara ringkas ia bermakna,
1. Anda tidak boleh membuat rekabentuk laman web yang rumit
2. Elakkan terlalu banyak grafik , kerana ia akan melambatkan proses paparan seluruh laman web
3. Elakkan animasi atau lain-lain plug-in kerana ia akan mengelirukan pelawat
4. Elakkan gangguan yang tidak penting
5. Elakkan isi kandungan yang tidak penting
6. Elakkan hype atau sebarang bentuk seumpamanya.
Anda hanya perlu pastikan bahawa pelawat memberikan respon seperti yang anda kehendaki. Ia boleh jadi satu klik kepada borang tempahan dimana maklumat kaedah pembayaran disediakan. Ataupun pelawat mengisi borang opt-in untuk melanggan newsletter dan seterusnya membolehkan anda membuat follow-up dimasa depan.
Pastikan laman web tersebut membuat satu perkara pada satu masa. Jika terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu-satu masa, ia mungkin mengelirukan pelawat dan mungkin mereka akan tutup sahaja laman web. Secara tak langsung ia mengurangkan keuntungan perniagaan internet anda.
Susah ke nak bina minisite ini? Sebenarnya takde la susah sangat hendak membina laman web minisite ni walaupun anda tak mempunyai latarbelakang IT atau kemahiran rekabentuk grafik. Tambahan pula sekarang ni Catzer dah keluarkan “Pakej Eksklusif Tutorial Bervideo Panduan Minisite”. Ini adalah panduan eksklusif yang merangkumi video tutorial lengkap berkaitan pembinaan laman web minisite untuk tujuan pemasaran anda!
Dalam video tutorial ini, anda akan diajar langkah demi langkah bagaimana untuk membina laman web minisite anda menggunakan perisian HTML Editor Popular dan Percuma dan menjadikan laman web anda umpama sebuah laman web yang professional!
Kini tiada lagi alasan yang dapat anda berikan untuk tidak mampu membina laman web pemasaran menggunakan tangan anda sendiri. Dapatkan segera panduan minisite ini pada hari ini juga dan pelajari segera pembinaan laman web pemasaran yang diperlukan.
Tutorial Pengurusan Laman Web melalui CPanel dalam bentuk video
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat bermanfaat untuk mereka yang menggunakan CPanel.
Apakah sebenarnya CPanel? CPanel adalah satu panel kawalan untuk web hosting yang membolehkan anda menguruskan laman web anda secara online.
Fungsi utamanya ialah membolehkan pemilik menguruskan laman web mereka dengan sendiri tanpa bergantung kepada penyedia hosting. Ini juga bermakna, melalui CPanel anda boleh pelbagai aspek teknikal seperti email, fail, backup, FTP, skrip CGI, statistik dan banyak lagi. Info lanjut tentang CPanel boleh diperolehi di http://cpanel.net .
Okla, saya bukan nak ceritakan lebih detail tentang CPanel ini. Sebenarnya sebelum menggunakan web hosting berbayar untuk http://tambahpendapatan.com saya mempunyai laman web di Yahoo!Geocities. Tiada masalah yang timbul semasa menggunakannya sebab ia lebih mesra pengguna.
Selepas beberapa ketika, akhirnya saya berpindah ke hosting berbayar kerana bagi saya ia adalah lebih profesional dan sesuai dengan tujuan utama saya membina laman web iaitu untuk menjalankan perniagaan.
Salah satu masalah saya didalam menguruskan laman web ialah menggunakan CPanel. Walaupun ada panduan yang disediakan untuk dibaca. Tapi kalau ada video yang memberikan langkah-demi-langkah untuk menggunakan sepenuhnya potensi Cpanel ini, pastinya ia sesuatu yang menggembirakan.
Oleh itu, hari ini semasa “jalan-jalan” di internet, saya terjumpa satu laman web yang menyediakan pelbagai tutorial didalam bentuk video untuk mengendalikan fungsi-fungsi di� CPanel ini seperti email setting, subdomain create subdomain, password protected folder dan sebagainya.
Anda boleh mengikuti tutorial didalam bentuk video ini melalui laman web http://www.lunarpages.com/tutorials/ . Video ini disediakan didalam format Macromedia Flash Player. Jika anda belum milikinya, boleh download� disini .
Bagi saya memang banyak yang dapat saya pelajari melalui video ini dan yang paling penting ia mudah difahami. Kalau membaca tu agak susah untuk� menggambarkan apakah langkah yang� perlu dilakukan untuk membuat setting,� tetapi melalui video� semuanya ditunjukkan secara� terperinci.�
Okla, rasanya cukup untuk hari. Harap ia dapat kita sama-sama manfaatkan.
Salam sukses!
P.S:
Jika anda ingin mempelajari bagaimana anda boleh Membina Laman Web untuk Perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan mengenai satu workshop mengenainya bakal diadakan. Peserta juga akan memperolehi nama domain dan webhosting percuma selain pelbagai bonus lain yang tidak ternilai. Tempat adalah terhad. Maklumat lanjut boleh anda perolehi melalui laman web ini.
Teknik Mempromosikan Laman Web
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya pasti apabila kita sertai apa jua program buat duit di internet mahupun menjalankan apa jua perniagaan di internet, anda perlu mempromosikan laman web anda. Oleh itu, pada hari ini saya akan kongsikan dengan anda beberapa teknik promosi laman web yang boleh anda aplikasikan.
Artikel ini saya perolehi dari laman web Cybershop2u.net . Diharap artikel ini serba sedikit akan membantu anda membuat duit melalui internet.
======================================================
1. Ruangan iklan percuma / berbayar ( free classified / paid advertisement) :
www.cari.com.my/classified/ads/
www.adpost.com/my/classified_ads/
www.lelong.com.my
www.intrena.com/iklan
www.iklanpercuma.com
www.iklan.com.my
www.harakahdaily.net
2. Ruangan forum komuniti :
http://www.mymesra.com.my/
www.kedahonline.net
www.mesra.net/
www.bincang.net
www.melayu.com/sembang2
www.melayu.com/perkampungan
www.melayu-trade.com
www.bantuniaga.com
http://www.virtualfriends.net
3. Tambah URL ( add URL ) dalam search engine atau web portal :
http://www.searchmalaysia.com/
http://www.cari.com.my/
www.greatbizchannell.com
www.newmalaysia.com
http://www.malaysiadirectory.com/
4. Tambah URL ( add URL ) ke Search Engine Auto-Submitter :
www.google.com/addurl.html
www.submit-away.com/auto-submit.htm
www.submittoall.net
www.submitexpress.com
PANDUAN BANTUAN BAHAN PROMOSI
1.Iklan dengan mengedarkan flyer, brochure, sticker atau apa sahaja untuk kaedah offline dan tanpa bersemuka. Juga boleh iklankan di akhbar, papan tanda dll.
2.Iklankan iklan anda di berbagai classified dan iklan diinternet. Cari ruang iklan tersebut di Google.com atau Yahoo.com dengan menggunakan key word tertentu seperti “iklan”, “classified”, “iklan Malaysia”, “iklan mlm” atau apa sahaja yang terlintas difikiran anda. Anda boleh mula dari muka satu atau terus ditengah atau dari muka akhir untuk mengurangkan semua ahli tertumpu pada satu tempat iklan sahaja.
3.Sertai berbagai ruang forum diinternet yang membincangkan kisah mlm. Cari ruang forum di Google atau Yahoo dengan key word seperti “forum”, “forum mlm”, “forum Malaysia” atau yang terlintas difikiran anda.
4.Sertai yahoo group dengan berbagai tajuk perbincangan. Tetapi jangan anda menyimpang dari tajuk perbualan kerana akan dimarahi oleh moderator group dan terus membuang anda dari senarai. Ikutilah tajuk perbincangan dan jika tajuk lain dari mlm, anda boleh tuliskan iklan kecil anda di bawah email anda. Lawati http://groups.yahoo.com
5.Jika anda sudah kehabisan kawan, cari kawan baru. Ada berbagai web yang menyediakan kemudahan cari kawan ini. Sila cari di Google dan yahoo dan gunakan key word seperti “cari kawan”, “cari teman”, “cari jodoh”, “get friend”, dll.
6.Gunakan fungsi autoresponder dimana email yang anda terima akan dibalas secara automatik. Jika anda mendapat beratus email sehari dari cari teman tadi misalnya dan tidak mampu membalas semuanya dalam sehari, anda boleh gunakan autoresponder percuma yang banyak terdapat diinternet. Sila cari di Google atau Yahoo dan gunakan key word “autoresponder”. Jangan terus kempenkan perniagaan anda kerana anda masih belum kenal mereka. Berkenalanlah dahulu dan sebarkan berita perniagaan ini apabila anda rasa selesa.
7.Chat seperti di Yahoo Messenger, ICQ dan berbagai ruang chat yang terdapat diinternet. Perlu dingat anda tidak boleh terus menerangkan perniagaan anda kecuali jika anda masuk ke saluran perniagaan. Cari kawan dahulu dan sebarkan berita perniagaan anda setelah anda rasa selesa dan sesuai.
============================================================
Salam sukses!
Asmawati Abdul Manap
P.S:
Untuk mereka yang sudah mendaftar dengan eNewsletter di laman web saya tetapi merasakan anda masih belum menerima apa-apa email daripada saya, harap dapat semak didalam bulk mail atau junk mail anda kerana kemungkinan besar ia berada disana. Jika ada sebarang soalan atau pertanyaan, bolehlah email saya.









